Sabtu, 3 September 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Kutipan zakat MAIK naik 80%

Posted:

Kutipan zakat MAIK naik 80%

Kutipan zakat MAIK naik 80%

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


Nik Mohamed Noor Nik Ishak (dua kiri) mewakili Timbalan Yang Dipertua MAIK menerima replika cek zakat perniagaan daripada Pengurus PNMB Kelantan, Rosilawati Kahar di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 2 Sept. - Kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) meningkat hampir 80 peratus kepada lebih RM51.4 juta sejak Januari lalu berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Nik Mohamed Noor Nik Ishak berkata, kutipan dari 1 Januari tahun ini hingga 24 Ogos berjumlah RM51.4 juta berbanding kutipan tempoh sama tahun lalu cuma RM28.6 juta.

"Ini bermakna peningkatan kutipan sebanyak RM22. 8 juta iaitu kenaikan 79.84 peratus," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamaruddin Mohd. Zin menerima cek zakat perniagaan daripada syarikat Percetakan Nasional Malaysia Bhd. (PNMB) Cawangan Kelantan yang diwakili oleh Pengurusnya, Rosilawati Kahar.

Nik Mohamed Noor berkata, kelmarin sahaja, jumlah zakat yang dikutip oleh MAIK sebanyak RM4.1 juta.

Beliau berkata, kesedaran tinggi dalam kalangan umat Islam untuk membayar zakat harta dan zakat fitrah telah menyumbang kepada peningkatan yang begitu besar.

"Kempen dan promosi yang kita jalankan tanpa henti juga menjadi antara faktor kenaikan yang mana orang ramai menjadi semakin terpanggil untuk membayar zakat sama ada secara langsung ataupun kaedah potongan gaji dan sebagainya," katanya.

Nik Mohamed Noor percaya, trend kenaikan itu akan berterusan sehingga hujung tahun dan kemungkinan besar dapat mengatasi jumlah zakat melebihi RM70 juta yang dikutip sepanjang tahun lalu.

Sijil lahir hadiah istimewa Aidilfitri 4 beradik

Posted:

Sijil lahir hadiah istimewa Aidilfitri 4 beradik

Sijil lahir hadiah istimewa Aidilfitri 4 beradik


Nordiana, 8, (dua dari kiri); menunjukkan sijil kelahiran bersama adik beradiknya, Norhidayah Mohd. Zaki, 9 (tiga dari kiri); Mohd. Alif, 7 (kiri) dan Mohd. Syawal, 5 (kanan) sambil diperhatikan ibu dan nenek di rumah mereka di Kampung Nibung Che Damak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 2 Sept. - Bermula hari ini, kehidupan empat beradik di Kampung Nibong di sini berubah apabila mereka akhirnya memiliki sijil kelahiran.

Sijil lahir itu adalah 'hadiah Aidilfitri' buat Norhidayah Mohd. Zaki, 9, serta adiknya Nordiana, 8; Mohd. Alif, 7, dan Mohd. Syawal, 5, dan tiga daripada mereka buat pertama kalinya bakal melalui alam persekolahan selepas cuti perayaan berakhir.

Selepas Aidilfitri nanti, Nordiana, Mohd. Alif dan Mohd. Syawal bakal melalui pengalaman pertama mereka menduduki alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman di sini.

Bagi ibu mereka, Rohani Ngah, 33, ia bukan sahaja hadiah paling besar dan cukup istimewa dalam hidup mereka sekeluarga malah menjadi 'hari kemerdekaan' setelah sekian lama menunggu.

"Saya rasa sangat beruntung dan ini merupakan satu hadiah besar dan paling bermakna buat kami sekeluarga, seolah-olah kami sudah bebas daripada bebanan besar selama ini.

"Saya rasa macam hari kemerdekaan, sudah 10 tahun saya tunggu saat ini, seolah-olah sudah putus asa. Tapi kini saya dan keluarga amat bersyukur pada Allah

''Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki Badrol yang banyak membantu sehingga berjaya mendapat sijil kelahiran ini," katanya.

Rohani menyatakan demikian kepada pemberita di rumahnya di Kampung Nibong di sini selepas menerima sijil kelahiran bagi empat anaknya itu daripada Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Norasyikin Che Sidik di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Badrol Hisham serta wakil Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) iaitu Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Terengganu, Matsor Ismail.

Sebelum ini media melaporkan keresahan seorang ibu, Rohani yang hidup mereka bagaikan terasing apabila empat daripada lima anaknya itu itu tiada sijil lahir.

Segalanya bermula pada 2000 apabila Rohani dan suaminya, Mohd. Zaki Osman, 48, gagal mendapatkan surat pengesahan nikah walaupun dikatakan telah berkahwin secara sah.

Kegagalan itu menyebabkan pasangan berkenaan membuat keputusan untuk 'berkahwin semula' pada tahun 2005 untuk memperoleh sijil nikah.

Justeru, apabila anak bongsu mereka, Nurul Fatihah, 3, dilahirkan, hanya kanak-kanak itu memperoleh sijil kelahiran.

Sementara itu, Badrol Hisham mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada JPN serta JPNT yang segera bertindak bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi keluarga berkenaan.

"Kita ucapkan terima kasih dan tahniah kepada JPNT dan JPN yang berjaya bertindak membantu empat beradik ini dalam masa seminggu," ujarnya.

Masyarakat dipelawa ziarah warga tua di RSK

Posted:

Masyarakat dipelawa ziarah warga tua di RSK

Masyarakat dipelawa ziarah warga tua di RSK

KOTA BHARU 2 Sept. – Orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dialu-alukan untuk membuat lawatan ke Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Seri Kemumin dekat sini bagi menceriakan penghuni warga tua di situ.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Md. Noor Chik berkata, pihaknya amat berbesar hati sekiranya ada pihak luar yang sudi meluangkan sedikit masa dan tenaga mereka menyantuni warga tua yang memerlukan perhatian.

Katanya, terdapat seramai 96 penghuni di RSK Taman Seri Kemumin yang merupakan rumah kebajikan kendalian JKM bagi menempatkan warga tua terbiar dari tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Selain kita menjaga kebajikan dari sudut fizikal, orang tua perlu berasa mereka ini dihargai dan masih ada yang sudi berbual, menegur dan bertanya khabar mereka lebih-lebih lagi pada musim perayaan.

"Kalau ada pihak atau NGO yang sanggup turun walaupun sekadar membantu menyuapkan makanan dan berbual-bual, ia adalah sesuatu yang boleh memberi kesan yang amat baik untuk jiwa dan perasaan warga tua," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Md. Noor berkata, setakat ini pihaknya memang sering menerima lawatan pihak luar ke RSK Seri Kenangan terutama daripada pelajar institusi pendidikan yang menjalankan aktiviti khidmat masyarakat tetapi kesinambungannya perlu ada.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved