Sabtu, 3 September 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Busana rumah terbuka

Posted:

Busana rumah terbuka

Busana rumah terbuka

Oleh ZUHAYATI YAZID
pengarang@utusan.com.my

SUDAH menjadi lumrah, membeli pakaian baru antara budaya menyambut Lebaran, malah dianggap tidak sah jika tidak menggayakan busana baru pada pagi hari raya.

Biarpun sekadar baju kurung biasa, ia tetap menjadi kemestian untuk kelihatan anggun bergaya pada pagi hari kebesaran umat Islam ini.

Memahami kehendak ramai wanita yang tidak berkesempatan menempah baju raya, Izzaddinehouse menyediakan pelbagai busana yang sesuai digayakan sepanjang Syawal.

Menariknya, butik ini mencari kelainan daripada yang lain apabila ia beroperasi tanpa menggunakan premis tetap dan boleh bergerak ke mana-mana sahaja mengikut panggilan telefon pelanggan.

Menurut pemiliknya, Rafieqah Zainal Abidin, butik ini menyediakan segala kelengkapan untuk hari raya dan rumah terbuka.

"Cuma yang membezakan antara kami dengan pemilik butik lain ialah kami mencari pelanggan sendiri tanpa perlu pelanggan datang ke tempat kami,'' ujarnya yang turut berkongsi perniagaan dengan teman baiknya.

Kata Rafieqah lagi, kesemua koleksi butik bergerak itu ditempah khas dari Vietnam

dan Thailand.

"Inilah kelebihan kami, lagipun koleksi baju-baju raya kami sangat eksklusif dan terhad,'' ujarnya yang turut memiliki kilang membuat baju

di Vietnam.

Katanya lagi, koleksi butik bergerak ini mempunyai rangkaian pakaian terbaru dengan jahitan dan fabrik yang berkualiti tinggi. Ia turut dihiasi dan dipermodenkan lagi dengan perincian jemeki dan juga

manik serta batu swaroski.

Perincian manik yang berwarna-warni memenuhi bahagian pergelangan tangan, leher dan kaki baju. Jahitan manik yang kemas dan rapi berjaya menyerlahkan rekaan busana dan bersesuaian dengan penampilan wanita Melayu.

Katanya lagi, selain baju kurung, 'butik bergerak' ini turut menawarkan rekaan lain termasuk kaftan yang eksklusif .

"Kaftan tersebut turut menampilkan kelainan dari segi hiasan manik di bahagian leher dan padanan tali reben yang melilit kemas di pinggangwanita. Selain itu, ia juga boleh dipadankan dengan

kain mahupun jeans.

Bagi warga kota yang mahu menambah koleksi baju raya untuk dipakai pada majlis rumah terbuka sepanjang Syawal ini, mereka boleh menghubungi talian 013-3431929 untuk tempahan atau pembelian.

Effa suka lelaki pandai berjenaka

Posted:

Effa suka lelaki pandai berjenaka

Effa suka lelaki pandai berjenaka


Effa


MENCARI pasangan hidup bukannya suatu perkara mudah kerana banyak kriteria perlu dipenuhi sebelum membolehkan seseorang itu mampu bertakhta di hati.

Kebanyakan gadis sering mendambakan pasangannya itu seorang yang kacak dan berketerampilan bergaya, malah tidak kurang juga yang mengimpikan seorang lelaki yang bertubuh tegap.

Namun apa jua kriteria yang ditetapkan, ada juga yang mendambakan seorang insan yang pandai membuat hatinya gembira dan ceria.

"Walaupun ramai antara gadis memilih untuk mencari teman lelaki yang kacak dan digilai ramai wanita, namun saya lebih mengidamkan untuk menjadikan lelaki yang pandai berjenaka sebagai teman hidup," kata Effa Nasta'in Sazali.

Gadis berusia 22 tahun ini mengakui lelaki yang kelakar mampu mengubat kedukaan hati terutama ketika menempuh hari yang menyedihkan.

Katanya, dia tidak mahu memilih lelaki terlalu kacak kerana sudah pasti dia akan menjadi perhatian dan rebutan gadis lain, sehingga membuatkannya berasa risau.

Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan dia terpaksa 'menambah masa' untuk mengawasi pergerakan lelaki tersebut.

Anak kedua daripada empat beradik yang cantik mengenakan tudung rekaan Faraheen ini mengakui tidak suka berpeleseran tanpa tujuan, sebaliknya lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama keluarga.

"Saya akui tidak gemar bersosial termasuk menonton wayang dan hanya akan melepak bersama rakan-rakan sahaja, itu pun hanya sekadar minum-minum selepas pulang bekerja.

"Bagaimanapun, ini tidak bermakna saya tidak tahu mengenai dunia hiburan di tanah air atau antarabangsa," katanya yang mengakui meminati pelakon utama Pirates of Caribbean, Johnny Deep.

Katanya, mungkin watak lucu dan selamba yang dibawa aktor berkenaan ketika melakonkan watak Kapten Jack Sparrow berjaya menambat hatinya.

"Kalau boleh, saya mahukan teman lelaki seperti Jack Sparrow yang lucu tetapi bukanlah lanun yang tidak

terurus," katanya sambil ketawa.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved