Sabtu, 3 September 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Jurukamera BernamaTV maut

Posted:

Jurukamera BernamaTV maut

Jurukamera BernamaTV maut


Allahyarham Noramfaizul


KUALA LUMPUR 2 Sept. – Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.

Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar seperti dipetik oleh Bernama berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Sementara itu, menurut wartawan Utusan Malaysia, Metra Syahril Mohamed yang mengikuti misi kemanusian tersebut ketika dihubungi lewat malam tadi memberitahu, selain jurukamera BernamaTV, jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan (gambar) juga terkena tembakan dan cedera di bahu.

Menurut Metra, mereka ditembak oleh pihak yang tidak diketahui yang dipercayai menyasarkan tentera Kesatuan Afrika (AU).

Tambahnya, kesemua wakil media diarahkan untuk mengemas pakaian dan barang keperluan masing-masing.

Kesemua wakil media yang menyertai misi tersebut pada 28 Ogos lalu dijangka pulang ke tanah air pada 8 September ini dan kemungkinan akan pulang lebih awal malam ini atau esok pagi (waktu tempatan).

Mat Sabu enggan mohon maaf

Posted:

Mat Sabu enggan mohon maaf

Mat Sabu enggan mohon maaf

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


AHLI Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) bersama sebahagian waris mangsa serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong menziarahi pusara mangsa tragedi itu di tanah perkuburan Islam Bukit Kepong, Muar, Johor, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


KOTA BHARU 2 Sept. – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan mohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong seperti mana yang diminta sekutu rapatnya, Karpal Singh, semalam.

Malah, Mohamad atau Mat Sabu tetap berpegang dengan kenyataannya bahawa Mohammad Indera atau Mat Indera, tali barut komunis dalam tragedi tersebut sebagai pejuang kemerdekaan atas dasar perjuangan menentang penjajah sebelum negara merdeka.

Beliau bagaimanapun enggan memberi jawapan yang jelas apabila ditanya wartawan apakah polis yang terbunuh dalam serangan komunis di Bukit Kepong pada tahun 1950 itu tidak berjasa kepada negara.

"Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan pihak polis jangan panik sebelum 31 Ogos waktu itu kerajaan memerintah adalah British selepas 31 Ogos baru kerajaan Malaya merdeka.

"Ini fakta, perkara biasa, jangan kita anggap bahawa selepas 31 Ogos ada kerajaan yang sama, bendera lain, lagu pun lain, Negaraku sebelum itu lagu God Save The Queen jadi kita kena bezakan sebelum dan selepas merdeka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas Kelantan di sini hari ini.

Ketika diasak oleh wartawan apakah beliau tidak mengiktiraf pengorbanan polis-polis yang terbunuh dalam tragedi tersebut, beliau berkata:

"Tafsiran saya, mereka bekerja dengan pihak British. Polis bila-bila pun terkorban, dikorban dan berkorban kerana mereka ikut dasar pemerintah yang menguasai mereka dan di antara mereka mungkin adalah saudara-saudara kita yang kita simpati.

"Saya tidak buat apa-apa tafsiran (apakah mereka berjasa atau tidak). Bagi saya Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan tafsiran seseorang macam Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbong yang menyerang balai polis di Kuala Berang, begitu juga Mat Kilau semua mereka tentang pemerintah British," katanya.

Semalam, Karpal yang juga Pengerusi DAP mendesak Mat Sabu menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.

Menurut Karpal, rentetan peristiwa Bukit Kepong tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata, beliau akan bertemu dengan Karpal untuk menjelaskan isu tersebut.

"Itu kebebasan seseorang memberi pandangan dan saya sendiri akan bertemu dengan beliau (Karpal) untuk bertukar-tukar fikiran, tidak ada masalah dalam pakatan, sudah banyak kali ada perbezaan pandangan tetapi selalunya ada jalan pertemuan," katanya.

Tambah beliau, Pas Pusat masih belum mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu tersebut kerana beranggapan ia bukan perkara mustahak dan menegaskan pandangannya dalam isu Bukit Kepong itu bukan pandangan rasmi Pas.

"Sebenarnya saya memberi ceramah mengenai kemerdekaan sudah bertahun-tahun tetapi sekarang cuba dipusingkan kerana masalah besar negara sekarang adalah masalah keyakinan rakyat terhadap pilihan raya di Malaysia.

"Terbongkarnya daftar pemilih yang begitu pincang yang akhirnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia untuk bertemu dengan pertubuhan haram, Bersih," katanya.

Tarik balik kenyataan - PPPMM

Posted:

Tarik balik kenyataan - PPPMM

Tarik balik kenyataan - PPPMM


Ahli PPPMM bersama sebahagian waris mangsa anggota polis dan keluarga yang dibunuh oleh komunis berhimpun di hadapan Balai Polis Bukit Kepong, Muar, semalam.


MUAR 2 Sept. - Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) mendesak Mohamad Sabu supaya segera meminta maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.

Presiden PPPMM, A. Rahman Mahadi berkata, tindakan Mohamad atau Mat Sabu yang seperti lontar batu sembunyi tangan amat dikesali dan tidak bertanggungjawab kerana perbuatannya itu mengguris hati majoriti rakyat di negara ini.

"Mat Sabu sebenarnya telah melakukan penghinaan terhadap negara dan derhaka kepada bangsanya sendiri. Suara yang menidakkan perjuangan bangsa adalah suara sumbang yang tidak berasaskan sejarah.

"Malah golongan ini amat malang kepada agama dan bangsa apabila sejarah sebenar negara mahu dipadamkan dan fakta mahu diubah," katanya kepada pemberita selepas anggota PPPMM dan penduduk Bukit Kepong melakukan demonstrasi aman di Balai Polis Bukit Kepong, dekat sini, hari ini.

Demonstrasi itu bagi membantah kenyataan Mat Sabu pada 21 Ogos lalu dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, yang menganggap pengganas Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

A. Rahman yang juga Pengerusi Angkatan Fi-Sabilillah Johor berkata, adalah sesuatu yang mengecewakan apabila fakta sebenar tragedi itu yang bukan sahaja mengguris hati orang Melayu tetapi rakyat Malaysia diputarbelitkan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved