Ahad, 27 November 2011

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Nilai tinggi kuasa dan gaya

Posted:

Nilai tinggi kuasa dan gaya

Nilai tinggi kuasa dan gaya

Oleh NAZRUL AZIM SHAUDDIN
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED


ULTRABOOKASUS Zenbook mengkombinasikan kesempurnaan kuasa dan reka bentuk cukup menarik.


APABILA kemahiran seni lakur diadun bersama kecanggihan teknologi moden, maka terciptalah produk pengkomputeran yang sofistikated dan cukup sempurna.

Itu ditampilkan pada produk komputer riba ultra terbaru daripada ASUS iaitu Zenbook yang 'melangkah' bergaya memasuki pasaran negara awal November lalu.

Dilihat sebagai model komputer riba ultra terawal diperkenalkan di Malaysia, peranti ASUS generasi baru itu hadir bersama kemasan elegan dan spesifikasi unggul untuk kepuasan operasi maksimum.

Menurut Pengurus Negara ASUS Malaysia, Staney Chen, pembangunan ASUS Zenbook memberi fokus kepada nilai kesederhanaan tetapi penuh bertenaga.

''Kita ingin mencari keseimbangan dalam menawarkan teknologi kepada para pengguna yang mempunyai pelbagai latar belakang dan ia bukan sesuatu yang mudah.

''Justeru, apabila Zenbook mengkombinasi definisi kecantikan dan kesempurnaan kuasa, maka ia menghasilkan sesuatu diluar jangkaan,'' katanya pada pelancaran komputer komputer riba ultra itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

ASUS Zenbook mempunyai binaan luar licin berkilat diperbuat daripada metal aluminium halus berwarna silver metalik yang eksklusif.

Rekaannya juga cukup unik di mana ia mempunyai ketebalan tiga milimeter (mm) di bahagian depan dan sembilan mm di lengkungan belakang serta berat hanya 1.1 kilogram (kg).

Daripada sudut teknikal, model berkenaan dipacu pemproses Intel Core generasi kedua, storan SSD SATA Revision 3.0, sistem operasi Windows 7, Bluetooth 4.0 dan USB 3.0.

Ciri unik lainnya, ia tersedia bersama fungsi menghidupkan semula sistem (resume) hanya mengambil masa hanya dua saat selain dilengkapi teknologi sirip penyejukan berbentuk V diperbuat daripada tembaga untuk penambahbaikan sistem pengudaraan.

Bagi tujuan penjimatan tenaga, ASUS Zenbook terbina bersama teknologi Super Hybrid Engine II untuk fungsi kawalan bateri pintar dan memberi lebih 25 peratus kuasa.

Menerusinya juga, sistem akan menyokong semua fail secara automatik sebaik sahaja kuasa bateri berada di bawah paras lima peratus bagi mengelakkan kehilangan data.

Dengan tawaran harga permulaan RM3,200, ASUS Zenbook didatangkan dalam dua model iaitu UX21 dan UX31.

Full content generated by Get Full RSS.

Dominasi Nikon 1 di Pulau Pangkor

Posted:

Dominasi Nikon 1 di Pulau Pangkor

Dominasi Nikon 1 di Pulau Pangkor

Oleh: ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

NIKON 1, produk baru baru keluaran syarikat pengeluar kamera, bangga memperkenalkan gajet terbaru kamera kompak auto fokus teringan kepada sekumpulan jurugambar dan wartawan di Pulau Pangkor, Perak baru-baru ini.

Seramai 30 peserta yang terdiri daripada pengamal media daripada beberapa agensi media cetak seperti surat khabar, majalah dan televisyen turut diberi peluang untuk menggunakan kamera tersebut.

Malah, kumpulan pengamal media ini juga diberikan tugas khas untuk merakam gambar di dalam bentuk pertandingan secara berkumpulan.

Ia sekali gus menawarkan pengalaman yang terbaik dan menarik dalam merakam gambar seperti model, hidupan marin dan pelbagai lagi gambar yang menarik di sekitar pantai di Pulau Pangkor.

Kamera kompak Nikon 1 merupakan revolusi terbaru dari segi reka bentuk serta teknologi yang amat membantu jurugambar amatur untuk menghasilkan gambar yang setaraf profesional.

Menurut Pengurus Besar Nikon, Davis Ng, Nikon 1 merupakan antara contoh kamera berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh Nikon persis kamera SLR (kamera lensa tunggal).

"Kami menyasarkan pengguna di kalangan amatur yang mahukan kualiti gambar yang lebih baik melalui kamera yang lebih ringan dan mudah untuk dioperasikan.

"Ia juga merupakan sebuah kamera yang berbaloi untuk dimiliki kerana memiliki kelajuan auto fokus yang tinggi dan pemprosesan imej yang lebih cepat," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian sempena program penghargaan Nikon bersama media sebagai usaha menghargai peranan mereka yang telah banyak memberi sokongan kepada syarikat pengeluar kamera itu.

Biarpun ia merupakan acara tahunan yang telah masuk kali ke tiga namun kemeriahan serta keceriaan tetap terasa pada setiap petugas media yang menyertainya.

Kelebihan tersebut juga termasuk keupayaan Nikon 1 merakam video yang sangat baik melalui enjin pemprosesan 'super image' dan penderia yang lebih baik.

"Justeru, program sebegini amat baik dalam usaha merapatkan hubungan antara Nikon dan media di samping dapat memperkenalkan kamera baru Nikon secara lebih terperinci," katanya.

Malah, melalui program tersebut juga Nikon dapat memperolehi maklum balas mengenai kekurangan serta kelebihan produk terbaru daripada pandangan media.

Peserta dibahagikan kepada lima kumpulan yang berlainan sebelum diberikan tugasan menggunakan kamera Nikon 1.

Antara tugasan yang dilakukan oleh media adalah seperti pertandingan merakam video pelahan (slow motion) terbaik, potret terbaik, dan persembahan keseluruhan terbaik.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved