Rabu, 12 Oktober 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Bandar Raya Seribu Taman

Posted:

Bandar Raya Seribu Taman

Bandar Raya Seribu Taman

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my


Lee Seng He (tengah) menyerahkan buku cenderamata 'Bandar Raya Seribu Taman' kepada Roshidi Hashim di Ipoh, kelmarin.


IPOH 11 Okt. - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini melancarkan projek pertama 'Bandar Raya Seribu Taman' yang bermatlamat membangunkan lebih banyak kawasan hijau bagi tujuan rekreasi di bandar raya ini.

Melalui kempen itu, MBI akan mengadakan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk sektor korporat dan jawatankuasa penduduk untuk mengenalpasti lokasi sesuai bagi membangunkan taman berkenaan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, ketika ini terdapat hampir 1,400 kawasan lapang di seluruh bandar raya dengan keluasan 822 hektar.

Bagaimanapun katanya, daripada jumlah itu, hanya 500 kawasan lapang telah dibangunkan sebagai taman rekreasi dan permainan kanak-kanak bagi manfaat penduduk setempat.

"Dalam usaha menjadikan Ipoh sebagai sebuah bandar raya taman yang mesra alam, dipenuhi dengan kehijauan dan landskap menarik, penglibatan semua pihak terutama pemaju amat diperlukan.

"Jika dikenal pasti lokasi bersesuaian dan ada kerjasama dari penduduk, pemaju, persatuan serta jawatankuasa penduduk, saya yakin lebih banyak taman rekreasi mini mampu diwujudkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan projek pertama 'Bandar Raya Seribu Taman' di perumahan Station 18 Residency di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Kumpulan Team Keris Berhad, Datuk Lee Seng He dan para pegawai kanan MBI.

Melalui projek perintis itu, Keris Properties membelanjakan RM400,000 bagi melengkapkan kemudahan taman rekreasi mini yang dibangunkan di atas kawasan lapang seluas 1.1 hektar itu.

Dalam pada itu, Roshidi memuji usaha Keris Properties membangunkan kawasan berkenaan dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan rekreasi.

''Selain ditanam dengan ratusan jenis pokok, taman rekreasi mini ini dilengkapi pelbagai kemudahan riadah seperti trek joging, laluan refleksologi, kawasan permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan stesen peralatan senaman.

"Bagi menghidupkan taman rekreasi mini pada waktu malam, MBI bersedia memasang empat lampu limpah dan saya berharap kemudahan ini digunakan sebaik mungkin oleh penduduk di sini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Perhutanan gagalkan cubaan curi kayu karas

Posted:

Perhutanan gagalkan cubaan curi kayu karas

Perhutanan gagalkan cubaan curi kayu karas

PULAU PINANG 11 Okt. - Jabatan Perhutanan negeri berjaya mematahkan tiga cubaan mencuri kayu karas di Hutan Simpan Kekal Bukit Mertajam dekat sini yang dilakukan rakyat tempatan dan asing dalam tempoh sebulan.

Pengarahnya, Shah Rani A. Zailan berkata, kejayaan tersebut hasil risikan dan pemantauan pihaknya termasuk maklumat yang diterima daripada orang awam.

Menurutnya, kejayaan pertama dilakukan pada 3 September lalu yang melibatkan tiga lelaki tempatan dari Kedah dan Perak yang memiliki kayu karas tanpa kebenaran.

''Susulan itu, sepasukan renjer hutan berjaya menahan lima lagi lelaki tempatan pada tengah malam hari yang sama atas kesalahan serupa.

''Pada 2 Oktober lalu pula, kita berjaya menggagalkan cubaan sekumpulan penceroboh hutan haram warga asing yang menebang pokok karas kira-kira pukul 3 pagi, juga di kawasan hutan simpan yang sama," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Hutan Simpan Bukit Mertajam mengandungi kawasan Hutan Cherok To'kun dan Hutan Bukit Panchor seluas kira-kira 1,445 hektar.

Bagaimanapun, jelas Shah Rani, tiada tangkapan dibuat dalam serbuan terbaharu itu kerana kesemua warga asing terlibat berjaya melarikan diri dalam kegelapan menggunakan laluan yang telah dikenal pasti.

Kata beliau, siasatan awal pihaknya juga mendapati kegiatan mencuri kayu dan pencerobohan hutan dilakukan secara terancang oleh rakyat tempatan bersama warga asing yang mahir dengan selok-belok kawasan hutan di situ.

''Biasanya rakyat tempatan akan masuk ke hutan membuat tinjauan pada sebelah malam dan menanda kawasan yang ada pokok karas, manakala penceroboh haram warga asing pula akan masuk untuk menebang pada waktu petang.

''Dengan bersenjatakan beliung tajam, mereka boleh menebang enam hingga tujuh batang pokok karas sebesar pemeluk setiap kali menceroboh," katanya.

Tambah Shah Rani, kepingan kayu karas yang dipotong kecil kemudiannya diisi ke dalam beg guni untuk dijual kepada pemborong bagi menghasilkan minyak gaharu yang harganya mencecah ribuan ringgit.

Menurutnya, siasatan kes tersebut yang dibuat mengikut Seksyen 68 Akta Perhutanan Negara 1984 dan Seksyen 84 akta sama telah siap dan diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Program Puteri Prihatin kurangkan tekanan pesakit

Posted:

Program Puteri Prihatin kurangkan tekanan pesakit

Program Puteri Prihatin kurangkan tekanan pesakit

KULIM 11 Okt. - Pesakit dan kakitangan Klinik Kesihatan Kulim di sini mengukir senyuman apabila dijamu dengan makanan dan minuman pada program Puteri Prihatin di klinik itu hari ini.

Pada program anjuran Puteri UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu itu, pelanggan klinik terutama di Bahagian Rakan Bayi, Ibu dan Anak turut menerima buah tangan untuk dibawa pulang.

Ketuanya, Norsabrina Mohd. Noor berkata, selain bermesra, program itu bertujuan mengurangkan tekanan di kalangan petugas dan pesakit klinik yang terpaksa menunggu giliran dalam tempoh agak lama.

"Kita juga mendapatkan maklum balas daripada pesakit mengenai klinik ini termasuk kemudahan, persekitaran dan penyakit yang dihidapi.

"Maklumat ini akan disalurkan kepada kerajaan untuk tindakan demi keselesaan pelanggan iaitu pesakit dan petugas di klinik ini," katanya.

Beliau berkata, program seumpama itu akan diperluaskan ke klinik-klinik kesihatan seluruh kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu dalam tempoh terdekat ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved