Rabu, 12 Oktober 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Guna SMS edar dadah

Posted:

Guna SMS edar dadah

Guna SMS edar dadah

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my


DIN Ahmad (tengah) menunjukkan wang tunai dan dadah yang dirampas di IPD Batu Pahat, semalam. - UTUSAN/HAMDAN TAWADI


BATU PAHAT 11 Okt. - Pelbagai cara digunakan oleh pengedar dadah untuk menjalankan kegiatan mereka bagi mengelak daripada dihidu pihak berkuasa.

Di Semerah dekat sini, seorang lelaki sanggup menawarkan khidmat penghantaran dadah selepas pesanan dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau telefon.

Kegiatan suspek bagaimanapun terbongkar selepas polis yang menerima maklumat dan risikan menyerbu rumahnya dan memberkas suspek berusia 33 tahun, Sabtu lalu.

Turut ditemui dalam serbuan pukul 4 pagi itu adalah tiga peket dadah jenis heroin seberat 27 gram.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek yang mengenal pasti pelanggan akan menentukan lokasi dan masa untuk menyerahkan dadah itu bagi mengelak dikesan polis.

Katanya, kesemua dadah itu dianggarkan bernilai lebih RM1,000 dan dipercayai bagi pasaran sekitar pekan Semerah.

"Kita turut menemui wang tunai RM1,950 dipercayai hasil jualan dadah dan siasatan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai pekerjaan, sebaliknya menjadikan aktiviti mengedar dadah sebagai pendapatan utama," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Din memberitahu, ketika serbuan, suspek yang berada seorang diri di dalam rumah cuba melarikan diri tetapi gagal selepas polis mengepung kediaman itu.

Beliau memberitahu, suspek pernah ditahan dan menjalani hukuman di Pusat Pemulihan Narkotik atas kesalahan penyalahgunaan dadah, malah ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah.

Suspek kini direman hingga Jumaat ini untuk membantu siasatan lanjut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau talian hotline IPD Batu Pahat di talian 07-4343999.

Full content generated by Get Full RSS.

MPPG giat naik taraf Pasir Gudang

Posted:

MPPG giat naik taraf Pasir Gudang

MPPG giat naik taraf Pasir Gudang

PASIR GUDANG 11 Okt. - Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) kini giat memperkenalkan Pasir Gudang sebagai Bandar Kediaman dan Pelaburan yang mengekalkan aspek kualiti alam sekitar menjelang 2015.

Yang Dipertua MPPG, On Jabbar berkata, antara langkah yang diambil ialah memperkenalkan Garis Panduan Indeks Bangunan Hijau (GBI) di negeri ini menerusi seminar yang diadakan hari ini.

"Hasil seminar ini diharap menjadi contoh kepada pihak berkuasa tempatan lain untuk melaksanakan sistem ini.

"Seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemaju, arkitek, jurutera dan kontraktor mengenai kepentingan menjaga alam sekitar," katanya di sini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved