Rabu, 12 Oktober 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


40 penagih, pengedar ditahan

Posted:

40 penagih, pengedar ditahan

40 penagih, pengedar ditahan

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada 41 penagih dadah ditahan sepasukan polis dari cawangan Narkotik IPK negeri selepas mengadakan operasi khas di sebuah ladang Kelapa Sawit, Broga, Seremban, semalam. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID


SEREMBAN 11 Okt. - Polis menahan 40 penagih serta seorang pengedar dadah ketika melakukan urusan jual beli dadah di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Broga dekat sini, awal pagi semalam.

Operasi bermula pukul 4 pagi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, kesemua penagih berusia 16 hingga 60 tahun itu ditahan ketika membeli dadah daripada seorang pengedar berusia 30-an.

"Kawasan itu dipercayai menjadi sarang utama penagih dari kawasan berhampiran untuk mendapatkan bekalan dadah daripada pengedar terbabit.

"Operasi yang berakhir pukul 3 petang itu mendapati kesemua suspek positif dadah, selepas ujian air kencing dijalankan," katanya di sini, hari ini.

Katanya, dalam serbuan tersebut, pihaknya turut merampas dadah jenis heroin seberat 18 gram.

"Kita akan jalankan sekali lagi ujian air kencing sebelum menahan reman mereka. Lelaki yang disyaki pengedar itu akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

16 negara sertai Konvensyen DMDI

Posted:

16 negara sertai Konvensyen DMDI

16 negara sertai Konvensyen DMDI

MELAKA 11 Okt. - Seramai 1,000 peserta daripada 16 buah negara akan menghadiri Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-12 bermula hari ini hingga Jumaat ini.

Pengurus Projek Khas DMDI, Datuk Syed Ahmad Syed Kassim berkata, konvensyen yang bertemakan 'Dunia Melayu Dunia Islam Abad ke-21' itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis ini.

Menurutnya, sepanjang tiga hari konvensyen itu diadakan sebanyak lima kertas kerja yang memberi tumpuan kepada bagaimana umat Islam perlu menghadapi cabaran menjelang abad ke-21 akan dibentangkan.

''Antara perkara utama yang akan dibincang ialah pencapaian agama Islam dalam DMDI termasuk daripada aspek kemajuan bahasa Melayu, soal pendidikan dan ekonomi," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin adalah antara tokoh yang akan membentangkan kertas kerja pada konvensyen tersebut.

Penceramah lain ujarnya, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Malaysia, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dan Ketua Unit Perancang Ekonomi, Datuk Noriyah Ahmad.

Beliau menambah, selain pembentangan kertas kerja, konvensyen itu akan turut membincangkan laporan mengenai kegiatan 10 biro yang dicapai sepanjang tahun 2010.

Selain itu kata Syed Ahmad, tiga anugerah utama iaitu Doktor Falsafah Kehormat dan Penggerak Budaya DMDI akan disampaikan oleh Perdana Menteri pada malam majlis perasmian Khamis ini.

Katanya, antara negara yang turut serta ialah Sri Lanka, Kemboja, Thailand, Singapura, Australia, United Kingdom, Brunei, Filipina, Indonesia, Mesir, Afrika Selatan, Bosnia, Madagascar, China dan Malaysia selaku tuan rumah.

Full content generated by Get Full RSS.

Prestasi jabatan, agensi di NS memuaskan

Posted:

Prestasi jabatan, agensi di NS memuaskan

Prestasi jabatan, agensi di NS memuaskan

SEREMBAN 11 Okt. — Keseluruhan pengurusan aktiviti oleh jabatan dan agensi di Negeri Sembilan pada 2009 adalah baik dan memuaskan, namun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan Negeri Sembilan (PAC), Datuk Mohd. Kamil Abd. Aziz berkata, pemeriksaan berhubung perkara itu dilakukan berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2009.

Beliau berkata, agensi yang diperiksa ialah Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Yayasan Negeri Sembilan (YNS), Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dan Majlis Daerah Rembau (MDR).

"MPPD diperiksa berhubung pengurusan sisa pepejal dan kesannya terhadap alam sekitar, YNS (pengurusan pinjaman pendidikan), MPN serta MPS (penyenggaraan jalan majlis), SAINS (pengurusan air tidak berhasil atau NRW) dan MDR (pengauditan terhadap pengurusan kewangan, iaitu indeks akauntabiliti tahun 2009)," katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan itu, PAC mengenal pasti isu serta persoalan dalam laporan Ketua Audit Negara dan mengemukakan beberapa syor kepada agensi terbabit.

"Setakat ini, kita puas hati kerana apa yang kita syorkan telah diambil tindakan.

"Saya juga ingin menyatakan tiada penyelewengan kewangan berlaku terhadap jabatan dan agensi di negeri ini yang telah diaudit pada 2009," kata Mohd. Kamil pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Jawatankuasa berkenaan dianggotai tujuh orang, termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti pembangkang serta tiga pegawai kerajaan. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved