Sabtu, 15 Oktober 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Beri manfaat 1.25j ahli tiga negeri

Posted:

Beri manfaat 1.25j ahli tiga negeri

Beri manfaat 1.25j ahli tiga negeri

Oleh MANIRAH ROSEDI
utusanktn@gmail.com


SEBAHAGIAN peserta kursus pengurusan dan pentadbiran Koperasi Pantai Timur bergambar selepas majlis tersebut di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 15 Okt. - Seramai 1.25 juta ahli koperasi di Pantai Timur bakal mendapat faedah menerusi penubuhan Konsortium Koperasi Wilayah Pantai Timur yang akan dilancarkan bulan depan.

Setiausaha Penajanya, Zambree Zakaria berkata, penubuhan konsortium membabitkan tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang itu bakal memberi kelebihan kepada ahli terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Menurutnya, pelaksanaan sesuatu projek akan lebih berkesan jika ia bernaung di bawah satu payung menerusi penubuhan konsortium berkenaan.

"Penggabungan modal, pengalaman dan kemahiran melalui konsortium itu akan merintis usaha memajukan pelbagai industri yang boleh meletakkannya menjadi jenama hebat.

"Ia bukan sekadar menjimatkan kos pembelian bahan mentah untuk kegunaan sendiri tetapi turut memasarkan produk berkenaan sama ada di pasaran tempatan mahupun luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas kursus pengurusan dan pentadbiran koperasi tersebut yang dihadiri oleh kira-kira 100 peserta di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Maktab Koperasi Wilayah Timur, Sharina Abdullah.

Kursus itu turut menyaksikan majlis pelancaran kempen penanaman pokok sebagai simbolik sokongan terhadap sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Go Green International Organization (GGIO) Malaysia.

Sementara itu, Presiden GGIO Malaysia, Dr. Ir. Mohd. Yusof Ali berkata, aktiviti tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan usaha pemuliharaan alam sekitar.

Full content generated by Get Full RSS.

Banjir lumpur: Kumpulan ZCM mohon maaf

Posted:

Banjir lumpur: Kumpulan ZCM mohon maaf

Banjir lumpur: Kumpulan ZCM mohon maaf

KUANTAN 15 Okt. – Kumpulan ZCM memohon maaf kepada penduduk di sekitar Sri Jaya, Maran berikutan insiden banjir lumpur selepas dinding sebuah kolam di tapak kilang pemprosesan bijih besi milik anak syarikat itu pecah pada Ahad lalu.

Presidennya, Datuk Seri Tan Hoe Beng berkata, pihaknya mengakui kejadian di kilang Phoenix Lake Sdn. Bhd. yang berkeluasan 68.26 hektar itu menjejaskan aktiviti penduduk dan pengguna jalan raya di sekitar kawasan perlombongan itu.

"Banjir lumpur pada kira-kira pukul 10 malam itu mengakibatkan kerosakan pada dua rumah, sebuah kedai, lapan trak, ladang kelapa sawit seluas 12.15 hektar dan beberapa kebun pisang dan tebu.

"Justeru, sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, kami dengan rendah hati memohon maaf dan bersedia menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada semua pihak yang terlibat," katanya di sini hari ini.

Menurut Hoe Beng, kejadian banjir lumpur itu berpunca selepas dinding sebuah kolam di tapak kilang itu pecah setelah berlaku laluan air bawah tanah.

"Kapasiti takungan air dalam kolam tersebut ialah enam juta gelen (27 juta liter) ekoran hujan lebat selama seminggu sebelum kejadian.

"Kolam itu asalnya ialah sebuah lombong tinggal dan kini dalam peringkat kerja pengukuhan untuk berfungsi semula sebagai kolam pemendapan," jelasnya sambil memberitahu dua kolam lagi tidak terjejas.

Kata beliau, berikutan kejadian itu, arahan menghentikan semua kerja di tapak kilang telah dikeluarkan dengan semua jentera dan mesin dipindahkan bagi membantu kerja-kerja pembersihan.

Full content generated by Get Full RSS.

Kelab Galing dibuka untuk pesara PGA

Posted:

Kelab Galing dibuka untuk pesara PGA

Kelab Galing dibuka untuk pesara PGA

KUANTAN 15 Okt. - Kelab Kem Galing di bawah Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara kini membuka keahlian kepada bekas anggotanya yang telah bersara.

Presiden kelab, Asisten Supritendan Mohd. Saleh Mohd. Hussain berkata, kelab yang dilancarkan pada 1 Oktober lalu itu merupakan alternatif dalam usaha menghilangkan tekanan para anggotanya.

Kata beliau, pelbagai aktiviti disediakan kepada ahli kelab tersebut seperti futsal, bola tampar, bola jaring, sepak takraw, angkat berat dan panggung wayang mini.

Tambahnya, keahlian dibuka kepada setiap anggota dan keluarga mereka selain mengalu-alukan kehadiran bekas anggota PGA untuk turut menyertainya.

"Mereka hanya perlu membayar RM1 sebulan dan boleh menyertai setiap aktiviti yang disediakan," katanya di sini semalam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved