Sabtu, 15 Oktober 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


438 maut nahas motosikal

Posted:

438 maut nahas motosikal

438 maut nahas motosikal

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my


Jens Reisch (kanan) bersama Noormazura Mat Nawi memakaikan topi keledar yang diberikan secara percuma kepada salah seorang penunggang di Taman Pelangi, Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 14 Okt. - Sebanyak 438 kematian melibatkan motosikal direkodkan di negeri ini dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding 433 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Noormazura Mat Nawi berkata, jumlah kematian yang membabitkan penunggang atau pembonceng motosikal itu meningkat 1.2 peratus.

"Kematian melibatkan motosikal ini konsisten dan menyumbang 60 peratus kadar kematian akibat kemalangan penunggang atau pembonceng kenderaan ini.

"Sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini, keseluruhan kematian kemalangan adalah 717 kes dan lebih separuh daripada membabitkan motosikal," katanya pada Majlis Pembukaan Cawangan Allianz Johor Bahru Synergy di sini semalam.

Pada majlis itu, Allianz Malaysia Berhad (AMB) mengedarkan 50 topi keledar secara percuma kepada penunggang motosikal yang melalui Jalan Serampang, lokasi cawangan ke-19 syarikat tersebut. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif AMB, Jens Reisch.

Noormazura turut memuji inisiatif syarikat itu yang merupakan syarikat insurans pertama menandatangani memorandum persefahaman dengan pihaknya dalam langkah mengurangkan kadar kemalangan sejak 18 Julai lalu.

Beliau berkata, kebanyakan kematian yang melibatkan motosikal akibat kecederaan parah di kepala.

"Kesedaran mengenai pemakaian topi keledar yang menepati piawaian SIRIM dan memakainya dengan betul perlu diberi penekanan.

"Penunggang dan pembonceng motosikal terdedah kepada risiko kemalangan yang tinggi dan dengan perlindungan dan langkah-langkah pencegahan seperti pemasangan pelekat bercahaya, pemakaian topi keledar dapat mengurangkan kadar kemalangan sekali gus kematian," katanya.

Menurut Noormazura, di Johor Bahru seramai 10,000 orang menggunakan motosikal setiap hari.

Full content generated by Get Full RSS.

Bidang pendidikan adalah 'jiwa' Chee Kiat

Posted:

Bidang pendidikan adalah 'jiwa' Chee Kiat

Bidang pendidikan adalah 'jiwa' Chee Kiat


Goh Chee Kiat melambaikan tangan kepada para pelajar selepas majlis meraikan persaraannya di SMK Dato' Jaafar, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 14 Okt. - Kejayaan mengurus sekolah yang mempunyai 736 pelajar dengan cemerlang dan sentiasa menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan memberi kepuasan kepada Pengetua Sekolah Menengah Dato' Jaafar (SMKDJ), Goh Chee Kiat.

Chee Kiat, 56, berkata, bukan semudah yang disangkakan untuk mengurus sekolah yang mempunyai pelajar tingkatan satu hingga enam kerana ia menuntut kesabaran dan ketabahan.

"Ia memerlukan kesabaran, ketahanan fizikal dan mental untuk menangani apa jua permasalahan yang dihadapi serta harus bijak merencana untuk mencapai kecemerlangan sekolah.

"Selain itu, kejayaan juga tidak akan dicapai tanpa kerjasama guru, ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta kakitangan kumpulan sokongan," katanya semasa berucap pada majlis meraikan persaraannya di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Johor, Abdul Aziz Ridzuan dan Penolong Kanan Satu SMKDJ, Arbain Miswan serta guru-guru dan pelajar sekolah tersebut.

Chee Kiat memberitahu, selepas persaraan, beliau akan melibatkan diri secara serius dalam bidang pendidikan sektor swasta.

"Jiwa saya dalam bidang pendidikan sudah sebati. Jadi, apabila bersara saya tidak boleh lari daripada bidang ini demi mencari kepuasan di samping melahirkan anak bangsa yang cemerlang dalam pendidikan," kata anak kelahiran Melaka yang telah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama 33 tahun.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved