Sabtu, 4 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Ipoh diiktiraf Bandar Warisan

Posted:

Ipoh diiktiraf Bandar Warisan

Ipoh diiktiraf Bandar Warisan

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my


Roshidi Hashim
Datuk Bandar Ipoh


IPOH 3 Jun – Bandar raya Ipoh akan mendapatkan pengiktirafan Bandar Warisan daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim (gambar) berkata, setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 147 bangunan dan monumen warisan untuk disenaraikan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 untuk diwartakan.

''Kita rasa tidak ada masalah untuk mendapatkan status tersebut kerana syarat minimum daripada UNESCO adalah sebanyak 120 bangunan dan monumen tetapi kita mempunyai 147 bangunan dan monumen.

''Sekarang, kita sedang siapkan inventori bangunan dan monumen warisan dan kita akan mendapatkan pengiktirafan daripada UNESCO selepas inventori itu diluluskan oleh kerajaan negeri dan Jabatan Warisan Negara," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, hari ini.

Kini, terdapat 248 bandar warisan dunia yang diiktiraf UNESCO. Di Malaysia, setakat ini, hanya bandar Georgetown di Pulau Pinang dan Melaka diiktiraf oleh badan antarabangsa itu.

Menurut Roshidi, dengan pengiktirafan status Bandar Warisan akan menarik kedatangan para pelancong ke bandar raya ini, sekali gus menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan.

''MBI juga telah membahagikan pusat bandar raya ini kepada lima zon utama iaitu Zon Sejarah Pusat Warisan Seni Pentadbiran Kolonial, Zon Sejarah Budaya India, Zon Sejarah Pusat Seni, Pusat Selera, Pusat Budaya dan Hiburan, Zon Gerbang Seni Bina Warisan Melayu dan Asli Perak serta Zon Warisan Pesisiran Sungai Kinta.

''Bangunan dan monumen warisan seperti Balai Bomba Lama di Jalan Sultan Idris Shah, Dewan Bandaran Ipoh (Jalan Panglima Bukit Gantang), Hong Kong dan Shanghai Bank (Jalan Bandaraya) serta Mahkamah Tinggi dan Kelab Diraja Ipoh di Jalan Kelab terletak dalam lima zon ini," katanya.

Katanya, MBI juga bercadang untuk membangunkan program Jejak Warisan seperti yang dilakukan di Pulau Pinang dan Melaka bagi menarik kedatangan pelancong ke sini.

Sebanyak tiga peringkat Jejak Warisan dicadangkan iaitu Jejak Warisan Timah sepanjang 2.5 kilometer, Jejak Warisan Kota Lama (4 kilometer) dan Jejak Warisan Kota Timah (14 kilometer).

Roshidi berkata, cadangan tersebut terkandung dalam Draf Rancangan Tempatan Ipoh 2020 yang akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri dan seterusnya diwartakan untuk pelaksanaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karnival Langkawi Geopark sediakan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Posted:

Karnival Langkawi Geopark sediakan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Karnival Langkawi Geopark sediakan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

LANGKAWI 3 Jun - Karnival Langkawi Geopark 2011 yang bermula Selasa lalu terus dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik yang mampu menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk terus berkunjung ke pulau bebas cukai itu.

Pada hari ini, seawal pukul 8 pagi, pertandingan bola tampar pantai diadakan di Taman Lagenda dan kemudian kemeriahan karnival ini diteruskan dengan pameran gerai-gerai jualan oleh pelbagai agensi di Dataran Lang.

Pada sebelah petang pula, pihak penganjur mengadakan acara mengukir buah-buahan di Dataran Lang dan acara ini terbuka kepada para pengunjung yang berbakat.

Selain itu, antara acara lain yang berlangsung petang ini adalah Langkawi Geopark Karaoke, Student Dance Performance dan Langkawi Geopark Karaoke dan kesemua acara ini berlangsung di Dataran Lang di sini.

Karnival diteruskan sehingga esok dan antara aktiviti menarik yang diadakan adalah gerai jualan, futsal, photo race di sekitar Langkawi, Sepak Raga, pertandingan ayam serama, pertandingan pakaian beragam kanak-kanak, pertandingan kraftangan, pertandingan teh tarik dan sebagainya.

Perasmian penutup karnival itu akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. James Dawos Mamit pada malam esok di Dataran Lang, kira-kira pukul 8.50 malam.

Ia akan diserikan dengan kemunculan artis terkenal tanah air iaitu Noraniza Idris serta persembahan bunga api selama tiga minit sebagai simbolik penutup karnival itu.

Karnival yang dijangka dapat menarik lebih 20,000 pengunjung itu diadakan bagi meraikan ulang tahun keempat pengisytiharan Langkawi sebagai Global Geopark Network oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2007.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pekerja maut jatuh ketika potong dahan pokok

Posted:

Pekerja maut jatuh ketika potong dahan pokok

Pekerja maut jatuh ketika potong dahan pokok

KANGAR 3 Jun - Seorang pekerja kontrak maut selepas terjatuh dari ketinggian 21.3 meter ketika dia bersama seorang lagi rakan sedang menjalankan kerja-kerja memotong dahan pokok di Jalan Raja Syed Alwi di sini semalam.

Zamzarul Zainul Abidin (gambar), 24, mengalami pendarahan otak, patah kaki kiri dan rangka tulangnya patah selepas terjatuh bersama sebuah bekas boleh memuatkan dua pekerja yang dinaikkan oleh kren dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi.

Berikutan kecederaan yang dialaminya itu, mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, meninggal dunia pada pukul 11.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, ketika kejadian, Zamzarul bersama rakannya berada dalam bekas itu bagi memudahkan kerja-kerja memotong pokok.

Bagaimanapun, kata beliau, bekas tersebut tiba-tiba dikatakan tercabut dan terhempas bersama Zamzarul dan rakannya.

Rakan Zamzarul yang belum dikenal pasti identitinya terselamat kerana tersangkut di celah dahan pokok.

"Mangsa mengalami kecederaan parah dan dirawat di ICU Hospital Sultanah Bahiyah. Dia bagaimanapun meninggal dunia pukul 11.30 pagi ini," katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurut Abdul Rahman, berikutan kejadian itu, operator kren berusia 59 tahun ditahan sebelum dibebaskan atas jaminan polis.

Beliau berkata, Zamzarul dan rakannya merupakan pekerja sebuah projek tapak perumahan yang ditugaskan untuk memotong dahan pokok di kawasan tersebut.

Polis turut merampas kren berkenaan dan bekas yang digunakan untuk memuatkan dua pekerja itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved