Sabtu, 4 Jun 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


"Andai waktu berulang"

Posted:

"Andai waktu berulang"

"Andai waktu berulang"

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto WAHIDA ZAINAL ARIPIN

MELIHAT wajahnya, pasti siapa tidak menyangka wanita ini pernah melalui episod hitam dalam hidupnya. Hanya senyum manis tergambar dan di sebalik raut yang kadangkala agak serius itu juga terpancar kekuatan yang hanya diketahui sepenuhnya saat wanita itu membuka bicara.

"Saya disahkan menghidap kanser payudara enam tahun lalu, iaitu selepas pemergian kakak tersayang. Ketika itu saya disyorkan menjalani ujian penentuan kerana seperti yang kita tahu, sejarah keluarga antara risiko seseorang itu diserang kanser," tenang tutur Datin Rahmah Mahmood.

Adik kepada Allahyarhamah Datin Seri Endon, isteri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad badawi berkata, beliau sukar menggambarkan perasaannya ketika itu. Pengalaman menyaksikan sendiri bagaimana kakaknya bertarung melawan penyakit cukup memeritkan.

"Saya berada di Amerika Syarikat bersama kakak sepanjang dia menjalani rawatan di sana. Saya lihat sendiri bagaimana dia menderita akibat kemoterapi, tubuhnya lemah, dia keletihan dan mulutnya ditumbuhi ulser," katanya.

Mengingatkan perkara itu membuatkan beliau rasa takut. Apatah lagi doktor yang merawat menyarankan agar Rahman menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan seterusnya melalui proses kemoterapi serta radioterapi. Namun kata doktor, itu bukan jaminan sel ganas itu akan hilang.

Memikirkan insan-insan tersayang di sekeliling, membuatkan beliau tidak mahu berputus asa. Melalui Internet dan buku rujukan, beliau mengumpul maklumat sebanyak mungkin. Sehingga seorang rakan mengesyorkan beliau berjumpa Dr. Vagif Soultanov, seorang doktor perubatan yang menjalankan klinik terapi semula jadi di Melbourne, segala-galanya terus berubah.

Bagi Rahmah, lelaki itu ibarat penyelamat dalam hidupnya. Namun itu bukan bererti penyakit itu boleh dirawat dengan mudah. Sebagai seorang doktor, beliau tetap menasihatkan Rahmah menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan terlebih dahulu sebelum mencuba rawatan alternatif herba.

"Sebenarnya bukan mudah untuk merawat kanser. Saya perlu mengubah gaya hidup secara keseluruhan. Tapi secara perlahan-lahan selepas mengikuti saranan Dr. Soultanov yang menggunakan bahan semula jadi, saya rasa diri semakin baik," kata beliau.

Lari dari menjalani rawatan kemoterapi yang diwajibkan kepada semua pesakit sepertinya, suatu hari Rahmah menerima panggilan dari doktor yang merawatnya.

Doktor itu meminta beliau menjalani pemeriksaan semula dan akhirnya dia disahkan bebas kanser.

"Bagi saya, apa yang saya lalui adalah sesuatu yang sukar dipercayai. Betapa saya sangat berharap dapat memperkenalkan rawatan dan Dr. Soultanov kepada kakak supaya dia tidak menderita namun itu semua sudah tertulis," kata beliau dalam nada sedikit kesal.

Dr. Soultanov wira Chernobyl

Masih ingat dengan kisah kebocoran radiasi di loji nuklear Chernobyl pada tahun 1985? Kejadian itu menggemparkan seluruh dunia kerana tidak ramai yang tahu cara menanganinya.

Dr. Soultanov antara pakar perubatan yang dihantar ke sana bagi merawat mangsa di situ. Beliau juga merupakan saintis generasi keempat menyelidik tentang keberkesanan Bioeffective A yang diekstrak daripada konifer pokok pain. Justeru beliau percaya bahan itu mampu mengekang masalah kesihatan serius di kalangan mangsa di sana.

"Suhu di situ meningkat serta merta, malah pencemaran bahan nuklear menjejaskan hingga keluasan tiga juta ekar ladang. Apa yang saya gunakan adalah memberi bahan ini kepada mereka yang berada di sana dan mengambil untuk diri sendiri bagi mengawal kesan radiasi," kata beliau.

Setiap hari beliau akan mengambil tiga sudu untuk menghalang kesan radiasi dan menurutnya, seminggu berada di tempat kejadian, dia mengalami sakit kepala yang kronik dan keguguran rambut. Namun dia percaya itu hanya tindak balas daripada pengambilan bahan Bioeffective A. Dan akhirnya dia berjaya melalui keadaan tersebut dengan bantuan bahan semula jadi.

Melalui kejadian itu juga, Dr. Soultanov percaya dengan keberkesanan Bioeffective A yang diekstrak daripada konifer pokok pain. Keajaiban tumbuhan itu bertahan dalam pelbagai cuaca membuktikan ia mampu menjadi penawar untuk kesihatan menyeluruh. Antara kebaikannya adalah:

* Antioksidan hebat - membantu melindungi daripada kerosakan sel dan merendahkan paras kolestrol

* Antibakteria dan antivirus - membantu melindungi dan membantu proses penyembuhan jangkitan

* Penyembuh gastrointestinal - menghalang masalah ulser perut

* Ejen penyahtoksid - membantu mengeluarkan toksin dari darah dan hati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Awas jangkitan kelamin

Posted:

Awas jangkitan kelamin

Awas jangkitan kelamin

Soalan 1
Saya lelaki berumur 30 tahun. Walaupun mempunyai teman wanita, saya ada nafsu dan keinginan terhadap kaum sejenis.

Kini, saya turut menjalin hubungan dengan lelaki. Kami selalu mengadakan seks setiap hujung minggu.

Adakah masalah ini mempunyai kaitan dengan kesihatan psikologi dan memberi kesan terhadap kesihatan? Saya juga ingin kembali ke pangkal jalan dan mohon doktor memberi sedikit bantuan.

n JEJAKA DELIMA, Pulau Pinang.

Saudara Jejaka Delima

Terima kasih atas soalan anda.. Saya mengambil masa yang agak lama untuk menjawab soalan saudara kerana merasakan perkara sebegini boleh menimbulkan banyak kontroversi jika tidak ditangani dengan baik. Apa yang saya perkatakan nanti adalah pendapat peribadi saya. Terus terang saya katakan, pengalaman saya yang sedikit ini masih tidak berjaya dalam mengubah seseorang yang homoseksual (minat kepada kaum lelaki sahaja) sepenuhnya kepada heteroseksual (minat kepada kaum wanita sahaja). Ada juga istilah biseksual yang bermaksud berminat atau mampu melakukan hubungan seks kepada kedua-dua kaum lelaki dan wanita.

Berdasarkan soalan, saudara boleh jadi seorang homoseksual atau mungkin biseksual (sebab saudara mengatakan saudara mempunyai teman wanita). Perlukah saudara berubah untuk menjadi seorang heteroseksual? Jawapannya adalah 'Ya' kerana semua agama melarang hubungan seks sesama jenis.

Adakah mudah untuk bertukar menjadi heteroseksual? Jawapannya 'Tidak' kerana perasaan ini mungkin telah terbentuk sejak kecil lagi atau mungkin setelah menghadapi perubahan persekitaran yang menyebabkan saudara terdorong berminat kepada sesama jenis. Ada juga kajian yang mengaitkan genetik atau faktor keturunan dengan homoseksual.

Risiko

Pengalaman saya semasa latihan program kesihatan lelaki di Melbourne, Australia beberapa tahun yang lepas yang turut melibatkan beberapa sesi di klinik golongan homoseksual ini (yang mana pesakit, doktor dan petugas adalah dari golongan yang sama) mendapati mereka mempunyai risiko yang tinggi terhadap penyakit jangkitan kelamin termasuklah HIV/AIDS. Penyakit kelamin yang paling kerap dijumpai adalah disebabkan bakteria chlamydia trachomatis dan juga ketuat (viral wart).

Mereka juga mempunyai risiko tinggi berkaitan dengan penyakit mental terutamanya kemurungan yang kebanyakannya disebabkan kegagalan dalam perhubungan.

Ia diparahkan lagi dengan masalah penerimaan keluarga dan masyarakat. Walaupun begitu ramai juga di kalangan mereka yang hidup bahagia berpuluh tahun lamanya bersama pasangan masing-masing sebagaimana pasangan heteroseksual yang lain.

Saya tidak menggelarkan mereka sebagai 'pesakit' tetapi perasaan tersebut masih perlu dirawat. Bagaimanakah rawatan yang perlu dilakukan? Saya pasti pakar psikiatri adalah lebih arif dengan kaedah perawatan ini termasuklah menggunakan kaedah yang dipanggil CBT (cognitive behaviour therapy). Saudara boleh membuat temujanji dan berjumpa pakar psikiatri yang boleh membantu saudara.

Apa yang saya sering nasihatkan kepada golongan tersebut ialah kembalilah kepada agama masing-masing. Banyakkan sembahyang dan berdoa. Anggaplah ini adalah cabaran hidup yang cukup hebat yang diberikan oleh Tuhan untuk kita berjaya dikemudian hari. Bagi mereka yang merasakan boleh berkahwin, teruskan niat tersebut di samping banyak berdoa.

Memang ada risiko kemungkinan akan menganiaya isteri, tetapi saudara perlu berdoa semoga diberi kekuatan untuk menjadi seorang suami yang sempurna. Ada yang datang berjumpa saya selepas berkahwin dan mengatakan bahawa setiap kali melakukan hubungan seks dengan isteri, bayangan kaum lelaki adalah dalam fikiran mereka. Mereka merasakan bukan sahaja menipu diri sendiri tetapi juga menipu isteri.

Nasihat saya, teruskan perkahwinan tersebut di samping banyakkan sembahyang dan berdoa dengan Tuhan. Jika dikurniakan zuriat, ini akan lebih merapatkan hubungan suami isteri. Jauhkan dari mendekati atau mengenali lelaki yang boleh mendorong saudara terjebak semula ke dalam aktiviti aktiviti homoseksual. Bagi saudara, mungkin elok jika dibuat pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui status saudara termasuklah jangkitan penyakit kelamin, HIV, penyakit hepatitis dan sebagainya. Lakukan banyak aktiviti-aktiviti lain termasuklah bersukan yang boleh menghalang saudara mengingati dan terlibat dalam aktiviti homoseksual.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved