Sabtu, 4 Jun 2011

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Tanjung Balau destinasi surfing

Posted:

Tanjung Balau destinasi surfing

Tanjung Balau destinasi surfing

rekreasi@utusan.com.my


PELANGI Balau Resort merupakan pilihan terbaik buat mereka yang berminat dengan aktiviti sukan air.


Malaysia juga mempunyai lokasi luncur ombak sebagaimana yang terdapat di Tanjung Balau, Johor B haru.

Mungkin destinasi tersebut tidak dikenali ramai seperti Desaru, tetapi lokasi perkampungan nelayan itu juga menjanjikan keseronokan buat peluncur (surfer).

Tanjung Balau terletak di daerah Kota Tinggi berhampiran Desaru dan Bandar Penawar.

Secara tidak langsung, ia kini dijadikan sebagai antara lokasi pilihan buat mereka yang menggemari aktiviti sukan air ekstrem tersebut.

Selain pengunjung tempatan, lokasi itu turut menjadi tumpuan pelancong-pelancong luar dari Singapura, Indonesia dan Thailand terutamanya ketika pertandingan luncur ombak sedang diadakan.

Di sini pengunjung berpeluang melihat pelbagai gelagat anak-anak muda yang sedang asyik melayari gelora ombak perairan Laut China Selatan, malah ombaknya juga kuat kadang-kala tinggi melebihi saiz badan manusia.

Oleh itu, meluncur di atas ombak setinggi tujuh kaki sudah tentu mendebarkan, lebih-lebih lagi apabila berjaya melepasi cabaran saat getir ketika ombak sedang mengganas.

Itulah antara gambaran yang dihadapi setiap peluncur yang sedang berdiri di atas papan luncur ombak.

Sukan ekstrem itu menguji keberanian dan kemahiran setiap peluncur untuk mengawal kestabilan papan luncur ketika ia dibawa gelora arus deras.

Pada asasnya, mereka yang ingin mencuba aktiviti itu hanya memerlukan kemahiran berenang dan meluncur.

Cara untuk mengawal papan luncur itu pula agak mudah untuk dipelajari kerana peluncur pada mulanya perlu meniarap di atas papan luncur tersebut dan mengayuh sehingga melepasi ombak.

Selepas itu, peluncur perlu berdiri di atas papan tersebut dan tunggu sehingga ombak datang dan itulah masa yang ditunggu-tunggu peluncur untuk mempamerkan pelbagai aksi menarik.

Luncur ombak merupakan sukan air ekstrem paling diminati dan telah berkembang sehingga menjadi sub-budaya paling dominan di pantai-pantai terkenal di California, Florida dan Hawai, Amerika Syarikat.

Industri sukan ekstrem itu semakin berkembang mengikut arus popularitinya, malah ia turut dibangunkan sehingga menjana berbilion ringgit terutama sekali dalam penjenamaan pakaian dan membentuk pasaran.

Malah ada sesetengah individu menjadikan aktiviti itu sebagai kerjaya tetap dengan menerima tajaan daripada badan-badan korporat.

Menurut penduduk setempat, Silahuddin Ali, kemahiran meluncur dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu menangkap gelombang (drop in catch the wave), pantulan jaringan (the pop-up) dan kedudukan pada gelombang (positioning on the wave).

Selain kemahiran itu, peluncur juga perlu menguasai teknik-teknik untuk menembusi ombak seperti duck diving atau eskimo roll.

"Posisi drop in memerlukan pengalaman yang luas untuk meramal kedudukan gelombang ombak di mana ia akan berpecah.

"Peluncur perlu cepat bertindak sebaik sahaja permulaan gelombang menolak ke hadapan. Oleh itu, latihan mengimbangi badan merupakan persiapan terbaik sebelum terjun ke dalam laut," katanya.

Beliau berkata, saiz papan luncur juga memainkan peranan yang penting.

"Papan luncur ombak dibahagikan kepada dua jenis iaitu papan luncur panjang (longboard) dan papan luncur pendek (shortboard) yang direka berbeza-beza untuk disesuaikan dengan gaya aksi yang bakal dipamerkan.

"Papan luncur pada asalnya dibuat daripada kayu keras yang besar dan berat. Biasanya saiz papan tersebut dalam tujuh hingga 12 kaki dan berat sekitar 20 hingga 45 kilogram.

"Papan luncur kayu balsa pula lebih ringan tetapi papan luncur moden hari ini banyak yang dibuat daripada polyurethane, jalur-jalur kayu, kain gentian kaca (fiberglass) dan polyester yang lebih ringan dan tahan lasak," jelasnya.

Tambahnya, peralatan lain yang biasanya digunakan oleh peluncur termasuk ikatan leash yang digunakan bagi menghentikan papan luncur tersebut daripada berlanggar dengan peluncur lain.

Surf wax dan pelapik traction pads pula membantu peluncur daripada tergelincir ketika dilambung ombak.

Selain Tanjung Balau dijadikan sebagai lokasi pilihan peluncur, ia turut menjadi destinasi tarikan ramai yang boleh memberikan keamanan dan ketenangan buat pengunjung.

Ia menyediakan pelbagai kemudahan penginapan antaranya, Pelangi Balau Resort.

Lokasi biliknya nyata strategik dan selesa bertemankan bunyi desiran ombak pantai yang nyaman lagi mengasyikkan.

Selain itu pelbagai lagi lokasi menarik yang terdapat di sekitarnya seperti Muzium Nelayan, Go-Kart, Bujang Boat Fireflies Cruise dan Desaru Fruit Farm.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved