Sabtu, 4 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Malaysia komited keamanan sejagat

Posted:

Malaysia komited keamanan sejagat

Malaysia komited keamanan sejagat

Oleh LUQMAN HAZIQ
pengarang@utusan.com.my

SINGAPURA 3 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Malaysia akan terus komited memainkan peranan sebagai warga dunia yang bertanggungjawab memastikan kestabilan dan keamanan sejagat.

Perdana Menteri berkata, komitmen itu bukan setakat retorik tetapi dizahirkan menerusi tindakan menghantar pasukan pengaman di bawah payung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke negara bergolak seperti Somalia hingga ke Balkan.

"Tetapi kita bukan hanya memainkan peranan sebagai pengaman. Malaysia memberikan sumbangan yang banyak, kadang-kala di luar jangka.

''Misalnya di Afghanistan apabila kita menjadi sebahagian daripada usaha pemulihan dengan menghantar doktor wanita Islam yang amat diperlukan," katanya dalam ucaptama pada Dialog Shangri-La ke-10 di sini malam ini.

Delegasi Malaysia disertai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Md. Hussin Nayan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Perdana Menteri berkata, Malaysia memainkan peranan proaktif dalam memerangi keganasan global bagi memastikan negara tidak menjadi pusat transit kepada operasi pengganas.

Menurut Najib, perkongsian maklumat dengan pihak keselamatan serantau membantu penahanan dan penghapusan golongan pengganas seperti Mas Selamat, Dr. Azhari dan Nordin Mat Top.

Tambahnya, di selatan Filipina, Malaysia meletakkan pasukan pemantau antarabangsa dan bertindak sebagai orang tengah dengan menganjurkan rundingan damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) manakala di selatan Thailand, Malaysia bersetuju membantu dalam pembangunan sosioekonomi di empat wilayah yang ramai penduduk Muslim.

Dalam hubungan dua hala pula, katanya, Malaysia bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) memerangi jenayah seperti pengedaran dadah, keganasan dan penipuan manakala dengan Australia berhubung isu pemohon suaka dan memastikan kestabilan rantau.

"Dalam hubungan pelbagai hala, kita berusaha melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan PBB dalam pembatasan senjata pemusnah besar-besaran melalui Akta Perdagangan Strategik. Saya bertekad bahawa kami akan memainkan peranan sebagai ahli yang bertanggungjawab bagi masyarakat antarabangsa dan serantau dan atas semangat Deklarasi 1995, kita bersama-sama akan menjadikan ASEAN zon bebas nuklear," katanya.

Perdana Menteri berkata, pasca tragedi 11 September 2001 menyaksikan landskap keselamatan turut berubah dengan beberapa ancaman baru yang perlu ditangani secara menyeluruh.

"Perang antara negara bukan lagi senario ancaman yang terbesar di rantau atau dunia, sebaliknya kita menghadapi satu cabaran baru asimetrik dan bukan tradisional - penyeludupan manusia, keganasan, penyeludupan dadah dan pembatasan nuklear yang tidak lagi boleh diselesaikan menerusi isolasi atau struktur keselamatan masa lalu," katanya.

Menurut Najib, pada abad ke-21, ekonomi saling bersepadu dan bergantungan serta proses pengeluaran merentasi sempadan dan kepentingan kolektif harus menjadi keutamaan semua.

"Ini adalah langkah ke hadapan, saya tidak ragu-ragu bahawa kerjasama harus dibina dan bukan berkonfrontasi. Semua pihak iaitu setiap daerah, setiap negara, setiap pemimpin pada hari ini harus memainkan peranan masing-masing," katanya.

Najib berkata, Malaysia sentiasa mengutamakan perundingan dalam menyelesaikan pertikaian sempadan, misalnya dengan Thailand, kedua-dua negara bersetuju membangunkan kawasan secara bersama untuk berkongsi hasil bumi manakala dengan Singapura ia dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan dengan Brunei asas penyelesaian menerusi perjanjian bersama memajukan kawasan berkenaan.

Beliau berkata, semua pertikaian sempadan boleh diselesaikan dengan semangat saling menghormati dan kerjasama.

"Saya juga optimis bahawa ASEAN dan China akan mampu segera bersetuju mengenai Kod Etika bagi menggantikan Deklarasi Etika 2002 di Laut China Selatan.

"Hari ini, China adalah rakan kongsi kita. AS juga rakan kongsi kita dan malam ini saya katakan dengan jelas kepada rakan-rakan kita dari AS, dari China, dari Rusia, India dan yang lain bahawa kita dalam ASEAN berkongsi nilai dan aspirasi bersama.

''Kami mengalu-alukan anda. Bekerjalah dengan kami, bukan di sisi. Kita perlu menggantikan hubungan dua hala era Perang Dingin bukan dengan hubungan dua hala yang baru tetapi dengan hubungan pelbagai hala pada masa hadapan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

China, India bukan ancaman Malaysia

Posted:

China, India bukan ancaman Malaysia

China, India bukan ancaman Malaysia

SINGAPURA 3 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dunia tidak harus bimbang dengan kebangkitan China dan India, tetapi sewajarnya mempunyai pandangan yang lebih membina mengenainya.

Perdana Menteri berkata, kebangkitan kedua-dua kuasa itu bukanlah ancaman dan Malaysia sejak sekian lama mempunyai hubungan yang baik, misalnya dengan China.

"ASEAN sebagai negara yang berada di tengah-tengah kedua-dua kuasa itu, kita tidak memilih atau berpihak kepada mana-mana negara kerana tidak mahu kembali ke era Perang Dingin.

"Kita amat optimis dapat menjalin hubungan yang baik dengan kedua-dua negara berkenaan. Apatah lagi China menjadi sebahagian daripada pembangunan rantau ini menerusi ASEAN+3," katanya menjawab soalan pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama pada Dialog Shangri-La ke-10 di sini malam ini.

Mengenai usaha meningkatkan keupayaan ketenteraan oleh negara di rantau ini, Najib berkata, ia bukan usaha membangunkan ketenteraan, namun usaha pemodenan seiring dengan perkembangan ekonomi negara masing-masing yang kuat dan semakin baik.

"Melihat kelengkapan dan peralatan yang dipertingkatkan, kita tidak merasa tertekan kerana kita merasakan ia bukan untuk mempamerkan kekuatan masing-masing yang boleh menggugat kestabilan rantau ini," katanya.

Sementara itu dalam ucapannya, Najib turut menggariskan enam prinsip yang mampu meningkatkan kerjasama di rantau Asia dengan yang pertama adalah penglibatan semua negara bagi mengenal pasti peranan masing-masing sama ada anggota kaya atau miskin, kecil atau besar.

Prinsip kedua katanya, mengaku dan menghormati bahawa setiap negara anggota berbeza dalam hal sejarah, budaya dan kedudukan ekonomi, manakala yang ketiga, negara anggota juga perlu bertindak meningkatkan kepercayaan dan mewujudkan dialog agar lebih memahami antara mereka.

"Keempat, kita memerlukan jaringan pelbagai bentuk keselamatan, bukan sahaja serantau tetapi juga dengan operasi bersama untuk meningkatkan kekuatan serantau," katanya.

Kelima, perlu ada hubungan antara institusi iaitu tidak hanya pada peringkat tertinggi sementara yang keenam, tidak membiarkan kesukaran terus mengganggu sebaliknya harus membina dengan menyelesaikan pertikaian, tegas beliau.

Perdana Menteri turut mengajak semua negara serantau bekerjasama menubuhkan tabung bantuan kemanusiaan dan pasukan bertindak cepat untuk menghadapi bencana yang berlaku.

"Ini sangat relevan kerana ia meningkatkan interaksi secara langsung antara aspek pertahanan dan keselamatan institusi di pelbagai negara, melampaui deklarasi formal dan dialog peringkat tinggi untuk diselaraskan di tempat kejadian," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Agong bersyukur Malaysia dilindungi daripada sengketa, kekacauan

Posted:

Agong bersyukur Malaysia dilindungi daripada sengketa, kekacauan

Agong bersyukur Malaysia dilindungi daripada sengketa, kekacauan

KUALA LUMPUR 3 Jun — Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersyukur kerana Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dan agama dilindungi daripada sengketa dan kekacauan.

Baginda dalam titah ucapan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong esok, bertitah bahawa rakyat negara ini telah sama-sama membuktikan bahawa walaupun berbeza agama, budaya dan cara hidup, mereka masih dapat tinggal bersama dalam keadaan aman sentosa dan saling menghormati.

Namun, titah baginda, masih ada pihak yang cuba mengganggu-gugat ketenteraman dengan membangkitkan isu-isu sensitif bagi agenda peribadi mereka.

"Beta yakin, rakyat Beta yang cintakan perpaduan tidak akan mudah terpengaruh dengan hasutan ini dan Beta mahu rakyat Malaysia mengekalkan perpaduan ini demi kesejahteraan tanah air yang tercinta ini," titah baginda dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

"Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi pada hari ini bukanlah datang bergolek malah hanya dapat dikekalkan dengan perpaduan dan kerjasama di antara semua warga tanpa mengira kaum dan agama," titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa syukur kerana untuk tempoh setahun yang lalu, Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan sentosa tanpa huru-hara yang mengganggu-gugat kesejahteraan rakyat.

Namun titah baginda, negara sedikit terjejas dengan masalah kegawatan ekonomi global yang melanda dengan kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa di mana fenomena tersebut berlaku di luar kawalan.

Baginda merakamkan rasa sukacita kerana kerajaan terus mengekalkan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair kepada harga semasa.

"Sesungguhnya Beta berharap agar keputusan ini dapat mengurangkan beban rakyat dalam perbelanjaan harian," titah baginda.

Seri Paduka juga berharap agar dengan pengekalan harga minyak itu, tidak ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan keperluan sehingga menjejaskan kehidupan rakyat.

Dalam pada itu, baginda mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

"Beta juga percaya, setiap dari musibah yang berlaku itu ada terselindung rahmat di sebaliknya, naluri kemanusiaan dan kasih sayang sesama insan sejagat jelas terpancar tatkala kejadian itu melanda, rakyat Malaysia telah sama-sama menghulurkan bantuan dan sumbangan dalam pelbagai aspek kepada mangsa-mangsa yang terlibat," titah baginda.

Baginda bertitah ia merupakan satu semangat dan penghayatan nilai-nilai murni yang amat tinggi dan berharap agar segala usaha tersebut akan sentiasa diamalkan dan mendapat rahmat dan diberkati Allah SWT.

"Walau bagaimanapun, Beta mengingatkan agar rakyat sentiasa berwaspada dan memberi kerjasama kepada kerajaan untuk melindungi negara daripada kejadian bencana alam ini pada masa-masa akan datang," titah baginda.

Baginda bersyukur atas nikmat kemakmuran, keselamatan dan keamanan yang dikecapi oleh negara selama ini dan berharap kesejahteraan negara di bawah gagasan 1Malaysia akan berterusan, di mana rakyat yang didorong oleh semangat kesatuan akan dapat menggembleng tenaga untuk menghasilkan pencapaian yang lebih baik dalam pelbagai bidang. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved