Sabtu, 4 Jun 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Calon ulama tersingkir

Posted:

Calon ulama tersingkir

Calon ulama tersingkir

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my


PRESIDEN Pas, Abdul Hadi Awang berkata sesuatu kepada Mohamad Sabu yang menggantikan Nasharudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden selepas pemilihan di Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar, Gombak, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 4 Jun - Pemimpin-pemimpin bukan ulama yang cenderung menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menguasai pemilihan Pas yang diadakan semalam.

Dalam keputusan yang diumumkan hari ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, kumpulan menyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja menamatkan penguasaan golongan ulama bagi kerusi Timbalan Presiden malahan menguasai ketiga-tiga kerusi Naib Presiden.

Kumpulan tersebut juga menguasai sebahagian besar kerusi Ahli Jawatankuasa Pusat yang dipertandingkan.

Bagi kerusi Timbalan Presiden, bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu menewaskan dua ulama iaitu Nasharudin Mat Isa yang menyandang jawatan tersebut sejak 2005 dan Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad Sabu memperolehi 420 undi manakala Tuan Ibrahim 399 undi dan Nasharudin 224 undi.

Kemenangan Mohamad Sabu itu membolehkan beliau menebus kekalahan yang dialaminya di tangan Nasharudin dalam pemilihan pada tahun 2009.

Pada tahun tersebut Nasharudin berhadapan dengan Mohamad Sabu dan seorang lagi wakil profesional iaitu Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa.

Selain itu, golongan ulama juga kehilangan wakil bagi kerusi Naib Presiden apabila dua calonnya iaitu, Exco Kerajaan Pas Kelantan Datuk Mohd. Amar Abdullah dan Idris Ahmad turut tewas dalam persaingan enam penjuru.

Tiga kerusi Naib Presiden dimenangi oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub, Husam dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Salahudin dan Mahfuz merupakan penyandang jawatan berkenaan. Tuan Ibrahim yang mendapat undi tertinggi pada pemilihan 2009 tidak mempertahankan kerusi tersebut kerana bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Seorang lagi calon yang tewas ialah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang memperolehi hanya 217 undi.

Suara golongan ulama juga turut 'terhakis' bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat apabila sebahagian besar mereka tewas dalam usaha menduduki 18 kerusi yang dipertandingkan.

Antara golongan ulama yang memenangi kerusi tersebut ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Mohd. Amar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamad Ali.

Sementara itu antara golongan profesional yang menang ialah Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli; Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr.Zulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kemenangan bagi Anwar, DAP

Posted:

Kemenangan bagi Anwar, DAP

Kemenangan bagi Anwar, DAP

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kekalahan calon ulama dalam pemilihan Pas hari ini melengkapkan penguasaan DAP terhadap parti berasaskan Melayu dan Islam dalam pakatan pembangkang.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin berkata, kemenangan besar calon-calon profesional itu juga membuktikan kejayaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan calon-calonnya atau kumpulan Anwarinas di dalam Pas.

"Maka bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Pas selepas ini tidak ubah seperti buah catur kepada Anwar," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kejayaan kumpulan profesional menguasai jawatan tertinggi di dalam Pas menewaskan calon pro ulama pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-57 semalam.

Pada pemilihan itu, Mohamad Sabu memenangi jawatan Timbalan Presiden manakala Naib Presiden pula disandang oleh Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Zulkifli menambah, apa yang berlaku pada pemilihan Pas kali ini juga adalah percubaan kumpulan tertentu untuk dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana kata beliau, keutamaan kumpulan itu adalah untuk merebut kuasa politik atau kerusi kerana habuan sama ada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Parlimen adalah besar.

Sementara itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad berkata, kemenangan calon profesional membuktikan bahawa era kepimpinan ulama di dalam Pas sudah berakhir dan tidak lagi dilihat relevan.

Ia kata beliau, mungkin ada kaitan dengan kemasukan kumpulan profesional dan liberal dalam Pas yang mengharapkan satu tindakan konkrit berbanding retorik yang sinonim dengan kumpulan ulama.

"Apa yang saya bimbangkan ialah kumpulan liberal ini nanti juga gagal membawa sebarang perubahan seperti yang diharapkan perwakilan.

"Ini boleh membawa bahaya yang besar kerana pertaruhannya adalah agama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved