Ahad, 5 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Kerajaan tidak berkompromi

Posted:

Kerajaan tidak berkompromi

Kerajaan tidak berkompromi

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kerajaan tidak akan berkompromi dengan kelompok-kelompok tertentu yang bertindak semata-mata atas perhitungan untuk kepentingan kumpulan mereka sahaja tanpa sedar kesannya ke atas kesejahteraan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan ingin mengingatkan kepada semua pihak yang tanpa rasa bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan keagamaan sama ada secara terang atau halus, bahawa mereka sebenarnya bermain dengan permainan yang amat berbahaya.

"Mereka sedang memperjudikan untung nasib masa depan anak cucu kita dan akhirnya nanti, yang kalah jadi abu dan yang menang jadi arang," katanya dalam ucapannya pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena hari keputeraan baginda di Istana Negara di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, jika itu yang didambakan, "maka Malaysia yang akan diwariskan kepada generasi mendatang adalah Malaysia yang gagal dan berpecah-belah." "Tidakkah seharusnya kita belajar daripada apa yang berlaku di tempat-tempat lain seperti di kawasan Balkan, benua Eropah dan janganlah pula tidak beriktibar dengan satu tragedi hitam yang telah mencemari lipatan sejarah negara tercinta ini," katanya.

Perdana Menteri turut mengingatkan supaya jangan ada yang cuba menangguk di air keruh.

Katanya, setelah kerajaan bersusah payah membina dan memelihara hubungan ampuh selama puluhan tahun, pastinya kerajaan tidak akan berkompromi sebaliknya menolak sebarang usaha kelompok tertentu yang bertindak untuk kepentingan kumpulan mereka sahaja sehingga tidak sedar akan natijah buruknya kepada kumpulan yang ramai yakni rakyat Malaysia dan kesejahteraan negara.

"Suka atau tidak suka, sebelum yang tersambung bergenting putus, sebelum yang terkemas pecah berserak, kerajaan pasti terus berwaspada dan tanpa berlengah mengambil langkah-langkah pembetulan yang wajar.

"Apa yang pasti, usaha murni sedemikian menuntut keberanian moral dan politik daripada semua pihak atas nama Malaysia," kata Najib.

Beliau berkata, malah kerajaan dalam membuat sebarang dasar, sentiasa memperkirakan faktor perbezaan yang wujud sebagai satu perhitungan penting.

"Sebetulnya, dengan sekadar menutup sebelah mata sambil mengharapkan perpaduan terus mekar subur tanpa peranan proaktif oleh pihak kerajaan beserta pemimpin masyarakat daripada semua kaum, akan hanya menjanjikan sebuah tragedi," tegasnya.

Najib berkata, satu usaha utama kerajaan adalah untuk terus memacu kemajuan, mengelakkan berlakunya pertembungan budaya, meningkatkan persefahaman, selanjutnya meraikan perbezaan yang wujud di kalangan rakyat dengan berkongsi apa yang dimiliki. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Agong mahu usaha realisasikan wawasan Malaysia diperhebat

Posted:

Agong mahu usaha realisasikan wawasan Malaysia diperhebat

Agong mahu usaha realisasikan wawasan Malaysia diperhebat


Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah berkenan beramah mesra dengan seorang rakyat jelata sempena ulang tahun baginda pada majlis jamuan teh diraja di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 4 Jun - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan segala usaha diperhebatkan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang dan meningkat, merealisasikan wawasan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada 2020 dan berpendapatan tinggi.

Seri Paduka bertitah, daripada aspek ekonomi, kedudukan negara begitu memberangsangkan, pelaburan dari dalam dan luar negara semakin meningkat dan kadar inflasi pula berada pada paras terkawal.

Melahirkan rasa bangga kerana Malaysia merupakan antara negara yang memiliki pelbagai institusi pentadbiran dan pelaksanaan kukuh serta efektif, Tuanku Mizan sukacita melihat kerajaan sentiasa mengambil usaha dan inisiatif bagi menambah baik institusi berkenaan dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020.

"Sesungguhnya, kekukuhan dan kestabilan sesebuah negara amat bergantung kepada pelbagai institusi yang menjadi tonggak pentadbiran negara tersebut, malah, institusi pentadbiran dan pelaksanaan yang kukuh merupakan antara elemen terpenting dalam menghasilkan sebuah negara maju dan disegani," titah Seri Paduka sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Melihat pelbagai rancangan dan pelan tindakan yang digagaskan bagi memperkukuhkan pelbagai institusi negara, Tuanku Mizan mahu semua pihak bekerjasama menjayakan matlamat yang disasarkan.

"Beta menggesa semua pihak, kerajaan, sektor swata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media massa dan yang terutama rakyat jelata untuk sama-sama bersepakat dan berganding bahu agar segala usaha yang digagaskan dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan," titah Seri Paduka.

Seri Paduka bertitah, dunia hari ini berhadapan dengan tekanan ekonomi begitu mencabar dan dugaan ekonomi terbesar kini adalah kenaikan harga minyak termasuk kos bahan api melambung tinggi melanda setiap negara di dunia.

"Malaysia pastinya tidak terkecuali. Jika berterusan, fenomena ini bukan sahaja akan membawa kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara tetapi lebih penting lagi, menghimpit taraf hidup rakyat melalui tekanan inflasi.

"Beta bersyukur kerana kerajaan masih berupaya mengimbangi kesan kenaikan harga minyak demi kesejahteraan rakyat jelata. Beta berasa sukacita kerana kerajaan terus mengekalkan harga minyak RON 95, diesel dan gas petroleum cecair kepada harga semasa.

Mengharapkan keputusan itu dapat mengurangkan beban rakyat, Yang di-Pertuan Agong mengingatkan para peniaga memberikan kerjasama dan tidak sewenang-wenang menaikkan harga barangan keperluan pengguna.

"Bila berlaku kenaikan harga seluruh rakyat akan mendapat kesan buruk dan sesungguhnya apa yang kerajaan laksanakan ini tidak dapat dinikmati rakyat," titah Seri Paduka.

Mengenai penggunaan pelbagai sumber tenaga dan air yang menyebabkan negara membelanjakan sejumlah besar wang bagi menyediakan kemudahan itu, Tuanku Mizan mahu rakyat jelata menjadi warga yang bijak memanfaatkan sumber tenaga dan air dengan berhemah.

Seri Paduka bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana negara ini mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama yang dilindungi daripada persengketaan dan kekacauan, selain mewarisi bumi Malaysia indah dan permai.

"Beta akui bukanlah mudah untuk rakyat berbilang bangsa dan agama mendiami sebuah negara dan berkongsi segalanya dalam keadaan aman, rukun dan damai.

Namun, rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang kita miliki bukanlah satu halangan dan masalah, sebaliknya adalah satu keunikan yang membina kekuatan kita bersama," titah Tuanku Mizan.

Melahirkan rasa dukacita kerana masih ada pihak yang cuba mengganggu-gugat ketenteraman negara dengan membangkitkan isu-isu sensitif, Seri Paduka mahu rakyat Malaysia mengekalkan perpaduan demi kesejahteraan tanah air dan generasi akan datang.

Tuanku Mizan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini dan berharap insiden itu menjadi iktibar kepada semua agar lebih prihatin terhadap alam sekitar.

Bagi merealisasikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020, Seri Paduka menitahkan rakyat Malaysia agar menjadi warga perkasa dan dinamik, yang bukan sahaja tinggi penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga nilai akhlak, moral dan berintegriti.

"Sesungguhnya, Beta menghargai serta menyokong komitmen kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha meningkatkan integriti dan memerangi rasuah," titah Seri Paduka.

Menyatakan hemat Seri Paduka bahawa kerajaan berada pada landasan betul dalam langkah pencegahan rasuah, Tuanku Mizan menitahkan agar pendekatan untuk memerangi rasuah dilakukan secara mutlak dan lebih komprehensif, serta melipatgandakan usaha berkaitan. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rasionalisasi subsidi pada kumpulan sasar

Posted:

Rasionalisasi subsidi pada kumpulan sasar

Rasionalisasi subsidi pada kumpulan sasar

KUALA LUMPUR 4 Jun — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan kerajaan merasionalisasi subsidi bukanlah langkah menghapuskan subsidi tetapi memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan sasar dan sektor yang benar-benar layak lagi memerlukan dengan jumlah berpatutan.

Perdana Menteri berkata, subsidi di Malaysia adalah antara terbesar di dunia meliputi keperluan seharian rakyat seperti gula dan beras dan ini tidak termasuk subsidi tidak langsung meliputi perkhidmatan dan pelajaran.

"Dalam mengurus negara, kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah matlamat tertinggi," katanya dalam ucapannya pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda hari ini di Istana Negara di sini.

Najib berkata, malah suatu keputusan yang tampak popular tidak semestinya menjadi satu tindakan terbaik untuk tempoh yang lebih jauh dan untuk itu dalam mengurus ekonomi negara adalah penting "kita mengukur baju di badan sendiri."

"Bagi kepentingan ramai dan negara, sebuah kerajaan bertanggungjawab akan mencipta penyelesaian dan membuat pilihan mengutamakan maslahah rakyat bukan sahaja untuk jangka masa pendek dan pertengahan tetapi juga untuk jangka masa panjang," katanya.

Perdana Menteri berkata, keputusan memotong dan menaikkan pendapatan layak dicukai, memberi subsidi secara pukul rata tanpa mengira keperluan kumpulan sasar contohnya, barangkali mendapat sambutan hangat bagi masa-masa yang tertentu, akan tetapi ia bakal mengundang masalah.

"Hakikatnya, apabila hanya kurang dua juta daripada 12 juta pekerja membayar cukai, dua juta pembayar itu mensubsidikan majoriti yang tidak membayar cukai.

Ini akan lebih memberikan cabaran terutamanya apabila perkhidmatan kesihatan dan pendidikan adalah relatifnya percuma.

"Malaysia, bukanlah sebuah negara kuasa besar dunia yang mampu mencetak wang tanpa berasaskan kepada apa-apa sandaran atau fiat money," katanya.

Beliau berkata, kebergantungan kepada sumber asli seperti petroleum dan gas asli tidak akan kekal untuk selama-lamanya, malah rakyat patut bersyukurlah bahawa negara mempunyai syarikat petroleum nasional yang diuruskan dengan baik dan kerajaan berjaya memaksimumkan manfaat yang diperoleh.

"Akan tetapi, sumber ini semakin berkurangan. Ternyata, lebih banyak perbelanjaan modal terpaksa dikeluarkan untuk mencari sumber yang baru," katanya.

"Jadinya, kita harus insaf kepada apa yang mungkin melanda negara jika ekonomi tidak diurus dengan baik," katanya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved