Ahad, 5 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Jangan culas bayar pinjaman

Posted:

Jangan culas bayar pinjaman

Jangan culas bayar pinjaman

Oleh NORZAINURA ABDUL MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 4 Jun - Peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional diingatkan agar tidak culas membayar balik pinjaman kerana ramai lagi usahawan kecil memerlukan bantuan tabung itu untuk memulakan perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, setakat ini banyak pihak telah menerima manfaat daripada tabung berkenaan yang merupakan salah satu landasan untuk usahawan mendapatkan modal perniagaan.

"Difahamkan, sehingga kini 35 peratus peminjam di kawasan Sri Medan dan Parit Sulong culas membayar pinjaman sedangkan berkemampuan. Kerajaan sediakan dana khas buat peniaga kecil dan usahawan, tetapi kalau tidak bayar balik siapa akan ganti dana untuk disalurkan kepada pihak lain?

"Ada juga dalam kalangan mereka yang menjadi peminjam berulang," katanya selepas majlis penyerahan pinjaman semula usahawan TEKUN kepada usahawan yang terjejas akibat banjir awal tahun ini di Sri Medan dekat sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dan Pengurus Besar Kanan Operasi TEKUN Nasional, Adam Abd. Ghani.

Pada majlis itu, 78 usahawan dari Sri Medan dan Parit Sulong yang terjejas akibat banjir menerima pinjaman semula perniagaan RM674,000.

Sementara itu Adam berkata, jumlah pinjaman semula yang diberikan bagi kawasan Parit Sulong adalah yang terbesar berikutan bilangan usahawan terjejas ramai.

Katanya, Johor pula adalah negeri dengan jumlah peminjam ketiga teramai iaitu kira-kira 21,000 mangsa yang melibatkan belanja RM211.6 juta sejak TEKUN ditubuhkan.

Dalam kawasan Parlimen Parit Sulong pula katanya, peruntukan RM11.6 juta diberikan untuk membantu setiap usahawan mengembangkan perniagaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program mentor bantu calon UPSR

Posted:

Program mentor bantu calon UPSR

Program mentor bantu calon UPSR


FASILITATOR, Ghazali Ismail (empat dari kanan) menunjukkan cara berwuduk kepada para peserta Program Mentor di Masjid Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 4 Jun - Tidak mahu musim cuti sekolah dibazirkan begitu sahaja, mendorong Pusat Latihan Masa Emas Gemilang dengan kerjasama Masjid Taman Tampoi Indah di sini, menganjurkan Program Mentor khusus bagi calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Perunding pusat tersebut, Lukman Yusoff Osman berkata, inisiatif untuk menganjurkan program berkenaan dilakukan bagi membolehkan murid yang bakal menduduki UPSR mengisi masa cuti sekolah mereka dengan perkara yang lebih berfaedah.

Beliau berkata, program tersebut yang juga kali pertama dianjurkan, menjadikan masjid sebagai lokasi aktiviti bertujuan memberi pendedahan rohani kepada para peserta selain program akademik.

"Program ini selama dua hari bermula hari ini diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya kelas tuisyen Bahasa Inggeris dan Matematik, sesi ceramah, solat berjemaah, qiamullail dan banyak lagi.

"Kita berharap objektif program bagi melahirkan golongan murid yang cemerlang tidak hanya dalam pelajaran, malah aspek keagamaan akan tercapai," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Lukman, seramai 12 peserta mengambil bahagian dan pihaknya bercadang memperluaskan lagi program seumpama itu.

Bagi seorang peserta, Mohd. Mustaqim Alwi, 12, dia tertarik untuk menyertai program seumpama itu kerana banyak ilmu pengetahuan diperolehi daripadanya.

"Sepanjang cuti sekolah ini saya cuba mengisi masa dengan mengulang kaji pelajaran kerana bakal menduduki UPSR tidak lama lagi.

"Apabila ayah memberitahu ada program ini, terus saya bersetuju mengikutinya kerana tertarik dengan aktiviti yang disediakan," katanya.

Bagi Mohd. Saiful Azam Khairul Nizam, 12, dia mengikuti program tersebut kerana tidak mahu membazirkan cuti sekolah dua minggu ini dengan perkara yang sia-sia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved