Ahad, 5 Jun 2011

Utusan Online - Rencana


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Wajah sebenar Pas terdedah

Posted:

Wajah sebenar Pas terdedah

Wajah sebenar Pas terdedah

Oleh Zulkiflee Bakar

PADA tahun 1995, ketika berlangsungnya pilihan raya umum, penulis ada bertanya kepada seorang warga emas yang berusia 80-an kenapa beliau menyokong Pas, jawapannya, ''Pas hendak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam.''

Jumaat lalu pula ketika berbual dengan seorang mahasiswa sebuah institusi pengajian tinggi yang menghadiri Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar, Gombak, penulis turut bertanya soalan yang sama, jawapannya, ''Pas dipimpin oleh para ulama dan kita sebagai orang Islam kena sokong.''

Perjuangan menegakkan negara Islam dan memperkasakan kepimpinan ulama - inilah dua faktor utama yang mendorong sejak tahun 1951 kenapa sebahagian umat Islam di negara ini menyokong Pas.

Bagi mereka yang taksub, Pas adalah Islam, Islam adalah Pas. Pintu hati dan fikiran mereka sudah ditutup untuk melihat segala pengorbanan dan kejayaan UMNO yang telah memartabatkan Islam sehingga Malaysia menjadi negara Islam contoh.

Tetapi apa yang berlaku sepanjang muktamar Pas yang berakhir semalam sudah menjadi bukti bahawa parti itu kini bukanlah pejuang negara Islam dan tidak lagi dipimpin oleh para ulama sebagai pemain utama.

Sebaliknya golongan ulama hanya ditempatkan di Dewan Ulama dan menganggotai Majlis Syura yang belum tentu suara mereka akan didengari biarpun dikatakan menjadi badan pemutus perjalanan politik Pas.

Ternyata sekali, Pas menyambut 60 tahun usianya pada tahun ini dengan menyaksikan golongan ulama semakin terpinggir daripada arus perdana politik Pas.

Tewasnya calon-calon berlatar belakang agama bagi kerusi-kerusi Timbalan Presiden dan Naib Presiden serta Ahli Jawatankuasa Pas pusat sudah menjadi bukti bahawa ahli-ahli Pas kini sudah beralih arah.

Mereka semakin hilang keyakinan kepada kepimpinan ulama untuk menerajui parti itu dalam mencapai impian ke Putrajaya bersama-sama sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Serangan bertubi-tubi yang dilakukan oleh puak-puak yang menyokong Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pemilihan berlaku mengenai betapa perlunya profesional menerajui Pas ternyata memberi kesan.

Ahli-ahli Pas termasuklah perwakilan ke muktamar telah disogokkan dengan pemahaman bahawa kepimpinan ulama Pas adalah lemah, tidak agresif, tidak mempunyai visi dan tidak akan mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Oleh itu jika Pas mahu bersama-sama meraih kuasa satu kapal dengan PKR dan DAP maka pemilihan kali ini perlu memastikan golongan profesional terutamanya mereka yang 'berkiblatkan' Anwar mencapai kejayaan.

Ternyata usaha itu berjaya, Pas kini dikuasai sepenuhnya oleh golongan yang sebahagian besarnya adalah penyokong kuat Anwar, PKR dan DAP.

Kegagalan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membaca percaturan politik yang dilakukan oleh kumpulan menyokong Anwar dalam Pas telah memungkinkan beliau turut terjebak dan terikut-ikut dengan keghairahan untuk ke Putrajaya.

Tindakan Abdul Hadi yang menganggap barisan terpilih dalam pemilihan kali ini adalah Kabinet pilihan raya juga menimbulkan persoalan apakah selama ini Pas yang mengetengahkan ulama sebagai peneraju utama tidak yakin bahawa golongan itu boleh berjaya dalam pilihan raya?

Terbuktilah sudah bahawa muktamar Pas kali ini memaparkan wajah sebenar parti itu dalam arena politik negara.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tolak kelompok main isu perkauman, agama

Posted:

Tolak kelompok main isu perkauman, agama

Tolak kelompok main isu perkauman, agama

SUDAH banyak kali ingatan, amaran serta penegasan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin-pemimpin lain berhubung permainan isu perkauman dan agama yang dijadikan modal kelompok-kelompok tertentu dalam menarik sokongan rakyat.

Betapa berbahayanya, kelompok-kelompok ini bertindak semata-mata atas perhitungan untuk kepentingan kumpulan mereka tanpa sedar atau tidak sedar, perbuatan membangkitkan isu-isu sensitif ini memberi kesan ke atas kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Demi keuntungan politik, kelompok-kelompok yang bukannya buta sejarah dan juga terdiri di kalangan orang yang terpelajar ini mengheret rakyat turut sama ke kancah politik sempit sebegini yang akhirnya menyaksikan dalam negara yang kecil ini, rakyat pelbagai kaum yang tinggal di dalamnya bertelingkah.

Kelompok yang mahu digelar jaguh dalam isu-isu yang melibatkan kaum tanpa memikirkan kesannya kepada negara ini sebenarnya sedang memperjudikan untung nasib generasi akan datang.

Sekiranya isu ini terus dimainkan, Malaysia akan diwariskan kepada generasi yang pastinya berpecah-belah oleh kerana tidak habis-habis berbalah dan mempertikaikan isu-isu membabitkan perkauman dan agama.

Justeru Perdana Menteri, dalam ucapannya pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena hari keputeraan baginda di Istana Negara, kelmarin, sekali lagi mengulangi ingatan yang sama berhubung pendirian kerajaan dalam perkara ini.

Tiada kompromi bagi kelompok-kelompok yang memainkan isu perkauman dan agama. Sekiranya berbuat demikian, tindakan tegas akan dikenakan, suka atau tidak, langkah pencegahan dan pembetulan perlu diambil.

Memang benar, dengan hanya menutup sebelah mata sambil mengharapkan perpaduan terus mekar subur di negara ini tanpa peranan pro aktif daripada kerajaan beserta pemimpin-pemimpin masyarakat daripada semua kaum hanya akan menjanjikan sebuah tragedi.

Memang diakui bukan mudah untuk rakyat berbilang bangsa dan agama mendiami sesebuah negara dan berkongsi semuanya.

Tetapi sebenarnya rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa kepelbagaian itu bukan penghalang dan Malaysia selama ini aman tanpa berlakunya rusuhan kaum yang besar-besar.

Maka keadaan itu perlu dikekalkan. Dan kelompok-kelompok yang gemar memainkan isu-isu ini jangan cuba menangguk di air keruh, kerana akhirnya nanti yang kalah akan menjadi abu dan yang menang jadi arang.

Kita seharusnya belajar, daripada kejatuhan negara-negara lain. Belajar bagaimana Islam jatuh dan mengapa negara-negara Islam tidak bersatu, dan akhirnya siapa yang dapat labanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved