Ahad, 5 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


PPP Perda capai matlamat

Posted:

PPP Perda capai matlamat

PPP Perda capai matlamat

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my


AZHAR Ibrahim (kanan) menyampaikan bantuan mesin jahit kepada Mohd. Safry Abdul Kadir (dua dari kanan) di Pasir Gebu Penaga, Pulau Pinang, kelmarin.


KEPALA BATAS 4 Jun - Projek Peningkatan Pendapatan (PPP) anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) terbukti berjaya membantu golongan miskin di negeri ini apabila 75 peratus peserta program tersebut berjaya keluar daripada garis kemiskinan.

Pengerusinya, Datuk Azhar Ibrahim berkata, sejak diperkenalkan pada 1996, kira-kira 700 golongan miskin yang menyertai program tersebut berjaya membina serta mengembangkan perniagaan yang diceburi hasil bimbingan serta bantuan agensi berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya memperuntukkan kira-kira RM300,000 setiap tahun bagi melahirkan antara 50 hingga 60 usahawan terdiri daripada golongan miskin untuk melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan.

"Selain memberi bantuan peralatan, kita turut menyediakan latihan dari semasa ke semasa untuk membolehkan mereka menerokai selok-belok aktiviti perniagaan.

"Dalam aspek ini, kita memantau perkembangan perniagaan mereka dan kepada peniaga yang konsisten dan ada kesungguhan, Perda menambah peruntukan bagi membolehkan mereka mengembangkan perniagaan," katanya.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata demikian selepas menyertai rombongan 30 pegawai serta kakitangan Perda dalam program Jom Pi Bantu di beberapa perkampungan sekitar sini, semalam.

Sempena program yang julung-julung kali diadakan itu, rombongan berkenaan turun padang bagi menyerahkan sendiri bantuan peralatan perniagaan kepada peserta PPP di Kampung Kuala Bekah, Permatang Rambai, Pasir Gebu dan Pulau Mertajam.

Turut menerima bantuan ialah empat keluarga miskin yang menerima dividen RM250 hasil projek pertanian Perda di Ladang Veggie dekat sini.

Azhar berkata, prinsip utama pelaksanaan program PPP menekankan keperluan untuk membantu peniaga kecil melalui bantuan peralatan perniagaan, bukannya pemberian modal semata-mata.

"Saya fikir kaedah ini berjaya kerana pemberian modal sahaja tidak memberi jaminan apa-apa. Lebih penting, kita mahu membantu peniaga yang mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk menceburi perniagaan yang diminati," jelasnya.

Mengenai program Jom Pi Bantu, Azhar memberitahu, ia adalah bagi menyokong inisiatif kerajaan dalam menganjurkan program turun padang khususnya untuk membantu golongan memerlukan.

Melalui program itu katanya, pihaknya dapat mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi rakyat terutama di kawasan luar bandar dan berusaha untuk menyelesaikannya dengan kerjasama pemimpin setempat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Projek berimpak tinggi terbaharu di Ipoh

Posted:

Projek berimpak tinggi terbaharu di Ipoh

Projek berimpak tinggi terbaharu di Ipoh

Daripada HAMDEN RAMLI


ZAMBRY ABD. KADIR melihat koleksi kereta antik yang dipamerkan di Turf City, Bukit Timah, Singapura, kelmarin.


SINGAPURA 4 Jun - Sebuah lagi projek berimpak tinggi membabitkan pelaburan melebihi RM400 juta akan dilaksanakan di Lembah Kinta, Perak tidak lama lagi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, projek berkaitan bidang permotoran dan peruncitan yang dijangka membabitkan pembangunan kawasan seluas 141 hektar itu akan dilaksanakan dengan kerjasama pelabur di sini.

"Perbincangan sangat serius dan dalam masa terdekat mereka akan menghantar permohonan menjayakan projek tersebut," katanya pada hari terakhir lawatan kerja rasmi dua hari ke sini, semalam.

Selain mendengar taklimat berhubung pembangunan lanskap di Taman Botani Singapura, program hari itu turut membabitkan lawatan ke Turf City iaitu sebuah bandar dan pusat sehenti permotoran terbesar Singapura di Bukit Timah serta mengadakan perbincangan bersama ahli perniagaan dan pemain industri negara ini.

Zambry berkata, projek tersebut bukan sahaja akan membuka kawasan pembangunan baru di Ipoh tetapi mampu mengekal serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri menerusi pengenalan aktiviti-aktiviti perniagaan baharu yang berdaya saing.

Katanya, pada pertemuan bersama ahli perniagaan dan pemain industri, beberapa cadangan telah dikemukakan mengambil kira kelebihan yang ada di Perak.

Beliau menambah, antara cadangan tersebut termasuk pembangunan semula lombong-lombong bijih timah serta usaha untuk membawa pembangunan berkonsepkan urbanisation di Perak.

"Di bawah konsep ini, nilai-nilai kehidupan kampung dikekalkan dalam suasana perbandaran baharu yang lengkap segala-galanya.

"Konsep ini telah berjaya dilaksanakan di beberapa negara jiran dan mempunyai potensi besar untuk berjaya di Perak, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri," katanya. - Mingguan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Periksa angin tayar percuma

Posted:

Periksa angin tayar percuma

Periksa angin tayar percuma

IPOH 4 Jun - Pemilik kenderaan berpeluang mendapatkan pemeriksaan angin tayar secara percuma sempena kempen ''Fill Up With Air'' (FUWA) anjuran Michelin Malaysia Sdn. Bhd. di Tesco Manjung bermula hari ini.

Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Yves Pouliquen berkata, kempen FUWA selama dua hari itu memberi penekanan kepada kepentingan pemeriksaan tekanan tayar secara berkala.

''Tekanan tayar yang betul sangat penting untuk keselamatan dan ekonomi manakala tekanan tayar yang salah memberi kesan kepada kemampuan membuat pusingan, membrek dan kestabilan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved