Ahad, 5 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Nilai 3 dinaikkan taraf

Posted:

Nilai 3 dinaikkan taraf

Nilai 3 dinaikkan taraf

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 4 Jun - Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bakal mempertingkatkan kemudahan serta prasarana di Nilai 3 dekat sini, dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke pusat jualan borong terbesar negara itu.

Yang Dipertua MPN, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, langkah itu bertujuan memberi keselesaan dan menyediakan persekitaran kondusif kepada pengunjung di pusat berkenaan yang kian menjadi tarikan orang ramai dari dalam dan luar negara.

"Lokasi ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai dan tahun lalu sahaja, lebih tiga juta orang berkunjung ke pusat borong yang kini menempatkan hampir 600 peniaga.

"Maka, sudah tiba masanya kita mempertingkatkan kemudahan di pusat ini. MPN bercadang membuat penambahan landskap, tempat letak kereta dan bas persiaran, tandas awam, pengangkutan bas awam, termasuk kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan keselamatan," katanya.

Abd. Halim berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perasmian Bintang Walk Nilai 3, hari ini.

Jelas beliau lagi, pihaknya juga akan menjalankan kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dalam memperhebatkan lagi aktiviti promosi kawasan tersebut.

"Melalui kerjasama ini kita berharap pihak pelancongan dapat membantu mempopularkan kawasan ini sebagai salah satu destinasi tarikan pelancongan terkenal negeri ini," ujarnya.

Abd. Halim menambah, inisiatif itu akan memperhebatkan lagi perkembangan pusat tersebut, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi dan hasil pendapatan peniaga serta pengusaha tempatan.

"Saya percaya, perkembangan ini turut akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk berhampiran.

"Jika sekarang ada 600 peniaga di sini, saya anggarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan terdapat di kawasan ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pastikan kecemerlangan, peperiksaan tidak merudum

Posted:

Pastikan kecemerlangan, peperiksaan tidak merudum

Pastikan kecemerlangan, peperiksaan tidak merudum


Mohamad Hasan (tengah) maraikan murid-murid cemerlang selepas menyampaikan penghargaan kepada 55 penerima yang cemerlang dalam peperiksaan peringkat kebangsaan di Rantau, baru-baru ini.


SEREMBAN 4 Jun - Membina kejayaan dalam pendidikan memang dituntut, tetapi menjaga kejayaan itu lebih besar pengorbanan yang perlu dilakukan.

Ini ditegaskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi memastikan kecemerlangan dalam pendidikan melalui keputusan peperiksaan peringkat kebangsaan dijaga supaya ia tidak merudum.

Katanya, untuk itu ibu bapa dan penjaga perlu sentiasa memberikan tumpuan kepada anak masing- masing dan tidak hanya melepaskan tanggungjawab mendidik kepada guru di sekolah.

''Kita mesti urus kejayaan ini kerana bimbang kalau 'lepas tangan', ia akan merudum. Apabila itu berlaku untuk menaikkan semula kecemerlangan akan mengambil masa yang terlalu lama," katanya pada majlis penyampaian kecemerlangan pendidikan di Rantau dekat sini, baru-baru ini.

Mohamad berkata, semua 'pemain' dalam penentu kecemerlangan pendidikan hendaklah mempunyai cita-cita besar untuk terus melonjak pada satu tahap tanpa noktah.

''Anak-anak kita perlu punyai cita-cita besar, yang bukan sahaja cemerlang tetapi cemerlang kelas pertama," katanya.

Kerajaan negeri jelas beliau, bercita-cita untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu, yang dapat menjana keperluan cendekiawan, ilmuan dan pemikir untuk negara.

''Di sini akan lahirnya nanti 'bintang' untuk mengisi banyak tempat dalam pentadbiran negara, yang akan menguruskan sebuah negara Malaysia.

''Kita mahu menjadikan negeri ini seperti mana era kecemerlangan pendidikan bertahun lampau, supaya apabila diperlukan kelak, kita sudah ada generasi yang bersedia pada bila-bila masa untuk berkhidmat," ujarnya.

Katanya, biarpun negeri ini kecil daripada segi keluasannya, tetapi 'nadinya' amat kuat berdenyut kerana di dalamnya bakal lahir ramai cendekiawan, bijaksana dan ilmuan.

''Kalau kita ada 2,000 orang sekali pun rakyat, tetapi otaknya tidak boleh digunakan, buat apa. Lebih baik kita ada dua orang bijak pandai, tetapi otaknya berguna untuk membangunkan 2,000 orang yang tidak tahu apa-apa itu," kata Mohamad.

Pada majlis itu, Mohamad turut menyampaikan penghargaan kepada 55 pelajar yang cemerlang dalam pelbagai peperiksaan peringkat kebangsaan anjuran Persatuan Cina Rantau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved