Ahad, 5 Jun 2011

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Masih masalah Facebook

Posted:

Masih masalah Facebook

Masih masalah Facebook

SETIAP kali saya masuk ke akaun Facebook saya tiba-tiba keluar perkataan ini pada skrin komputer:

INTERNET EXPLORER CANNOT OPEN THE INTERNET SITE http://www.facebook.com/home.php

Operation aborted

Apabila saya pangkah atau tekan OK di kekotak tersebut saya terpaksa log in semula. Kadang-kadang hingga 2 atau 3 kali berturut-turut.

Apa masalahnya dan bagaimana untuk mengatasi supaya masalah tersebut tidak berulang ?

Sekian,terima kasih.

- Sabrie, KEDAH.

Bagi menjawab persoalan tersebut saya andaikan talian Internet anda baik, stabil dan tiada masalah. Ini berkemungkinan besar masalah tersebut berpunca daripada pelayar web Internet Explorer (IE) anda.

Langkah yang baik adalah kemas kini dan tingkatkan versi pelayar web Internet Explorer yang digunakan atau menggunakan pelayar web yang lain seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera dan lain-lain.

Sekiranya tidak berupaya berbuat demikian atau masalah tersebut masih berlaku, terdapat beberapa cara yang boleh diikuti untuk penyelesaiannya.

1. Masukan alamat URL Facebook ke dalam ruangan web yang dipercayai yang terdapat pada pelayar web IE. Ia boleh dicapai dengan anda masuk ke IE dan pergi ke Tools > Internet Options > Security > Trusted Sites. Nyah klik pada ruangan Require server verification sekiranya anda tidak menggunakan https pada laman Facebook.

2. Berkemungkinan terdapat beberapa perisian yang menyebabkan berlakunya penghalang ini terutama perisian anti virus atau sekuriti sama ada yang dipasang atau telah dinyahpasangkan. Jadi, untuk mengelakkan ia berlaku boleh lakukan beberapa perkara yang berikut.

* Start > Programs > Accessories > System Tools > IE with no Addons

* IE > Tools > Internet Options > Advanced Tab > klik Restore then click Reset > Apply / OK

* IE > Tools > Internet Options > Security Tab > klik reset all zones to default - Apply / OK

* IE > Tools > Internet Options > Advanced Tab. Nyah tanda bagi "Enable third-party browser extensions"

* IE > Tools > Manage Add-ons > Nyahkan SSV2 sekiranya ada kerana ia boleh menyebabkan masalah tersebut berlaku. Ia akan sentiasa dipasang kepada pelayar sekiranya kemas kini kepada Java dibuat.

* Tutup dan buka semula program IE

3. Lakukan penyelenggaraan pada Windows bagi membuang dan membaik pulih segala fail sistem yang hilang dan rosak. Dengan itu, boleh lakukan beberapa perkara penyelenggaraan pada Windows seperti langkah-langkah yang seterusnya.

* Larikan program DiskCleanup dengan klik Start > All Programs > Accessories > System Tools > Disk Cleanup.

* Klik Start > RUN. Kemudian taipkan perkataan

sfc /scannow. Klik butang OK.

* Larikan program checkdisk dan jadualkan program tersebut untuk beroperasi pada permulaan buka Windows seterusnya. Klik Apply > OK.

* Larikan perisian anti-virus yang dikemas kini. Boleh dapatkan ia secara percuma sekiranya tiada seperti Malwarebytes di URL, http://www.malwarebytes.org. Berkemungkinan juga ia disebabkan oleh virus seperti Trojan Vundo dan lain-lain.

* Sekiranya ada program Windows Defender, buka dan pergi ke Tools > Software Explorer. Lihat isu-isu berkaitan dengan perisian-perisian yang kelihatan bermasalah. Seterusnya, setkan ia kepada status, not permitted.

* Boleh dapatkan perisian BHOremover untuk membuang secara lebih baik perisian-perisian atau program komputer yang tidak diperlukan. Ia boleh diperolehi di URL, http://securityxploded.com/bhoremover.php.

4. Terdapat ralat untuk pelayar web IE versi 6 dan 7 untuk membaca laman web yang mengandungi skrip atau kod Site Meter. Ia akan memaparkan mesej ralat yang sama. Bagi mengatasi masalah ini, menaik taraf pelayar web IE ke versi yang terkini atau ikuti langkah yang diberikan seterusnya.

  • Buka pelayar web Internet Explorer.
  • Klik pada Tools > Internet Options.
  • Klik pada tab Security.
  • Klik pada ikon Restricted Sites.
  • Klik pada butang Sites.
  • Pada ruangan Add this website to the zone, taipkan perkataan '*.sitemeter.com '

  • Klik pada butang Add. Klik pada Close dan OK.
  • 5. Boleh nyah aktifkan fungsi mesej ralat pada HTTP ini pada pelayar IE. Mesej ralat tersebut akan masih dipaparkan pada pelayar tetapi ia tidak akan ke laman yang lain dalam pelayar tersebut. Ini boleh dilakukan dengan cara-cara yang berikut:-

  • Buka menu Tools dan klik pada Internet Options.
  • Pada tab Advanced, biarkan kosong kotak tanda sebelah pilihan Show friendly HTTP error messages. Ia berada di bawah tajuk Browsing.
  • Klik butang OK.
  • 6. Nyah aktifkan fungsi Active Scripting dalam pelayar web IE. Ia akan mengelakkan daripada mana-mana skrip berfungsi dalam pelayar IE. Ini boleh dilakukan dengan beberapa langkah seperti yang berikut.

  • Pada menu Tools, klik Internet Options.
  • Pada tab Security, pilih zon yang akan membaca laman web tersebut.
  • Cari bahagian Scripting, setkan Active Scripting kepada Disabled untuk halang mana-mana skrip atau kepada Prompt untuk maklumkan kepada kita terlebih dahulu sama ada untuk larikan atau tidak sesesuatu skrip yang dibaca oleh pelayar web IE.
  • l Klik OK.

    7. Ia juga boleh disebabkan masalah konfigurasi perisian paparan komputer DirectX. Sila benarkan fungsi DirectX Features beroperasi dalam program DirectX tersebut. Ini boleh dilakukan dengan pergi ke Start > Run > taip dalam kotak perkataan dxdiag > dan klik OK.. Seterusnya pada tab Display di ruangan Direct X Features, benarkan atau ENABLED fungsi untuk Direct Draw Acceleration dan Direct 3D Acceleration.

    Itulah di antara beberapa perkara yang berkemungkinan boleh menyelesaikan masalah tersebut.

    Ia juga boleh disebabkan oleh pelayar web tersebut dipenuhi dengan terlalu banyak program plug-ins dan add-ons atau program-program tersebut tidak sesuai dengan versi atau pelayar web yang digunakan. Boleh juga dilakukan dengan mengosongkan ruangan cache pada pelayar web anda.

    Bagaimanapun, cara yang terbaik adalah kemas kini pelayar web anda dan tingkatkan ia kepada versi yang paling terkini dan stabil.

    Mereka yang mempunyai soalan sila emelkan ke sembangict@yahoo.com

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Model lebih pantas

    Posted:

    Model lebih pantas

    Model lebih pantas

    Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
    Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


    LENOVO kini tampil dengan produk pengkomputeran untuk organisasi besar serta perniagaan kecil dan sederhana.


    LENOVO baru-baru ini melancarkan sembilan laptop dan komputer meja bagi organisasi besar dan perniagaan kecil dan sederhana yang menawarkan produktiviti lebih tinggi bagi usahawan profesional.

    Model ThinkPad Edge E220s, ThinkPad Edge E420s, ThinkPad T420, ThinkPad X220, ThinkPad X120, ThinkCentre M70z, ThinkCentre M91, ThinkStation C20 dan ThinkStation E30 boleh didapati di pasaran bermula bulan April.

    Think PC yang dibina atas platform inovasi terkini Lenovo yang bertindakbalas terhadap keperluan utama perniagaan termasuk panggilan suara dan video, ciri PC pintar bagi kuasa, hayat bateri sepanjang hari, pengurusan enterpris dan pengalaman mudah menggunakan komputer.

    Pengurus Besar Negara, Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan berkata, dengan pemprosesan terkini Intel dan perisian Enchanced Experience 2.0, Lenovo terus menambah nilai kepada Think PC.

    "Think PC akan menyediakan peningkatan bagi kepada pelanggan seperti hayat bateri, persidangan video dan komunikasi," katanya.

    PC berkenaan menampilkan Lenovo Enhanced Experience 2.0 bagi Windows 7, generasi kedua Windows 7 eksklusif yang hanya ada pada produk Lenovo terpilih.

    Generasi ke dua Windows 7 meningkatkan prestasi PC dengan ciri-ciri menarik dan prestasi mula (start-up) dan menutup (shut-down) yang lebih pantas bagi pelanggan pengguna dan perniagaan Lenovo.

    Jenama PC Think dengan Enhanced Experience 2.0 menawarkan persidangan sesawang dan ciri keselamatan terbaik termasuk pembaca cap jari yang boleh digunakan bagi menghidupkan PC, pemacu keras enkripsi sendiri pilihan, set kunci port BIOS dan Pengurus Kata Kunci Perkakasan bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan antara PC.

    Pengguna boleh mengenalpasti Lenovo Enhanced Experience 2.0 menerusi pelekat sijil khas yang dilekatkan pada model berkenaan.

    PC dengan Enhanced Experience 2.0 terlipih memaparkan teknologi RapidBoot yang menggunakan teknologi yang dioptimumkan bagi memberikan masa start-up dan shut-down lebih pantas.

    Manakala dengan teknologi RapidBoot, PC Lenovo start-up 20 saat lebih cepat berbanding PC Windows 7 biasa serta menawarkan 28 peratus lebih cepat bagi shut-down.

    Lenovo Enhanced Experience 2.0 PC dengan teknologi terpilih RapidDrive SSD lebih pantas menggunakan Solid State Drive berbanding dengan pemacu biasa.

    Teknologi RapidDrive menawarkan prestasi dua kali lebih cepat berbanding Windows 7.

    ThinkPad Edge E220s dan E420s dengan skrin 12.5 inci dan 14 inci bakal menggamit pandangan usahawan kecil dan sederhana.

    Saiz yang nipis dan ringan, ThinkPad E220s hanya setebal 1 inci dengan berat kurang 1.6 kilogram (kg) bagi memudahkan pergerakan manakala ThinkPad E420s hanya satu inci dan kurang 1.8 kg.

    Kedua-duanya boleh didapati dengan pilihan generasi kedua pemprosesan Intel Core i3, i5 dan i7 selain pengalaman audio Dolby Home Theatre.

    Lebih istimewa ia juga dilengkapi dengan port HDMI bagi membolehkan pengguna melihat pembentangan atau berehat sambil menonton televisyen pada monitor.

    ThinkPad T420 pula menggunakan pemprosesan generasi kedua Intel Core dan Core vPro bagi memudahkan pengurusan IT lebih baik.

    Apa yang lebih menarik, hayat bateri bagi T420 adalah sehingga 15 jam menggunakan 9 sel bateri.

    Bagaimanapun dengan bateri tambahan 9 sel lagi, hayat bateri boleh dipanjang sehingga 30 jam.

    Sebagai komputer riba Siri T pertama yang menggunakan teknologi grafik NVIDIA Optimus boleh ubah secara automatik, model ini masih membekalkan sehingga 33 peratus prestasi bateri lebih baik.

    ThinkPad X220 pula memberikan ahli perniagaan yang sentiasa bergerak dengan prestasi penuh yang biasa didapati pada komputer riba yang bersaiz besar.

    Beroperasi menggunakan pemprosesan Intel Core i7 membolehkan X220 beroperasi 75 peratus lebih laju berbanding pesaing selain mempunyai hayat bateri sehingga 24 jam.

    Tambahan pula X220 mempunyai papan kekunci kalis habuk dan tumpahan air dan 50 peratus peningkatan ujian jatuhan.

    ThinkPad X120 pula yang ultra ringan direka khusus bagi pengguna yang inginkan kesederhanaan.

    Dilengkapi dengan AMD Fusion E-Series APU memberikan pengguna prestasi grafik 65 peratus lebih pantas bagi pencarian laman sesawang, memuat muka surat dan menjalankan operasi bisnes.

    Pada masa yang sama, X120 juga memberikan pengguna sehingga 30 peratus lebihan hayat bateri dan menepati spesifikasi Energy Star 5.0 dan membawa kadar EPEAT Gold bagi alam sekitar.

    Mempunyai berat kurang 1.4 kg, X120 dilengkapi dengan kemudahan WiFi, pilihan Bluetooth dan jalur lebar mudah alih.

    ThinkCentre M91 hadir dalam bentuk menara, ia direka bagi kelajuan dan prestasi hasil pelbagai teknologi baru termasuk pemprosesan Intel Core i3 dengan grafik Intel HD bersepadu.

    Bagi pengguna yang bergantung kepada pelbagai skrin bagi data atau grafik, model terpilih boleh menyokong sehingga empat paparan bebas menggunakan kad grafik berasingan.

    Selain itu ia juga dilengkapi dengan teknologi Lenovo ThinkVantage seperti Rescue and Recovery, System Update dan Power Manager bagi membantu pengguna.

    ThinkCentre M70z boleh dikatakan cantik dan pintar mengumpulkan semua prestasi dalam komputer meja kepada paparan 19 inci.

    Ia dilengkapi dengan pilihan pemprosesan Intel Core i5 dan i3 terkini sehingga 8GB memori DDR3 dan pemacu DVD nipis.

    ThinkStation C20 pula direka khusus bagi memacu pasaran kewangan dengan saiz kecil tapi berkompromi dengan prestasi.

    Ia didatangkan dengan pilihan pemprosesan Siri Intel Xeon 5600 sehingga dua NVIDIA kelas grafik.

    ThinkStation E30 merupakan peningkatan daripada model sebelumnya E20 yang digelar Pilihan Editor oleh PC Magazine bagi stesen kerja pada tahun 2010.

    Mendapat pengiktirafan daripada vendor perisian bebas dalam kejuruteraan, kandungan digital dan pasaran kewangan termasuk AutoCad, SolidEdge, Adobe dan SolidWorks selain sokongan Red Hat Linux.

    Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklum balas menerusi Lenovo RSS feeds, www.twitter.com/Lenovo MY dan www.facebook.com/LenovoMY.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
    Kredit: www.utusan.com.my

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    Akhbar Utusan Malaysia

    Copyright 2010 All Rights Reserved