Ahad, 5 Jun 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Projek nangka Indera Mahkota

Posted:

Projek nangka Indera Mahkota

Projek nangka Indera Mahkota

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanpahang@utusan.com.my


MOHD. Hazmi Yusof (dua dari kiri) menerima benih pokok nangka daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Datuk Pang Tsu Ming untuk disampaikan kepada salah seorang peserta projek tanaman itu di Indera Mahkota Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 5 Jun - Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Indera Mahkota di sini, meluluskan peruntukan RM10,000 bagi program tanaman nangka kepada 260 peserta sebagai satu usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka menerusi sektor pertanian.

Pengerusinya, Datuk Mohd. Hazmi Yusof berkata, peserta terpilih harus menjaga aspek penanaman buah itu supaya ia mengeluarkan hasil yang membanggakan.

Menurutnya, dengan gerak kerja agresif oleh Pertubuhan Peladang Pahang (PPP) melaksanakan projek itu, ia akan membantu peserta memperoleh hasil pendapatan yang baik.

"Saya berharap para peserta tidak mengabaikan peluang itu, sebaliknya berusaha keras kerana prospek bidang itu cerah dalam industri pertanian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian 800 benih nangka di Balai Raya Perkampungan Pak Ngah Aziz di sini, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota menyampaikan benih tersebut kepada peserta terpilih iaitu 260 benih melibatkan 20 kampung di dalam bahagian tersebut.

Sementara itu, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuantan Utara, Juliana Herni Jobli berkata, maklumat teknikal tanaman itu boleh didapati menerusi pertubuhan tersebut.

Katanya, produk berasaskan nangka boleh didapati di Peladang Fresh Mart di hadapan Megamall yang juga salah satu projek PPK berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mantapkan jentera Puteri UMNO - Tengku Azlan

Posted:

Mantapkan jentera Puteri UMNO - Tengku Azlan

Mantapkan jentera Puteri UMNO - Tengku Azlan


TENGKU Azlan Sultan Abu Bakar (tengah) bersama ahli-ahli Puteri UMNO Jerantut selepas Program Pencarian Harta Karun di Kampung Pedah, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 5 Jun - Semua pemimpin dan ahli Puteri UMNO Bahagian Jerantut digesa memainkan peranan berkesan dalam memantapkan jentera parti, sekali gus menarik ramai ahli serta pengundi baru menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketua UMNO bahagian itu, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata, sayap parti itu perlu bekerja keras mengatur pelbagai program yang dilihat dapat membantu meyakinkan kembali golongan muda kepada UMNO.

''Saya yakin Puteri UMNO boleh memainkan peranan secara yang lebih berkesan, terutama dalam menyangkal sebarang dakyah parti-parti pembangkang dengan mengambil kesempatan untuk kepentingan politik mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pencarian Harta Karun Puteri UMNO Jerantut di Kampung Pedah, di sini kelmarin.

Hadir sama, Ketua Puteri UMNO Jerantut, Hartini Abdul Rahman dan Setiausaha UMNO Jerantut, Datuk Ghazali Sulaiman.

Menurut Tengku Azlan, UMNO sememangnya amat memerlukan pemimpin dan ahli muda yang patriotik, berilmu, berkemahiran, amanah dan wibawa dalam meneruskan perjuangan parti pada masa depan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut, yakin dengan kemampuan sayap parti itu untuk terus berjuang dan menunjukkan satu inisiatif terbaik dalam menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat sehingga ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau mengingatkan Puteri UMNO bahagian berkenaan agar menggalas tanggungjawab besar untuk berperanan sebagai telinga, mata dan suara rakyat.

''Kehadiran mereka (Puteri) dalam politik perlu lebih kreatif, termasuk menganjurkan program yang merangkumi pelbagai perkhidmatan terutama yang merangkumi kebajikan, pendidikan dan kesihatan penduduk setempat," katanya.

Beliau juga turut memuji usaha Puteri UMNO bahagian itu yang menganjurkan program tersebut untuk menjalani latihan dari semasa ke semasa dan melengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu.

Sehubungan itu, katanya, Puteri UMNO juga perlu bersedia daripada segi mental, psikologi dan pengetahuan dalam bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SMK Jengka Pusat Bhd. juara petanque

Posted:

SMK Jengka Pusat Bhd. juara petanque

SMK Jengka Pusat Bhd. juara petanque

MARAN 5 Jun - Kehebatan Pasukan Petanque Lelaki Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat Bhd., tidak dapat disangkal apabila mengungguli Kejohanan Petanque Piala Angkasa Peringkat Negeri yang berlangsung di Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh, baru-baru ini.

Gabungan pemain, Azfar Haris Mohd. Aziz, Syarizal Saberi dan Mohd. Faez Zainudin membantu pasukan itu muncul juara selepas menundukkan pencabarnya, Sekolah Menengah Teknik (SMT) Bentong yang mewakili Zon Tiga dengan kiraan mata 13-5.

Dalam pusingan awal, sekolah tersebut yang mewakili Zon Dua menewaskan lawannya, Koperasi SMK Beserah dari Zon Satu.

Kejohanan yang berlangsung secara liga itu diadakan bagi mencari pasukan koperasi yang akan mewakili Pahang ke Pertandingan Piala Angkasa peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung bulan ini.

Dalam pada itu, jurulatih pasukan tersebut, Ibrahim Huri berkata, kejayaan itu membuktikan sekolah tersebut meraih gelaran juara buat kali ketiga iaitu kali pertama pada 2008 dan seterusnya pada 2010.

Menurutnya, kerja keras pemain dan strategi yang dilaksanakan membantu pasukan itu mengungguli Zon Dua selama enam tahun berturut-turut sejak 2006 dan bersedia mengikuti latihan intensif selaku wakil negeri ke peringkat kebangsaan.

Pengerusi zon itu, Mansor Abdul Rahman berkata, pihaknya mengharapkan pasukan itu memperbaiki pencapaian tahun ini selepas sekadar meraih tempat ketiga di peringkat kebangsaan tahun lalu.

"Pemain perlu bertekad dan berazam merampas kembali gelaran juara kebangsaan yang pernah dirangkul pada 2008," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved