Ahad, 5 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Tiga kes sampar dikesan

Posted:

Tiga kes sampar dikesan

Tiga kes sampar dikesan

KUALA TERENGGANU 4 Jun - Tiga kes sampar ayam dikesan di Terengganu sejak Mac lalu dengan kes terbaharu dilaporkan berlaku di Marang bulan lepas yang mengakibatkan 1,000 ekor ayam kampung mati.

Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr. Ahmad Shafri Hassan berkata, penyakit yang berpunca dari virus Paramyxovirus itu sebelum ini turut dikesan di daerah yang sama yang menyebabkan lebih 2,000 ekor ayam mati.

"Setakat ini hanya tiga kes yang dilaporkan, namun kita merasakan mungkin banyak lagi kes yang tidak dilaporkan yang kita tidak tahu," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rekod JPV Terengganu, terdapat lebih 87,000 ekor ayam kampung di negeri ini dan kebanyakan penternak ayam tidak memberi vaksin untuk ternakan mereka.

Dr. Ahmad Shafri berkata, kebiasaannya ayam yang terkena penyakit sampar didapati sukar bernafas dan bergerak, tengkok melentuk selain kelesuan dan bulu kelihatan pudar.

"Penyakit ini cepat merebak melalui udara, makanan dan air yang tercemar dan setakat ini penyakit ini tidak diubati melainkan diberikan vaksin pencegahan kepada ternakan untuk mengelak penyakit daripada menular," katanya.

Beliau berkata, penternak boleh mendapatkan vaksin untuk ayam mereka di Pejabat JPV Daerah. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cikgu Awang juara Pidato 1Malaysia

Posted:

Cikgu Awang juara Pidato 1Malaysia

Cikgu Awang juara Pidato 1Malaysia


Awang Abdullah (tengah) bersama James Jam Jolly dan Daveena Ramani menunjukkan hadiah yang diterima semasa Pertandingan Pidato 1 Malaysia (Bukan Melayu) di Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 4 Jun - Dibesarkan di Tumpat, Kelantan dalam lingkaran kehidupan yang sebati bersama masyarakat Melayu, Pui Tiong Gee lebih banyak berfikir dan bertutur dalam bahasa Melayu.

Itu yang memberikan kelebihan buat guru itu atau nama Islamnya, Awang Abdullah, 58, menguasai dan mencintai bahasa serta kesusasteraan Melayu malah berusaha menyemarakkannya di kalangan para pelajarnya.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Awang, dia sering bersama pelajarnya mengambil bahagian dalam aktiviti atau pertandingan yang membabitkan penggunaan bahasa kebangsaan termasuk penciptaan dan deklamasi puisi serta pidato sejak tahun 1980-an lagi.

Semalam, dia muncul sebagai juara Pidato 1Malaysia Terbuka khusus untuk golongan bukan Melayu anjuran Jabatan Penerangan negeri dengan hadiah wang tunai RM1,500 dan akan mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan.

Menurut guru Sekolah Menengah Sultan Omar, Dungun itu, pertandingan pidato seperti itu wajar diteruskan kerana ia membolehkan bakat-bakat baru dari kalangan bukan Melayu dicungkil.

"Pertandingan seumpama ini sepatutnya dimulakan dari bangku sekolah lagi dengan penglibatan lebih menyeluruh dan dijadikan tradisi tahunan bagi memupuk sifat cintakan bahasa kebangsaan di kalangan pelajar bukan Melayu," katanya.

Tempat kedua dimenangi seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT), James Jam Jolly yang membawa pulang wang tunai RM1,000 manakala seorang lagi penuntut UMT, Daveena Ramani meraih tempat ketiga sekali gus membawa pulang wang tunai RM500.

Hadiah-hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Kemudahan Awam negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Toh Chin Yaw.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Promosi tudung Hawa RM10 di Walkaton d'Raja Kelantan

Posted:

Promosi tudung Hawa RM10 di Walkaton d'Raja Kelantan

Promosi tudung Hawa RM10 di Walkaton d'Raja Kelantan

KOTA BHARU 4 Jun - Peserta Walkaton D'Raja Kelantan - Walk With Me 2011 hari ini berpeluang mendapat harga promosi tudung popular jenama Hawa yang turut mengambil bahagian dalam karnival yang diadakan sempena acara tersebut.

Wakil jualan negeri, Mohd. Salim Salleh, 45, ketika ditemui di sini, hari ini berkata, selain menawarkan harga promosi RM10 sehelai bagi rekaan baru atau lama, pihaknya memberi jaminan tudung yang dijual itu adalah asli.

''Penyertaan kami dalam karnival ini sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan Hawa yang sentiasa memberi sokongan.

''Apatah lagi sebahagian besar pelanggan Hawa datangnya dari Pantai Timur termasuk wanita Kelantan yang gemarkan rekaan dan fabrik yang kami gunakan," katanya ketika ditemui di tapak karnival.

Menurut Mohd. Salim lagi, langkah mengadakan promosi itu juga sebagai usaha membanteras pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan tudung Hawa tiruan.

''Tudung Hawa diedarkan oleh Syarikat Idaman Hawa Sdn. Bhd. yang beroperasi di Jalan Kenanga Kuala Lumpur merupakan antara jenama tudung yang paling awal mempopularkan jenis pakai siap lebih kurang tujuh tahun lalu.

''Malangnya ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan meniru rekaan serta menampilkan sekali logonya dengan tulisan jawi bertulis 'Hawa' berwarna hijau dengan harga yang amat rendah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved