Ahad, 5 Jun 2011

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Inisiatif meningkatkan penguasaan BI

Posted:

Inisiatif meningkatkan penguasaan BI

Inisiatif meningkatkan penguasaan BI

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my


KEMAHIRAN berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik memberi kelebihan kepada seseorang pelajar khususnya ketika sesi temu duga biasiswa. - Gambar hiasan


PENGUASAAN bahasa Inggeris (BI) pelajar di negara kita secara umumnya masih lemah dan sering dijadikan salah satu faktor kegagalan dalam temu duga permohonan biasiswa atau untuk mendapatkan pekerjaan.

Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana pelajar telah menerima pendidikan BI secara formal bermula dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.

Selama sebelas tahun, ia sepatutnya lebih daripada mencukupi untuk menyediakan asas kepada pelajar menguasai BI.

Malah pelajar juga telah didedahkan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) BI pada usia lima atau enam tahun ketika di peringkat prasekolah.

Ironinya, pelajar yang sama jika diajar secara intensif selama tiga bulan, dia mampu berkomunikasi dalam BI dengan baik.

Pastinya ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem pendidikan BI di sekolah sama ada pengajan guru tidak berkesan atau kurikulum yang digunakan sudah ketinggalan.

Mungkin kaedah P&P guru BI tidak menyeronokkan dan terlalu berorientasikan peperiksaan. P&P lebih fokus kepada aspek akademik seperti tatabahasa, kosa kata dan penulisan.

Kurikulum yang diguna pakai mungkin kurang memberi tumpuan kepada aspek BI untuk berkomunikasi.

Justeru, Kementerian Pelajaran melalui dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah menggunakan beberapa pendekatan inovatif untuk memantapkan penguasaan BI di kalangan pelajar.

Misalnya dengan mengambil penutur jati untuk melatih guru BI supaya P&P bahasa tersebut lebih 'hidup' dan menyeronokkan serta mudah difahami.

Proses P&P tidak lagi terlalu bergantung kepada buku teks semata-mata tetapi menggunakan bahan pelbagai media yang mencakupi elemen multimedia dan sumber daripada Internet.

Selain itu, guru yang telah bersara tetapi mempunyai kepakaran, pengalaman dan pengetahuan diambil secara kontrak untuk memantapkan BI para pelajar.

Bagaimanapun, terdapat sedikit kekangan kerana golongan guru bersara ini cenderung untuk memilih mengajar di sekolah yang berhampiran dengan tempat kediaman mereka sahaja.

Masalah guru baharu atau yang masih dalam perkhidmatan enggan mengajar di pedalaman dan kawasan luar bandar juga merupakan salah satu faktor yang merencatkan usaha memperkukuh BI selama ini.

Natijahnya, guru lain yang bukan opsyen bahasa itu terpaksa mengajar BI di sekolah luar bandar dan pedalaman. Bila ini berlaku, umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Inisiatif lain ialah kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat pada dasarnya telah bersetuju untuk menggunakan khidmat sukarelawan Peace Corp bagi mengatasi masalah penguasaan BI di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Sukarelawan yang terdiri daripada pelabagai latar belakang akademik ini bukan sahaja mempunyai kemahiran tertentu malah sanggup ditempatkan di kawasan terpencil untuk menunaikan amanah yang diberikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Alumni SMV Kuala Kangsar ditubuh

Posted:

Alumni SMV Kuala Kangsar ditubuh

Alumni SMV Kuala Kangsar ditubuh

PENUBUHAN alumni merupakan satu langkah yang bijak dan amat bermanfaat kepada semua bekas pelajar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Ia bukan sahaja untuk kebajikan ahli-ahli tetapi juga untuk peluang perniagaan dan kerjaya yang lebih luas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persatuan Alumni Sekolah Menengah Vokasional/Teknik Kuala Kangsar (SMVKK) atau ringkasnya AVOTEKK di sekolah itu baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Ahmad Tajuddin Jab dan Pengetua SMVKK, Hamid Jumhari.

Seramai 500 bekas pelajar bermula dari tahun pengajian 1989 hadir pada majlis yang berjaya mengeratkan semangat ukhuwah dan kemesraan antara bekas pelajar itu.

Sementara itu, Presiden AVOTEKK, Hairul Anuar Harun berkata, program ini telah berjaya menyatukan semua bekas pelajar dan ia dilihat sebagai satu titik permulaan yang baik pada sebuah alumni yang besar.

Menurutnya, sehingga kini lebih 8000 pelajar yang telah menamatkan pendidikan di sekolah ini dan mereka terdiri daripada pelbagai golongan, peringkat umur serta taraf kehidupan.

Pada hari tersebut juga telah diadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kali Pertama AVOTEKK yang berjalan dengan lancar. Yuran keahlian seumur hidup sebanyak tiga puluh ringgit telah ditetapkan.

Majlis itu juga turut dihadiri oleh guru-guru yang pernah mengajar di sekolah berkenaan. Ada ketikanya suasana pilu menyelubungi bila bekas pelajar bertemu kembali dengan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada mereka selama ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved