Ahad, 5 Jun 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Empat isu Kg. Baru selesai

Posted:

Empat isu Kg. Baru selesai

Empat isu Kg. Baru selesai

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusangroup.com.my


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjawab soalan yang dikemukakan oleh penduduk pada sessi penerangan cadangan pembangunan semula Kampung Baru di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - utusan/ MOHD NOOR AMIN


KUALA LUMPUR 5 Jun - Pemilik tanah di Kampung Baru kini boleh menarik nafas lega apabila empat isu yang sering menjadi kebimbangan mereka akan diberikan perhatian oleh kerajaan.

Pengerusi Persatuan Anak-anak Kampung Baru (Pakam), Datuk Matshah Safuan berkata, kerajaan telah bersetuju untuk mengikut permintaan pemilik tanah dalam menyelesaikan empat isu yang sering dibincangkan itu.

Menurutnya, dalam isu pertama, kerajaan telah bersetuju untuk membetulkan pemilikan geran tanah pemilik supaya geran baru dapat dikeluarkan dengan syarat baru iaitu tanah hanya boleh dimiliki orang Melayu.

"Bagi isu kedua pula, kerajaan bersetuju untuk menukarkan status geran daripada kampung kepada komersial dan ketiga, setiap tanah akan diberi plot ratio iaitu setiap tanah yang dimiliki boleh dibangunkan mengikut pelan yang dipersetujui," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat cadangan pembangunan Kampung Baru, di Jalan Raja Musa, Kampung Baru di sini, kelmarin yang dihadiri 156 penduduk dari Kampung Pindah dan Kampung Paya.

Majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin itu juga memberi peluang kepada penduduk untuk berdialog.

Tambah Matshah, isu terakhir yang sering menjadi perbincangan ialah taksiran nilai tanah dan nilainya kini sudah semestinya tinggi kerana diberi status tanah komersial di samping berada di tengah bandar.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak akan mengambil tanah sesiapa tetapi hanya memberikan kaedah untuk membangunkan dan penduduk juga boleh memberikan cadangan untuk pembangunan kampung itu.

Sementara itu, Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru sudah dipinda mengikut kehendak pemilik tanah dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pertengahan Jun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KL ikut kaedah bangunkan Sungai Melaka

Posted:

KL ikut kaedah bangunkan Sungai Melaka

KL ikut kaedah bangunkan Sungai Melaka

MELAKA 5 Jun - Kaedah yang digunakan oleh kerajaan negeri Melaka dalam memajukan Sungai Melaka akan dijadikan panduan bagi menjadikan Sungai Gombak dan Sungai Klang di ibu negara sebagai produk pelancongan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kedua-dua sungai yang merentasi pusat bandar raya Kuala Lumpur itu berpotensi untuk dimajukan sebagai tarikan pelancong.

"Sungai berkenaan kini dilihat hanya sebagai longkang besar tetapi apabila dimajukan kelak, ia akan menjadi seperti Sungai Melaka yang merupakan salah satu tarikan pelancong dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian Bukit Katil di Seri Negeri di sini, semalam.

Menurutnya, selain sebagai tarikan pelancong, nilai hartanah di sekitar sungai berkenaan juga akan dapat ditingkatkan menerusi pembinaan infrastruktur dan pengindahan bangunan di sepanjang kedua-dua sungai terbabit.

Katanya, projek menaik taraf sungai berkenaan dijangka bermula bulan hadapan dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kerajaan negeri Melaka telah membuktikan bahawa Sungai Melaka yang sebelum ini tidak mempunyai daya tarikan pelancong mahupun hartanah, kini berjaya dinaik taraf sehingga menjadi ikon pelancongan.

"Kita akan mempelajari kaedah ini dari kerajaan negeri dan akan mengaplikasikan dalam usaha untuk menaik taraf Sungai Gombak dan Klang agar setanding dengan Sungai Melaka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pekema derma RM100,000 kepada mangsa tanah runtuh

Posted:

Pekema derma RM100,000 kepada mangsa tanah runtuh

Pekema derma RM100,000 kepada mangsa tanah runtuh

HULU LANGAT 5 Jun - Yayasan Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Al-Hidayah At-Taqwa Hulu Langat, di sini Khamis lalu.

Sumbangan disampaikan kepada pusat berkenaan melalui Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia yang diwakili oleh Yang di-Pertuanya, Dr. Idris Musa pada satu majlis ringkas di tapak runtuhan rumah anak-anak yatim tersebut.

Pengerusi Yayasan Pekema, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat ahli-ahlinya dalam membantu mereka yang memerlukan.

"Kami memperuntukkan lebih RM2 juta setahun untuk tujuan kebajikan menerusi Yayasan Pekema ini, selain Pekema sendiri turut menghulurkan sumbangan secara terus tanpa melalui yayasan,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved