Jumaat, 3 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia dari Pekan ke Putrajaya

Posted:

Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia dari Pekan ke Putrajaya

Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia dari Pekan ke Putrajaya


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan sebahagian daripada 110 peserta Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia dari Pekan ke Putrajaya sejauh 342km sejurus tiba di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA


PUTRAJAYA 2 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semangat waja generasi muda seperti yang ditonjolkan peserta Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia menjadi menjadi asas kepada penentu kejayaan serta masa depan negara.

Menurut Perdana Menteri, hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 perlu dipupuk oleh anak-anak muda hari ini kerana ia adalah cerminan bagi kehidupan akan datang.

''Nilai budaya itu menjadi asas penentu kepada kejayaan serta masa depan negara yang lebih cemerlang, justeru saya melihat ekspedisi berbasikal mencerminkan hasrat generasi muda untuk dijadikan bekalan hidup.

"Jika generasi hari ini lemah longlai, tidak bersemangat dan terjebak dengan masalah sosial seperti dadah dan sebagainya maka rosaklah masa depan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan peserta Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia yang disertai oleh 110 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah, Pekan di pekarangan Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada mereka kerana memiliki semangat waja sanggup berkayuh sejauh 342 kilometer dari Pekan hingga ke Putrajaya.

Peserta ekspedisi berbasikal yang menempuh perjalanan selama empat hari itu berlepas dari rumah Perdana Menteri di Pekan pada Isnin lalu dan sempat singgah di beberapa lokasi sebelum tiba di Putrajaya.

Dalam pada itu, Najib berharap kesungguhan peserta ekspedisi menjadi cerminan kepada golongan generasi muda untuk terus bersemangat dan menyumbang kepada kejayaan negara.

Sementara itu, seorang peserta yang ditemui, Mohd. Firdaus Mohd. Rosli, 22, berkata, beliau menyertai ekspedisi tersebut secara sukarela untuk mengukur keupayaan diri dan menaikkan semangat rakan yang lain

"Semua peserta memberikan kerjasama dan komitmen yang baik, kami juga tidak menghadapi sebarang masalah untuk ke sini, ini bermakna kami mempunyai tahap kesihatan yang amat baik," kata mahasiswa jurusan Kejuruteraan Mekanikal UMP itu.

Bagi mahasiswa jurusan Kejuruteraan Elektrik, Norsyafiqah Ibrahim, 21, memberitahu, beliau berasa bangga apabila kumpulan ekspedisi yang disertainya itu berjaya tiba di Putrajaya dengan selamat.

"Kami sedaya upaya mengharungi perjalanan yang panjang untuk sampai ke sini bertemu dengan Perdana Menteri yang disanjungi berbekalkan stamina dimiliki," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penyenaraian MSM tidak wajar dipolitikkan

Posted:

Penyenaraian MSM tidak wajar dipolitikkan

Penyenaraian MSM tidak wajar dipolitikkan

KUALA LUMPUR 2 Jun - Penyenaraian MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM) ke pasaran utama Bursa Malaysia tidak wajar dipolitikkan parti pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau memberitahu, pelaksanaan penyenaraian syarikat milik Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (Felda Global) itu sebenarnya memberi manfaat besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Malah, katanya, penyenaraian syarikat yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran gula tersebut juga telah mematuhi garis panduan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.

"Sebahagian besar penyenaraian itu memberi faedah kepada Bumiputera termasuk kepada golongan peneroka Felda sendiri iaitu melalui pegangan saham sebanyak 20 peratus dalam MSM melalui Koperasi Permodalan Felda.

"Ia merupakan satu pelaksanaan yang baik yang turut memberi faedah kepada pelabur tempatan dan asing.

"Malah, langkah penyenaraian MSM turut memberi peluang yang besar kepada Felda Global dan Kumpulan Felda secara keseluruhannya untuk meneroka bidang baru selain bidang teras perniagaannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan prospektus MSM Holdings Bhd. di sini hari ini.

Hadir pada majlis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Group, Datuk Sabri Ahmad dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd. Isa Sabu.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pelaburan dan Korporat CIMB Group Bhd., Datuk Charon Wardini Mokhzani dan Ketua Pegawai Eksekutif MSM, Chua Say Sin.

MSM akan disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada 28 Jun depan dan akan menutup tawaran runcitnya pada 13 Jun ini.

Melalui tawaran awam permulaan (IPO), MSM akan menerbitkan 234.564 juta saham biasa bernilai RM0.50 sesaham dan ia dijangka mengumpul dana sebanyak RM792.9 juta.

Sebanyak 28.12 juta saham diperuntukan kepada pelabur runcit pada harga lebih rendah daripada harga institusi, iaitu 97 peratus daripada RM3.38 sesaham.

Berdasarkan harga runcit pada RM3.38 sesaham, pelaksanaan IPO itu dijangka mengumpul dana sebanyak RM422.5 juta untuk MSM.

MSM merancang untuk menggunakan modal pasaran tersebut bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran dan perbelanjaan modal.

CIMB Investment Bank Bhd. (CIMB Investment) dilantik sebagai penasihat utama dan koordinator global tunggal MSM untuk penyenaraian tersebut.

Sementara itu, Muhyiddin dalam teks ucapannya berkata, penyenaraian MSM akan merangsang dan membuka mata komuniti pelaburan antarabangsa.

Katanya, ia meningkatkan keyakinan pelabur asing dalam syarikat-syarikat mewah tempatan (blue chip companies).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tahlil sempena Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

Posted:

Tahlil sempena Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

Tahlil sempena Keputeraan Yang di-Pertuan Agong


TUANKU Mizan Zainal Abidin menghadiri majlis bacaan Yasin sempena Hari Keputeraan baginda disertai Muhyiddin Yassin dan Jamil Khir Baharom (kiri) di Masjid Negara, Kuala Lumpur, malam tadi. – UTUSAN/MOHD. NOOR AMIN


KUALA LUMPUR 2 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda di Masjid Negara di sini, malam ini.

Majlis tersebut dimulakan dengan solat Maghrib diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad diikuti bacaan Yasin dan tahlil.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Lebih 5,000 jemaah hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved