Jumaat, 3 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Tabah latih anak istimewa

Posted:

Tabah latih anak istimewa

Tabah latih anak istimewa

Oleh NORZAINURA ABDUL MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


SITI Norhana Omar (kanan) sedang memasukkan sagun dalam bekas plastik sebelum dihantar ke kedai-kedai berhampiran. - utusan/Norzainura Abdul Majid


BATU PAHAT 2 Jun - Tidak mudah untuk mendidik atau mengendalikan anak-anak istimewa apatah lagi mengajar sesuatu yang tidak pernah mereka fikirkan.

Tanggungjawab berat itu membuatkan tenaga kerja di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) harus sentiasa bersabar dan menjadikan kerja mereka sebagai sesuatu yang menyeronokkan walaupun ia amat menguji kesabaran.

Bagi tenaga kerja PDK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, melayan kerenah anak-anak istimewa berusia antara enam hingga 42 tahun sudah sebati dalam kehidupan seharian mereka.

Penyelianya, Salimah Dikin, 44, berkata kesabaran dan kekuatan semangat mesti utuh kerana anak-anak istimewa ini sebenarnya tidak dapat membezakan mana baik dan buruk sesuatu keadaan.

"Bertugas di PDK ini memang kena banyak bersabar dan kena sentiasa prihatin dengan apa yang mereka lakukan, ada ketikanya mereka mengamuk dan merajuk sehingga mengganggu rakan-rakan lain," jelasnya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, semua masalah itu harus ditangani dengan bijak dan kerjasama ibu bapa penjaga anak-anak istimewa yang terdiri daripada kanak-kanak hiperaktif, lemah anggota, lembam dalam pelajaran dan ada yang sukar dikawal amat diperlukan.

Jelasnya lagi, PDK DUN Semerah mempunyai tiga tenaga kerja atau guru yang bertanggungjawab melatih anak-anak ini dalam pelbagai bentuk latihan dan aktiviti.

Bagi Julaiha Mohd. Tap, 43, bertanggungjawab mengajar mereka berusia 17 tahun ke atas untuk membuat kraf tangan juga sulaman yang kemudiannya akan dijadikan sebagai satu sumber pendapatan.

Menurut Julaiha, walaupun anak-anak ini mempunyai pelbagai kelemahan tetapi ia semakin mudah apabila mereka meningkat dewasa kerana sudah dapat memahami apa yang diajar.

"Kadang-kadang mereka leka sekejap tetapi kita kena pandai melayan mereka dengan baik, biasanya dalam usia 17 tahun ke atas agak mudah untuk mengawal dan melatih mereka," jelasnya.

Zaliza Ahmad, 25, pula bertanggungjawab melatih anak-anak istimewa berusia 13 tahun ke atas dalam mengurus diri, kesenian, kemahiran hidup serta aktiviti luar seperti bertani.

Walaupun dia masih muda dan baru sahaja menjadi tenaga kerja di PDK ini tetapi Zaliza menganggap ia sebagai satu pekerjaan yang amat menyeronokkan.

"Pada mulanya agak sukar untuk melatih anak-anak istimewa ini tetapi dengan kerjasama ibu bapa serta rakan lain maka tugas ini menjadi lebih mudah," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua pelatih diajar menyulam bakul, membuat sagun

Posted:

Dua pelatih diajar menyulam bakul, membuat sagun

Dua pelatih diajar menyulam bakul, membuat sagun


NURUN Nasri Ahmad Noh tekun membuat bakul cenderamata daripada kertas surat khabar di PDK DUN Semerah, Johor, baru-baru ini.


BATU PAHAT 2 Jun - Buat masa ini ada dua orang pelatih PDK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah yang dilatih khusus dalam kemahiran masing-masing.

Mereka adalah Nurun Nasri Ahmad Noh, 28, yang dilatih untuk membuat bakul cenderahati daripada kertas surat khabar dan Siti Norhana Omar, 36, yang dilatih untuk menyulam dan membuat sagun di bawah kelolaan seorang sukarelawan PDK berkenaan.

Nurun Nasri yang tidak boleh berjalan dan hanya merangkak atau menggunakan kerusi roda ketika ditemui kelihatan tekun menyusun keratan surat khabar lama untuk dijadikan bakul cenderahati.

Walaupun fizikalnya cacat tetapi dia boleh bercakap dan membuat kerja-kerja kraf tangan sambil meniarap dan paling istimewa dia mampu mendeklamasikan sajak.

Bila ditanya, Nurun berkata, dia memang suka buat kraf tangan bakul itu kerana ia mudah dan ada kalanya ia dibantu oleh tenaga pengajar di PDK agar buatannya kemas dan cantik.

Norhana pula juga tekun memasukkan sagun ke dalam bekas yang telah disediakan dan ia akan dijual di kedai sekitar PDK berkenaan.

Menurut Salimah, setakat ini antara produk PDK DUN Semerah ialah dulang, kotak tisu, bakul cenderahati daripada surat khabar lama, beg sandang daripada kain perca, sarung bantal dan sagun.

"Produk-produk berkenaan kita jual antara RM10 hingga RM15 manakala sagun pula 50 sen sebatang. Kesemua hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan PDK untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah diatur," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved