Jumaat, 3 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pesta Sg. Melaka 2011 lebih bertenaga

Posted:

Pesta Sg. Melaka 2011 lebih bertenaga

Pesta Sg. Melaka 2011 lebih bertenaga

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Peraduan mewarna antara acara yang akan disertai murid sekolah rendah sempena Sambutan Pesta Sungai Melaka 2011.


MELAKA 2 Jun - Setelah mendapat sambutan menggalakkan tahun lalu, Pesta Sungai Melaka 2011 kembali dengan lebih bertenaga menyajikan 70 acara sepanjang tempoh sebulan ia berlangsung mulai semalam hingga 30 Jun ini.

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, edisi kelima pesta tahun ini menjanjikan pelbagai acara unik, menarik dan bakal memukau kepada setiap pengunjung.

Sempena cuti persekolahan yang telah bermula sudah pasti para pelancong tidak akan ketinggalan untuk menyaksikan pelbagai acara menarik yang disediakan sepanjang tempoh sebulan.

Sudah pasti tumpuan mata semua pengunjung pada majlis perasmian Pesta Sungai Melaka 2011 malam esok apabila Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSM) membawakan Konsert Pancaindera di Taman Rempah.

Kehadiran 13 artis terkenal tanah air seperti Mawi, Marsha, Shahir AF, Adira AF, Fizo Omar, Fazli Zainal, Jehan Miskin, Didie Alias, Roslan Shah, Kamal Adli, Kumpulan Kristal, Sivakumar dan Super Girl bakal menggegar pentas pesta tersebut.

Majlis perasmian pesta itu akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob. Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Konsert yang buat julung-julung kali diadakan di negeri ini khusus dibawakan oleh akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia bertujuan untuk memeriahkan sambutan Pesta Sungai Melaka 2011.

Tidak hanya kehadiran 13 artis tersebut, PPSPM dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) bekerjasama memeriahkan pesta sebulan itu.

Antara acara-acara menarik yang diadakan ialah Melaka Parade, pertandingan memancing di Sungai Melaka, Karnival Kerjaya, bengkel manik dan labuci, pertandingan memasak, Larian Sungai, Auto Show, perahu naga, kayak dan perarakan beca.

Turut diadakan ialah tarian singa, pertandingan kumpulan muzik, majlis perkahwinan beramai-ramai, persembahan sketsa, komedi dan nyanyian, persembahan kebudayaan kaum Portugis, Forum Perdana, jualan mega bunga hidup, pertandingan Ratu Sari, Ratu Kebaya, pameran mistik dan sebagainya.

Empat lokasi utama pesta itu diadakan ialah di Taman Rempah, Dataran Sungai, Kampung Morten dan Masjid Pengkalan Rama.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Baharom Majid berkata, Pesta Sungai Melaka yang menjadi acara tahunan sejak 2007 dijangka dapat menarik kira-kira 500,000 pengunjung pada tahun ini.

Katanya, 70 acara yang disediakan sepanjang penganjuran tahun ini akan menjadikannya lebih meriah dan padat berbanding tahun lalu yang hanya melibatkan 40 acara.

"Pesta tahun ini dijangka menarik perhatian ramai pelancong dari dalam dan luar negara berikutan promosi yang dijalankan di samping kita turut menyediakan pelbagai acara menarik sepanjang sebulan pesta ini diadakan," ujarnya.

Beliau berkata, kelainan pesta kali ini kerana PPSPM menampilkan 13 artis popular tanah air termasuk pelakon menerusi Konsert Pancaindera Mingguan Malaysia yang berlangsung pada majlis perasmian di tempat letak kereta Taman Rempah, malam esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pameran alam mistik beri kesedaran di Taman Rempah

Posted:

Pameran alam mistik beri kesedaran di Taman Rempah

Pameran alam mistik beri kesedaran di Taman Rempah


AZHAR Kassim (tiga kanan) menyerahkan tajaan 2,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia kepada Azim Adnan selepas sidang akhbar mengenai Pameran Mistik Antarabangsa sempena Pesta Sungai Melaka di Melaka, semalam.


MELAKA 2 Jun - Anak kerak dari Thailand, jenglot bertubuh ular, mangkuk aura Cina, buluh bercabang dua, cermin ajaib dan buluh bertemu ruas adalah antara objek yang dipamerkan di Taman Rempah bermula hari ini.

Pameran Mistik Antarabangsa yang diadakan sempena Pesta Sungai Melaka 2011 yang berlangsung selama sebulan itu menampilkan sebanyak 100 artifak serta pengaruh unsur-unsur mistik, tahyul, khayal, syirik dan pemujaan.

Eksekutif Penerangan Dynasty Event, Ab. Aziz Said berkata, pameran itu diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pelbagai objek yang digunakan sebagai amalan yang bercanggah dengan akidah Islam.

''Pameran ini akan menunjukkan objek-objek yang digunakan untuk amalan khurafat dan bertujuan salah. Bagi generasi muda mereka perlu tahu agar tidak terjerumus atau terkeliru dengan aktiviti ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima replika cek penajaan akhbar Utusan Malaysia sebanyak 2,000 naskhah di Taman Rempah di sini hari ini.

Cek replika tersebut disampaikan oleh Pengurus Dynasty Event, Azhar Kassim kepada Pegawai Pemasaran Utusan Melayu (M) Bhd. Cawangan Melaka, Azim Adnan.

Ab. Aziz berkata, orang ramai juga berpeluang melihat dari dekat pelbagai bahan mistik yang dipamerkan seperti minyak pengasih, pedang Laksamana Cheng Ho, telur ayam ada khalimah Allah, tongkat kayu Cypress dan buih air jadi batu.

''Paling menarik perhatian orang ramai pada pameran ini ialah kain serban Saidina Ali, kelambu kaabah dan banyak lagi," katanya.

Menurutnya, boleh dikatakan hampir keseluruhan barang dan komponen material pameran yang diadakan itu tidak pernah dilihat oleh masyarakat umum.

Katanya, kebanyakan objek yang diperoleh dari Arab Saudi, Iran, Turki, Sepanyol, Yaman, Iraq, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Katanya, pameran itu dibuka dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam dan bayaran masuk RM8 bagi dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

CIQ Melaka dijadual siap Mac 2012

Posted:

CIQ Melaka dijadual siap Mac 2012

CIQ Melaka dijadual siap Mac 2012


Mohd. Ali Rustam (kanan) memperkatakan sesuatu mengenai projek pembinaan CIQ Melaka kepada kontraktor projek semasa melawat tapak projek itu di Kota Laksamana, Melaka, semalam. - bernama


MELAKA 2 Jun - Projek Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) Melaka berhampiran Kota Laksamana di sini kini sudah 38 peratus siap dibina.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kegagalan kontraktor asal menyiapkan projek itu yang menelan kos RM73 juta menyebabkan ia mengalami kelewatan lima tahun daripada jadual yang sepatutnya.

Menurutnya, pada masa ini, kontraktor kedua telah dilantik melaksanakan projek tersebut yang mengambil masa kira-kira 11 bulan lagi untuk siap sepenuhnya iaitu sekitar Mac tahun depan.

''Kita jangkakan apabila CIQ siap sepenuhnya nanti, ia mampu meningkatkan kedatangan pelancong menggunakan feri ke negeri ini kepada 250,000 orang setahun berbanding 50,000 orang pada masa ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan CIQ di muara Sungai Melaka di sini hari ini.

Kompleks CIQ yang sebelum ini dianggarkan menelan kos projek sebanyak RM35 juta sepatutnya dijadual siap pada April 2007.

Kelewatan projek itu menyebabkan ia tersenarai antara enam projek kerajaan Persekutuan yang mengalami kelewatan di negeri ini melibatkan jumlah RM200 juta.

Selain itu kata Mohd. Ali, pada masa ini terdapat dua buah feri ke Melaka dalam tempoh sehari iaitu dari wilayah Dumai dan Bengkalis, Indonesia.

''Kita harap apabila kompleks itu siap, lebih banyak feri penumpang akan datang ke negeri ini menggunakan kemudahan di CIQ tersebut terutamanya feri penumpang dari destinasi baru seperti Singapura dan Batam," ujarnya.

Kata beliau, selain perkhidmatan feri, pintu masuk utama ke negeri ini ialah melalui kemudahan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam dengan kemampuan menampung kapasiti seramai 1.5 juta pelancong setahun.

Sementara itu, mengenai perkembangan projek kenderaan ro-ro atau feri pengangkut kenderaan antara Melaka dan Dumai, Mohd. Ali berkata, pihaknya masih belum mendapat kelulusan Lembaga Pelabuhan Klang untuk menggunakan Pelabuhan Tanjung Bruas di sini, bagi operasi ro-ro.

Katanya, bagi pihak kerajaan negeri, pelbagai masalah teknikal telah diselesaikan dan hanya menunggu kebenaran operator terbabit dan pihak Lembaga Pelabuhan Klang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved