Jumaat, 3 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


JAS tawar diskaun kompaun

Posted:

JAS tawar diskaun kompaun

JAS tawar diskaun kompaun

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 2 Jun - Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri menawarkan diskaun bayaran kompaun sebanyak 50 peratus selama seminggu bermula Ahad ini.

Pengarahnya, Datuk Abu Hasan Mohd. Isa berkata, tawaran tersebut dibuat sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada Ahad ini.

Beliau berkata, tawaran tersebut bagaimanapun hanya sah bagi kompaun yang dikeluarkan JAS Perak iaitu kesalahan yang berlaku di negeri ini sahaja.

''Bayaran kompaun itu boleh dibuat di Pusat uji Semula Pelepasan Asap dari Kenderaan JAS Perak di Gopeng dari Ahad ini hingga Jumaat depan dan di pejabat JAS Perak di sini dari Isnin hingga Jumaat depan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Abu Hassan, pada Ahad ini juga, pihaknya mengadakan pemeriksaan asap bagi kenderaan petrol dan diesel secara percuma di Pusat Uji Semula Pelepasan Asap dari Kenderaan JAS Perak di Gopeng pada Ahad ini.

''Ia sempena Hari Bertemu Pelanggan yang kita buat pada hari itu. Kita meminta orang ramai mengambil kesempatan ini untuk datang beramai-ramai pada hari tersebut," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, JAS negeri akan mengadakan pelbagai program sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bermula Jun hingga sehingga November ini.

Antaranya, Program Cakna Alam di Pulau Aman, Tasik Banding dari 25 hingga 27 Jun, Jambori Alam Sekitar di Nur Lembah Lenggong dan Eko Pelajaran Kuala Sepetang dan Bukit Larut (29-31 Julai) dan Larian Ozon di Lumut (29 Oktober).

Pada sidang akhbar sama, Abu Hasan meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu alam sekitar supaya membuat kenyataan bertanggungjawab berdasarkan fakta dan bukannya membuat tuduhan serta andaian tidak berasas.

Beliau berkata, dalam satu laporan oleh sebuah akhbar tabloid baru-baru ini, JAS dituduh sebagai tidak peka terhadap pencemaran alam sekitar oleh sebuah kilang memproses kelapa sawit di Kampung Dew, Kamunting sedangkan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lori pasir ancam penduduk

Posted:

Lori pasir ancam penduduk

Lori pasir ancam penduduk

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


CHIN Tung Leong (dua, kanan) bersama penduduk menunjukkan lokasi kegiatan mengorek sungai yang mendatangkan masalah kepada penduduk di Kampung Sungai Limau, Lunas, Padang Serai, Kedah, baru-baru ini.


PADANG SERAI 2 Jun - Lebih 600 penduduk di beberapa taman perumahan sekitar Kampung Sungai Limau, Lunas dekat sini melahirkan rasa bimbang dengan keadaan jalan yang rosak teruk akibat tindakan lori membawa muatan pasir berlebihan.

Menurut penduduk, keadaan tersebut juga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Lebih mendukacitakan, pemandu lori dikatakan tidak menghiraukan keselamatan penduduk dengan memandu laju dan mengakibatkan seorang pelajar, Mohd. Fitri Zahari, 20, maut dalam kemalangan baru-baru ini.

Dianggarkan hampir 200 lori pasir keluar masuk dari kawasan tersebut setiap hari.

Bapa mangsa, Zahari Othman, 57, berkata, kegiatan mengorek pasir di sungai itu dikesan sejak dua bulan lalu.

Katanya, kegiatan itu mendatangkan implikasi negatif terutamanya melibatkan keselamatan penduduk setempat.

"Lori yang keluar masuk dari kawasan sedut pasir membawa muatan berlebihan tambahan pula dipandu dengan laju.

"Anak saya menjadi mangsa yang pertama. Saya berharap pihak berkuasa dapat teliti perkara ini kerana kami khuatir jika dibiarkan berlarutan, mungkin lebih banyak lagi nyawa melayang," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau lokasi kejadian bersama Penyelaras Parlimen Padang Serai, Dr. Chin Tung Leong, di sini baru-baru ini.

Seorang penduduk, Mohd. Fadzli Yahaya, 28, berharap pihak berkuasa terutamanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pentadbir Tanah dan Daerah (PTD) Kulim serta kerajaan negeri menghentikan projek tersebut kerana mengundang banyak masalah kepada penduduk.

"Penduduk kampung sudah tidak tahan lagi dengan keadaan ini," tegasnya.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Padang Serai, Shamsudin Ahmad, 55, pula berkata, pihaknya telah membuat laporan polis dan meminta supaya pihak JPS, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat aktiviti berkenaan.

Sementara itu, Tung Leong melahirkan rasa kesal terhadap kerajaan Pas Kedah kerana meluluskan projek berkenaan tanpa berunding dengan penduduk setempat terlebih dahulu.

"Difahamkan permit dikeluarkan kepada kontraktor untuk membersihkan aliran sungai tetapi berdasarkan tinjauan saya, kegiatan ini lebih kepada kerja-kerja mengorek pasir sungai," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

90 peserta bersaing dalam kembara mencari harta karun

Posted:

90 peserta bersaing dalam kembara mencari harta karun

90 peserta bersaing dalam kembara mencari harta karun


PESERTA yang menyertai program mencari harta karun dari Baling ke Betong semalam. - UTUSAN/AZMAN MD NOOR


BALING 2 Jun - Badan Kebajikan Kontraktor dan Pembekal Daerah Baling menganjurkan pengembaraan mencari harta karun selama tiga hari mulai semalam.

Setiausaha badan itu, Mohd. Nasrun Hamid, 40, berkata, program yang disertai 90 peserta itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli dan peserta selain menjalankan kerja-kerja kebajikan untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik.

"Di sepanjang perjalanan yang mereka lalui beberapa tempat akan disinggahi untuk menyalurkan sumbangan berupa barangan makanan dan keperluan harian kepada golongan berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Katanya, ini adalah tahun kedua program yang turut disokong oleh Maybank Baling dan ia terbuka kepada individu berusia 18 tahun dengan penyertaan RM150 seorang.

Nasrun berkata, peserta dilepaskan bermula dari Kompleks Rakan Muda Baling dan akan menamatkan pengembaraan sejauh lebih 50 kilometer di Padang Kelab Golf, Pengkalan Hulu, Perak sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Betong, Selatan Thailand.

Beliau berkata, pemenang tempat pertama akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM700, kedua (RM500), ketiga (RM300) dan seterusnya setiap peserta akan menerima cenderahati daripada badan tersebut.

Sementara itu, Pengurus Maybank Baling, Azzahari Salleh, berkata, usaha yang dilakukan oleh Badan Kebajikan Kontraktor Baling membuktikan kesungguhan mereka membantu golongan yang tidak bernasib baik.

"Sebagai institusi kewangan kita juga bertanggungjawab untuk membantu bagi menjayakan hasrat murni itu kerana ia lebih ke arah kebajikan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved