Jumaat, 29 Julai 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Tudung Syria kapas jadi pilihan

Posted:

Tudung Syria kapas jadi pilihan

Tudung Syria kapas jadi pilihan

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar FATAH SULAIMAN


Jenis pendek yang dijahit manik besar pelbagai warna.


WALAUPUN lambakan pelbagai gaya dan jenis tudung terdapat di pasaran apatah lagi menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi namun tudung Syria kain kapas masih tetap mempunyai peminatnya sendiri.

Selesa, harga yang termampu dibeli, mudah dijaga dan pemakaiannya yang singkat serta tidak mengambil masa yang lama antara menjadi faktor tudung Syria kain kapas masih bertahan walaupun telah beberapa tahun berada di pasaran.

Tudung Syria kain kapas sesuai dan cantik dipakai oleh semua golongan dan peringkat usia, tidak kira golongan remaja, pelajar, wanita bekerja atau suri rumah.

Ia tidak perlu digosok dan cara membasuhnya juga tidak cerewet, tidak luntur warna malah warnanya tetap sama walaupun telah beberapa kali dibasuh.

Safura Amiruddin yang telah memakai tudung Syria kapas sejak lima tahun lalu berkata, keselesaan tudung inilah yang membuatnya terus setia dengan tudung ini walaupun pelbagai jenis tudung terbaru berada di pasaran.

"Kelebihan tudung ini ialah ia boleh digayakan mengikut kreativiti sendiri. Walaupun telah lima tahun berada di pasaran namun ramai yang masih tidak faham cara pemakaiannya yang sebenarnya amat mudah namun menonjolkan daya tarikan,'' katanya yang datang ke Studio Utusan bagi menunjukkan cara-cara pemakaian tudung Syria kapas.

Menurutnya, wanita yang memakai tudung ini akan nampak kemas dan cantik. Satu lagi kelebihannya ialah muka yang bulat atau tembam akan nampak panjang atau bujur sirih.

Harga tudung ini juga tidaklah mahal kerana setiap sehelai bersama anak tudung dijual pada harga di antara RM13 hingga RM40.

Oleh kerana terlalu berminat dengan tudung Syria kain kapas ini dan dengan tujuan untuk mengajar lebih ramai wanita bagi menggayakan tudung ini, Safura kini membuka booth menjual tudung tersebut di pusat membeli-belah The Curve, Damansara.

"Terdapat pelbagai pilihan warna-warna terang yang boleh di suai padan sama ada mengikut baju atau tidak.

"Si pemakai boleh mengenakan hingga tiga warna berbeza pada anak tudung seperti hijau, kuning dan biru dan dikenakan dengan tudung sama ada yang pendek atau panjang.

"Bagi mereka yang sukakan gaya ringkas, boleh memilih tudung kosong sementara jika hendak ke majlis atau dipakai pada hari raya nanti, boleh memilih tudung yang telah saya jahit dengan batu permata dan manik supaya nampak lebih eksklusif,'' ujar Safura yang juga model Safi Rania ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved