Rabu, 4 Disember 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kertas Matematik, Matematik Tambahan SPM tidak bocor

Posted: 04 Dec 2013 02:54 AM PST

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Polis mengesahkan tiada berlaku sebarang kebocoran soalan peperiksaan Matematik dan Matematik Tambahan, Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013 seperti yang didakwa baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis telah menyiasat kes itu di bawah Seksyen 8(1)(e) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan seramai 56 saksi telah dipanggil memberi keterangan.

Beliau berkata, polis menerima laporan kes tersebut selepas satu seminar peperiksaan yang dianjurkan di sebuah masjid di Setiawangsa.

Katanya, dalam seminar itu soalan-soalan ramalan telah dibincangkan bagi membantu para pelajar menghadapi SPM 2013.

"Bagaimanapun, ada pihak yang telah salah faham dan menganggap perbincangan soalan ramalan sebagai soalan bocor dan lanjutan daripada itu, satu laporan polis telah diterima," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Beliau berkata, mereka yang hadir dalam seminar tersebut antara yang telah dipanggil sebagai saksi untuk direkodkan keterangan.

Sehubungan itu, menurut Mohmad kes itu dianggap selesai kerana siasatan menyeluruh dijalankan mengesahkan tidak wujud sebarang elemen yang boleh dikaitkan dengan kebocoran soalan peperiksaan.

Pada 22 November lalu, beberapa individu membuat laporan polis berhubung dakwaan sesetengah pihak bahawa kertas peperiksaan Matematik dan Matematik Tambahan dibocorkan di dalam beberapa seminar khas yang dianjurkan menjelang hari-hari terakhir peperiksaan berlangsung.

Kementerian Pendidikan sebelum ini turut memaklumkan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan kebocoran kertas peperiksaan tersebut selepas media turut melaporkan penglibatan seorang guru tuisyen yang didakwa bertanggungjawab ke atas perkara itu. - UTUSAN ONLINE

Banjir: 7,500 penguna di Terengganu terputus bekalan air

Posted: 04 Dec 2013 02:33 AM PST

KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Kira-kira 7,500 pengguna Syarikat Air Terengganu (Satu) di beberapa daerah negeri ini mula mengalami gangguan bekalan air sejak pagi ini disebabkan rumah pam di kawasan yang dilanda banjir tidak dapat beroperasi.

Kawasan Ceneh, Cerul, Felda Neram, Kampung Air Putih dan Bandi di Kemaman paling banyak terlibat iaitu 5,100 pengguna setelah rumah pam di Loji Rawatan Air Cerul di tenggelami air dan bekalan elektrik terpaksa dipotong.

Di Hulu Terengganu pula bekalan terjejas di beberapa kampung terutama kampung Tapu dan Pantai Ali melibatkan 1,400 pengguna ekoran paip retikulasi rosak teruk akibat kejadian tanah runtuh di Kuala Kejil.

Ketua Pegawai Eksekutif Satu, Husain Embong memberitahu, pihaknya turut dimaklumkan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memotong elektrik di kawasan Sungai Pinang, Setiu.

"Langkah itu terpaksa dilakukan kerana pencawang TNB kini di tenggelami air. Oleh itu, pihak kami terpaksa memberhentikan operasi buat sementara waktu.

"Rumah pam air mentah di Loji Rawatan Air Jerangau turut mengalami gangguan bekalan elektrik dan kerja-kerja pembaikian sedang dijalankan oleh pihak berkaitan," ujarnya.

Katanya, paras air Sungai Tepus, Bukit Besi, Dungun juga sudah melebihi paras berjaga-jaga dan didapati sudah memasuki kawasan loji kawasan itu dan operasi mungkin terpaksa diberhentikan jika paras air terus meningkat. - UTUSAN ONLINE

Laluan dinaiki air, hubungan Kemaman-Kuantan terputus

Posted: 04 Dec 2013 01:12 AM PST

KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Hubungan antara Kemaman, Terengganu dan Kuantan di Pahang kini terputus setelah dua jalan yang menjadi penghubung kedua-dua daerah itu ditutup kepada semua kenderaan.

Jalan darat Jerangau-Jabor terputus di Neram setelah dinaiki air manakala jalan pantai terputus berhampiran Akademi Martim, Sungai Ular dan berhampiran Cherating yang menyebabkan banyak pengguna jalan raya terkandas. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved