Isnin, 9 September 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Esscom nafi pejuang Tausug di Sabah dan Sarawak aktif

Posted: 09 Sep 2013 02:56 AM PDT

KOTA KINABALU 9 Sept. - Pasukan keselamatan menafikan dakwaan palsu oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) kononnya seramai 4,000 pejuang Tausug yang berada di Sabah dan Sarawak telah diaktifkan dan bersedia untuk berperang.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, dakwaan tersebut adalah palsu dan hanya propaganda kumpulan berkenaan bagi menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

"Berdasarkan risikan awal perkara itu hanyalah temberang dan tidak benar," tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan media Filipina dan antarabangsa yang kononnya tentera pejuang bangsa Moro telah diaktifkan. - UTUSAN ONLINE

273 GLC, swasta meterai Ikrar Integriti Korporat - SPRM

Posted: 09 Sep 2013 02:07 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Sebanyak 273 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta telah memeterai Ikrar Integriti Korporat (CIP) sebagai komitmen untuk memerangi rasuah sejak Disember 2010, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sutan.

Beliau berkata, melalui pemantauan berterusan dan audit oleh SPRM, tiada syarikat yang menandatangani CIP itu melanggar sebarang peraturan atau terlibat dengan jenayah rasuah.

Oleh itu, katanya, mekanisme CIP yang didokong kerajaan itu menunjukkan hasil yang baik dan terbukti mampu mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas rasuah.

CIP adalah sebuah dokumen deklarasi yang menuntut komitmen sesebuah syarikat untuk memerangi rasuah secara menyeluruh dengan berpegang kepada lima prinsip pencegahan rasuah.

"Bilangan ini masih sedikit dan kita harap lebih banyak syarikat secara sukarela menyatakan komitmen mereka dan menandatangani CIP ini," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani CIP oleh Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Ramlee Abu Bakar di sini hari ini. - BERNAMA

PM rasmi Persidangan Perniagaan Rel Asia 2013 esok

Posted: 09 Sep 2013 02:06 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan Persidangan Perniagaan Rel Asia 2013 esok.

Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (CIDB) berkata, persidangan dua hari itu merupakan yang pertama kami melibatkan semua agensi dan organisasi berkaitan industri rel di Malaysia berkumpul bersama-sama di bawah satu platform.

CIDB berkata, persidangan Perniagaan Rel Asia 2013 yang bertemakan "Ke Arah Kecemerlangan Dalam Inovasi, Kemapanan dan Mobiliti Rel" akan menjadi platform industri peringkat tinggi bagi menyediakan kepada permintaan pengangkutan rel yang sedang pantas berkembang di Asia.

Persidangan Perniagaan Rel Asia 2013 akan menjadi hentian paling penting bagi profesional industri di rantau ini untuk mengetahui perkembangan terkini dalam industri rel, kata CIDB dalam satu kenyataan hari ini.

Ia akan mengumpulkan bersama peserta-peserta utama industri untuk berkongsi teknologi dan perkhidmatan menyeluruh bagi prasarana rel, teknologi rel, pengurusan perolehan rel dan perkhidmatan membina terowong dan rel, kata CIDB.

Persidangan itu yang dianjurkan bersama oleh CIDB dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), disokong oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd, Railway Assets Corp, Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd, Express Rail Link Sdn. Bhd., Syarikat Prasarana Negara Bhd., Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi, Scomi Group Bhd. dan Mega Jati Consult Sdn. Bhd..

Pada majlis perasmian itu, Najib akan menyaksikan permeterian memorandum persefahaman antara SPAD dan Institution of Railway Signal Engineers bagi penambahbaikan standard keselamatan operasi dan penyelenggaraan kereta api serta melahirkan jurutera dan juruteknik berpengalaman dan berkelayakan dalam bidang kereta api. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved