Rabu, 2 April 2014

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Kerjaya unik fitting model

Posted: 01 Apr 2014 11:49 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar ZAKARIA IDRIS

NAJWA Zulaikha menjadikan kerjayanya ini sebagai satu pengalaman.

KERJAYA sebagai fitting model memang tidak terdapat dalam senarai pekerjaan yang sering ditanya oleh guru kepada pelajar. Malah tiada yang tahu pun apa sebenarnya pekerjaan tersebut. Pun begitu, ia tetap sebagai suatu pekerjaan dan pendapatan yang diperoleh adalah halal.

Namun dalam kalangan mereka yang melibatkan diri dalam bidang rekaan fesyen tentu mengetahui bidang pekerjaan ini.

Najwa Zulaikha Wan Zahari, 22, juga tidak pernah menyangka bahawa dia akan bekerja sebagai fitting model. Apa yang diketahuinya semasa memohon pekerjaan di sebuah gedung fesyen, adalah pekerjaan yang sama dengan kawan-kawannya yang lain bekerja sebagai jurujual.

Kata Najwa Zulaikha atau ringkas dengan panggilan Ika, selepas tamat persekolahan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia bersama kawan-kawan cuba mencari pekerjaan bagi mengisi masa terluang. Dia kemudian diterima bekerja di salah sebuah kedai milik syarikat fesyen terkenal.

Tidak lama bekerja di kedai pakaian tersebut, ibunya menyuruh dia berhenti kerja kerana setiap hari dia balik lewat malam dan membahayakan keselamatan. Ika kemudian menghantar surat berhenti kerja namun tidak dipersetujui oleh ketuanya yang kemudian menawarkan pekerjaan sebagai fitting model kepadanya.

Pelawaan diterima kerana gaji yang diberikan adalah lebih daripada apa yang diperoleh sebelum itu selain mencari pengalaman. Kini telah dua tahun Ika bergelar fitting model di syarikat pakaian yang terkenal itu.

Bertanya kepada Ika apakah tugas yang perlu dilakukannya, kata Ika sambil tersenyum, kerjanya tidak susah. Setiap hari dia perlu memakai sehelai demi sehelai baju dari pagi hingga ke petang. Setiap helai baju yang dipakainya, akan diambil gambar dan diambil ukuran baju mengikut saiz badannya.

Setiap hari kerja saya mencuba baju. Dalam sehari, saya memakai sehingga berpuluh-puluh helai baju. Pakai sehelai, ambil gambar, ambil ukuran baju pada badan saya dan kemudian tukar baju lain pula.

Kiranya macam patung atau mannequin yang ada di kedai. Kemudian pihak syarikat akan membuat beberapa saiz lagi berpandukan pada saiz saya dan menghantar tempahan ke China. Selepas semua tempahan siap, pakaian tersebut akan dihantar ke negara Arab bagi dijual di sana.

Yang mengambil ukuran adalah ketua saya sendiri. Memang dia seorang sahaja yang mengambil ukuran dan dia tidak pernah mengambil kesempatan dan menghormati saya. Mula-mula tu rasa segan juga tapi lama-lama dah biasa. Lagi pun ketua saya pandai melawak supaya saya tidak rasa bosan. Kadang-kadang saya juga bergambar untuk katalog baju.

Memang terasa penat walaupun hanya menjadi patung. Ada juga kawan-kawan yang pelik dengan kerja saya. Sekiranya saya rasa bosan saya buat kerja sampingan sebagai model," ujar Ika yang pernah menjadi model di majlis-majlis dan majalah.

Tambahnya, sebagai fitting model juga dia perlu mengekalkan berat badannya, iaitu tidak melebihi 50 kilogram. Dia tidak boleh gemuk dan jika berat badan naik sedikit, ketuanya akan perasan dan dia perlu mengurangkan makan.

Menurut anak kedua daripada lima beradik ini lagi, walaupun demikian, dia menyedari tidak selamanya dia boleh bekerja sebagai fitting model ini.

Lagi pun masyarakat mungkin memandang serong kepadanya kerana pekerjaan tersebut mungkin tidak sesuai bagi seorang gadis Melayu. Untuk itu, Ika merancang untuk mencari pekerjaan lain yang lebih sesuai dan bagi mencari pengalaman baru.

Kata anak kelahiran Kuala Lumpur ini, selain seronok menjadi model, dia juga mempunyai minat dalam bidang lakonan dan setakat ini pernah berlakon dalam 10 buah drama dan filem sebagai pelakon tambahan.

Walaubagaimanapun kata Ika, bidang lakonan hanya setakat suka-suka sahaja dan bukan dijadikan sebagai satu pekerjaan tetap. Dia mahukan pekerjaan yang memberi jaminan hidup dan pendapatan tetap setiap bulan.

Tambahnya, mungkin ada yang memilih lakonan namun bidang ini hanya menuntut glamor sementara malah ada pasang surutnya.

Bagi saya semasa dalam usia muda ini saya ingin mencuba semua bidang, mengumpul duit dan membantu keluarga. Kalau orang bagi peluang, apa salahnya mencuba jadi setidak-tidaknya saya sudah tahu baik buruk sesuatu bidang tersebut. Jadi orang tidak boleh mempermainkan kita, kata Ika lagi.

Menyukai fesyen seperti dres dan warna-warna terang seperti ungu dan merah, dia juga berkebolehan menghasilkan lakaran fesyen pakaian dan bakat semula jadi ini terus diasah dengan turut menghasilkan rekaan fesyen untuk ibu saudara yang mempunyai butik sendiri.

Menurut Ika, apabila ada masa lapang, dia akan ke butik ibu saudaranya itu untuk membantu daripada segi membuat rekaan atau memilih fesyen yang sedang diminati sekarang bagi dibuat pakaian.

Ini juga sebagai menambah pengalaman dan mungkin juga pada suatu hari, dia akan memiliki butik sendiri kerana pengalamannya yang luas dalam bidang fesyen.

Truuja bergaya dan ultra moden

Posted: 01 Apr 2014 11:49 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar SYEFRI MONIZ

RENDA putih sesuai untuk majlis pernikahan.

TRUUJA atau ejaan yang betul teruja, nama yang dipilih bagi koleksi fesyen pakaian dua pereka fesyen berbakat, iaitu Zaki Zawawi dan Fairul Malik.

Sesuai dengan nama koleksi ini sendiri, fesyen yang ditampilkan seperti pakaian yang sedia untuk dipakai serta boleh ditempah menimbulkan keinginan kepada yang melihat untuk digayakan.

Bermula sejak setahun lalu dan dijual melalui dalam talian, Truuja begitu teruja menampilkan koleksi terkininya, iaitu fesyen pakaian potongan kebaya yang ultra moden dan longgar bagi memberi peluang kepada semua bentuk badan wanita untuk memakainya.

Tidak ada sebab wanita yang berbadan besar tidak boleh bergaya. Mereka juga berhak untuk nampak cantik dan menggayakan apa sahaja jenis pakaian asalkan mereka selesa memakainya," kata Zaki yang ditemui semasa sesi penggambaran di Studio Utusan Malaysia baru-baru ini. Turut bersama rakan kongsi, Fairul.

Tambahnya, sebelum terhasil rekaan tersebut, dia pernah memikirkan apakah fesyen yang boleh dibuat dalam masa yang cepat, nampak moden namun tidak meninggalkan ciri tradisional dan boleh dipakai oleh wanita Malaysia dalam banyak keadaan.

Hasil perbincangan bersama Fairul yang berkebolehan dalam bidang jahitan, terhasil rekaan yang berbentuk kembang dan longgar serta berpotongan silhoutte.

Fesyen yang dibuat khusus supaya semua bangsa boleh memakainya seperti Melayu, Cina dan India dan dibuat daripada dua jenis fabrik, iaitu fabrik renda untuk baju dan satin matte untuk bahagian kain atau dres panjang di bahagian dalam. Baju ini turut boleh dipakai bersama seluar separuh kulit, jeans atau seluar panjang.

Hanya menggunakan fabrik renda biasa dan bukan renda Perancis kerana tidak mahu menjual pada harga yang tinggi, rekaan yang ringkas tanpa perincian batu berkilat, kristal atau manik, sesuai dipakai sama ada ke pejabat, majlis perkahwinan dan makan malam. Manakala jika memilih putih, boleh dipakai untuk majlis pernikahan dan boleh ditambah sendiri perincian yang sesuai.

Menurut Zaki, dia sengaja tidak membuat perincian kerana si pemakai boleh menggayakannya sendiri bersama kerongsang, tali pinggang dan aksesori lain. Nampak ringkas namun ada tarikannya.

Rekaan untuk tahun 2014 daripada Truuja ini yang dijual pada harga di antara RM250 sehingga RM300 menampilkan warna-warna memikat seperti pudina, dazzling orchid atau ungu tua, ungu muda, biru firus, hitam, putih dan merah.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved