Rabu, 2 April 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


MH370: Fahami tujuan Najib guna perkataan 'berakhir' - Duta China

Posted: 02 Apr 2014 03:13 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 April - Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang meminta semua pihak memahami mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan perkataan berakhir bagi menjelaskan kehilangan pesawat MH370.

Beliau memahami Najib telah secara berhati-hati memilih menggunakan perkataan berakhir pada sidang akhbar 24 Mac lalu.

"Kenyataan itu memberi pelbagai makna dan kadang-kala disalah tafsir. Ada yang anggap ia bermaksud sebagai kehilangan, ada yang memahami sebagai terhempas, ada yang mentafsir tidak ada yang selamat.

"Saya faham Perdana Menteri (Najib) berhati-hati memilih perkataan. Tujuannya hanya untuk menggelakkan sebarang makna yang menyakitkan kepada keluarga penumpang," jelas Huikang.

Huikang dalam sidang akbar khas kepada media di Kedutaan China hari ini berkata, ramai ahli keluarga penumpang China yang berharap masih ada harapan orang yang mereka sayangi terselamat dan pesawat berkenaan dirampas oleh seseorang.

"Kalau anda menyatakan secara terbuka bahawa pesawat terhempas dan tidak ada yang terselamat, ini akan memberi kesan mendalam kepada keluarga.

"Jadi, tolong faham tujuan (pengunaan perkataan berakhir) kepada perasaan keluarga penumpang," rayu Huikang.

Tegas beliau, orang ramai tidak sepatutnya terlalu fokus kepada makna perkataan berakhir, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha mencari.

Huikang berkata, beliau juga telah mendapatkan kepastian daripada pakar dan pegawai Malaysia mengenai maksud perkataan berakhir yang dibuat oleh Najib itu.

"Ia bermaksud penerbangan dari Kuala Lumpur selama 8 jam dan akhirnya tamat di selatan Lautan Hindi.

"Perkataan ini memberi panduan signifikan. Sebelum ini operasi mencari di koridor utara dan selatan. Dengan kesimpulan itu, kita hanya fokus usaha di koridor Selatan sahaja," kata Huikang. - UTUSAN ONLINE

PM lancar ASB2 dana 10 bilion unit

Posted: 02 Apr 2014 03:06 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan dana Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) yang diuruskan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan saiz dana 10 bilion unit.

ASB2 yang merupakan dana berharga tetap RM1 seunit dibuka kepada bumiputera berumur seawal enam bulan.

Menurut Perdana Menteri, ASB2 merupakan sebahagian daripada Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang menyasarkan penyertaan daripada golongan muda.

"Saya juga ingin memaklum insentif kepada pemegang unit ASB2 bermula hari ini sehingga 31 Disember 2014, sebanyak 10 unit ASB2 percuma akan dikreditkan ke akaun pemegang unit," katanya dalam majlis pelancaran di Stadium Merdeka di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. - UTUSAN ONLINE

Syabas boleh namakan CIMB sebagai plaintif dalam kes saman

Posted: 02 Apr 2014 03:04 AM PDT

PUTRAJAYA 2 April - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) boleh memasukkan CIMB Investment Bank Berhad sebagai pihak dalam kes saman syarikat itu terhadap kerajaan negeri Selangor berhubung pelarasan tarif air.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Zaharah Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Varghese George Varughese memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Syabas secara sebulat suara dengan kos RM10,000.

Dengan keputusan tersebut, CIMB boleh dinamakan sebagai plaintif kedua dalam writ saman bagi menuntut kerajaan pimpinan pembangkang itu membayar tunggakan pampasan RM1.05 bilion berikutan pelarasan tarif air. - UTUSAN ONLINE.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved