Ahad, 9 Oktober 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Belanjawan mampu dipenuhi

Posted:

Belanjawan mampu dipenuhi

Belanjawan mampu dipenuhi

Oleh ABD.HALIM HADI TALIB
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak disambut dengan meriah setibanya di Pekan Rawang sempena tinjauan mesra Perdana Menteri ke Selangor. - MINGGUAN/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN


KUALA LUMPUR 8 Okt. - Kerajaan tidak akan mengumumkan sejumlah peruntukan yang besar melalui Bajet 2012 jika tidak berkemampuan untuk melaksanakannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan bukan sahaja yakin bahkan mempunyai keupayaan kewangan untuk menjayakan belanjawan seperti yang dibentangkan di Dewan Rakyat , semalam.

Sebaliknya beliau berkata, pengumuman Bajet 2012 itu akan menjadi satu tindakan yang membunuh karier politik beliau sendiri sekiranya ia tidak mampu dilaksanakan.

"Kalau tak ada duit takkan saya berani bentangkan semalam. Saya akan melakukan satu perbuatan bunuh diri dari segi politik kalau saya bentang bajet yang tak boleh dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Kundang, Rawang, hari ini.

Beliau sebelum itu melawat cadangan jalan pintas yang menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri, Rawang yang akan memanfaatkan kira-kira 10,000 pengguna.

Najib berkata, belanjawan negara itu bukan sekadar janji bahkan dibuat berdasarkan fakta yang diketahui oleh kerajaan dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk pegawai kerajaan, pakar di Kementerian Kewangan, Bank Negara dan Unit Perancang Ekonomi.

"Tidak mungkin mereka ini tidak tahu apa yang patut dibentang dari segi fakta untuk keputusan saya dan kerajaan," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat di negara ini menilai jaminan kerajaan itu apabila ia dilaksanakan kelak.

Pada kunjungannya di pekan Rawang, Najib turut membidas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan Bajet 2012 sebagai tidak realistik dan dicedok daripada Buku Jingga.

"Kononnya kita tiru Buku Jingga mereka, lepas itu dia kata pula bajet ini tidak realistik. Kalau kita tiru buku dia, maknanya bajet dialah yang tidak realistik.

"Sebaliknya saya nak tahu apa dia (Anwar) akan kata kalau kita dapat melaksanakannya. Itu yang akan menjawab segala-galanya," katanya.

Tambah beliau, bajet luar biasa yang akan memanfaatkan seluruh lapisan masyarakat di negara ini itu pada masa yang sama telah membuatkan pembangkang tidak terjawab.

Ketika ditanya mengenai angka peruntukan Bajet 2012 sebanyak RM232.8 bilion yang hampir menyamai jumlah Belanjawan Bayangan Pembangkang (RM220 bilion), Najib menjelaskan, jumlah itu disediakan berdasarkan kemampuan kerajaan.

"Itu kena tanya dia (pembangkang) sebab bajet kita ini dibentang secara telus dan orang tahu bajet kita. Barangkali dia (Anwar) pun tahu bajet kita.

"Apa yang kita buat adalah di dalam lingkungan bajet dan kemampuan kita juga telah diberitahu," katanya.

PM minta gaji minimum sektor swasta ditetapkan secara rundingan

Posted:

PM minta gaji minimum sektor swasta ditetapkan secara rundingan

PM minta gaji minimum sektor swasta ditetapkan secara rundingan

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pihak majikan supaya menetapkan satu gaji minimum yang munasabah kepada kakitangan sektor swasta.

Beliau berkata, usaha itu bergantung kepada persetujuan bersama yang boleh dicapai melalui proses rundingan antara majikan dan pekerja.

"Kerajaan tidak boleh mengarahkan pihak swasta tapi kita harap ia dicapai melalui rundingan.

"Terutama sekali apabila kita sudah wujudkan mekanisme untuk menentukan bayaran gaji minimum," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Kundang, Rawang, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas reaksi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mengatakan kakitangan di sektor swasta tidak menerima berita gembira daripada pengumuman Bajet 2012.

Sementara itu, keputusan kerajaan tidak menaikkan harga rokok semasa pengumuman Bajet 2012 dibuat bagi mengekang penggunaan rokok haram di kalangan perokok negara ini,

Najib berkata, lambakan rokok haram yang sudah terlalu tinggi di pasaran pada masa kini boleh membahayakan.

"Kerajaan tidak boleh menaikkan harga rokok terlalu mendadak kerana penggunaan rokok haram kini sudah mencecah 40 peratus.

"Kalau harga rokok naik mendadak, peratusan mereka yang akan menghisap rokok haram akan terus meningkat," katanya.

Bagaimanapun katanya, kerajaan boleh menaikkan harga rokok pada bila-bila masa yang biasanya akan dibuat secara berasingan (off bajet).

"Kalau kita rasa perlu naik, kita akan naikkan harga rokok tapi semalam ia tidak dimasukkan dalam bajet," katanya.

Bajet 2012, pembangkang mati akal - PM

Posted:

Bajet 2012, pembangkang mati akal - PM

Bajet 2012, pembangkang mati akal - PM

KUALA SELANGOR 8 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya parti-parti pembangkang ketika ini 'mati akal' dalam usaha mereka untuk menyerang Bajet 2012 yang dibentangkan oleh kerajaan di Dewan Rakyat semalam.

Perdana Menteri berkata, ini kerana pembangkang sudah tidak mempunyai sebab dan alasan untuk memperlekehkan bajet tersebut yang jelas memberikan tumpuan penuh kepada soal kebajikan rakyat di samping memastikan pembangunan negara terus berjalan lancar.

''Pembangkang tidak ada jawapan untuk serang bajet kita (kerajaan). Mereka mati akal, tidak ada hujah, mereka hanya boleh kata bajet kita tidak realistik, itu sahaja.

''Hakikatnya, Bajet 2012 yang disediakan kerajaan dibuat berdasarkan pelbagai aspek membabitkan kepentingan rakyat dan negara oleh pakar-pakar Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) dan lain-lain.

''Pakar-pakar itu bukan Pak Pandir, ada kepakaran masing-masing. Apabila kita bentang bajet, kita bentang bajet yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh kerajaan," kata beliau.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 300 masyarakat kaum India dalam program walkabout bersama Perdana Menteri anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor di Ladang Tuan Mee di Ijok di sini hari ini.

Turut hadir dalam program yang bertema 'Nurani Rakyat, Sayangi Selangor' itu ialah Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar; Presiden MIC, Datuk G. Palanivel; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas; Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai dan Pengerusi Parti Gerakan negeri, Senator A. Kohilan Pillay.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor menegaskan, kerajaan tidak menaburkan janji-janji kosong kepada rakyat dalam Bajet 2012 kerana apa yang terkandung dalam bajet berkenaan sebenarnya adalah komitmen kerajaan BN ke arah transformasi negara dan rakyat.

''Kita tidak buat janji-janji kosong untuk menyedapkan hati rakyat. Kita tidak tipu rakyat, ini adakah komitmen kerajaan BN. Rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada kerajaan BN.

''Ini kerana kita ada wawasan, perancangan dan pengalaman untuk membangunkan negara serta membawa perubahan besar ke arah transformasi negara kita," tegas beliau.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri turut memohon semua syarikat perladangan di negara ini sama ada yang melibatkan syarikat milik kerajaan (GLC) atau swasta supaya menaikkan gaji para pekerja estet bagi memastikan golongan itu terus terbela.

''Sebelum pembentangan Bajet 2012, saya ambil tindakan memohon kepada semua pemilik ladang estet sama ada GLC atau swasta untuk menaikkan gaji kepada pekerja estet. Malah, saya difahamkan untuk Ladang Tuan Mee ini, pekerjanya telah menerima kenaikan gaji RM200 sebulan.

''Saya harap dalam masa terdekat, para pekerja estet ini akan menerima kenaikan gaji." ujarnya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menerusi Bajet 2012 telah mengambil kira kebajikan dan pembangunan kaum India melalui pemberian pinjaman mikro kredit melibatkan peruntukan RM100 juta melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Katanya, kerajaan juga memberi peruntukan tambahan RM100 juta untuk meningkatkan kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara selain pemansuhan yuran sekolah, bantuan RM100 kepada pelajar sekolah serta bantuan RM500 kepada isi rumah di bawah pendapatan RM3,000.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved