Ahad, 9 Oktober 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Perlis peroleh faedah Bajet 2012

Posted:

Perlis peroleh faedah Bajet 2012

Perlis peroleh faedah Bajet 2012

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my

KANGAR 8 Okt. - Pelbagai pihak di negeri ini menyifatkan Bajet 2012 dapat memenuhi hasrat untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi rakyat dalam usaha menuju ke arah negeri lebih maju dan selesa.

Antaranya, peruntukan RM1 bilion untuk membantu mengatasi banjir di Perlis, Perak dan Johor menerusi Rancangan Tebatan Banjir (RBT) yang membuktikan kerajaan sentiasa prihatin dalam usaha untuk mengatasi masalah yang sering membelenggu rakyat.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir. Nishad Mohamed Mohd. Shaffy berkata, bajet yang turut memberi penekanan kepada masalah banjir di negeri itu merupakan pengumuman yang dinantikan oleh rakyat di negeri ini.

"Belanjawan yang bagus kerana Perlis sememangnya menantikan bantuan untuk mengatasi banjir.

"Menerusi peruntukan diumumkan, ia dapat menaiktaraf Empangan Timah Tasoh serta melebar dan mendalamkan Sungai Arau bagi tujuan mengatasi limpahan air," katanya ketika mengulas Bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin memberitahu, pihaknya bersedia menyahut langkah kerajaan menggalakkan guru-guru melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Menerusi langkah tersebut, ia bukan sahaja memberi ruang kepada guru untuk melanjutkan pengajian sama ada di peringkat ijazah sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD), tetapi juga meningkatkan taraf hidup mereka.

"Dengan kelulusan lebih tinggi, gaji mereka juga akan setaraf dengan pensyarah dan secara tidak langsung menaikkan imej perguruan di negara ini," tambah beliau.

Penduduk bantah bina jirat Cina

Posted:

Penduduk bantah bina jirat Cina

Penduduk bantah bina jirat Cina


SEBAHAGIAN penduduk berhimpun secara aman membantah perancangan pembinaan tapak jirat Cina di Sungai Kob Karangan, Kulim, Kedah, kelmarin.


KULIM 8 Okt. - Kira-kira 100 penduduk Kampung Sungai Kob di sini mengadakan perhimpunan secara aman di Masjid Jamek Al-Ittihad selepas solat Jumaat semalam kerana membantah projek pembinaan sebuah tapak jirat atau kubur Cina milik swasta seluas 76.4 hektar berdekatan kampung mereka.

Menurut mereka, projek itu tidak sesuai kerana ia dibina terlalu hampir dengan penempatan masyarakat Melayu yang merupakan majoriti penduduk di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Membantah projek berkenaan, Wahi Saidin berkata, pihaknya mempersoalkan kewajaran pembinaan jirat di situ kerana bilangan penduduk Cina dan India di kawasan berdekatan kira-kira 2,000 orang berbanding hampir 17,000 orang Islam.

"Jadi apakah kewajaran pembinaan jirat moden di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam?

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana jika diteruskan, banyak masalah lain yang akan timbul termasuk sumber air bersih untuk kegunaan penduduk kampung akan tercemar," katanya ketika ditemui di masjid berkenaan semalam.

Tambahnya, penduduk kampung telah membuat bantahan mengenai perkara itu sejak 2007 dan pada 2009, satu memorandum telah dihantar ke pejabat Menteri Besar Kedah.

Namun katanya, kerja-kerja menarah bukit di kawasan itu didapati telah dijalankan sejak April lalu walaupun tanpa sebarang papan tanda diletakkan.

"Oleh itu kami berhasrat membawa perkara ini ke pengetahuan Sultan Kedah agar satu jalan penyelesaian dapat diambil bagi menghalang kerja-kerja pembinaan diteruskan," ujarnya.

Sementara itu seorang lagi penduduk, Roslan Osman memberitahu, bantahan tersebut ini disertai oleh penduduk sembilan kampung dan taman perumahan di situ.

Ia melibatkan Kampung Seberang Jaya, Kampung Selarong Panjang, Kampung Kemunting Baru, Kampung Banggol Penyengat, Kampung Sungai Kob, Kampung Padang Limau, Kampung Ulu Paip, Kampung Baru Sungai Kob dan Taman Mutiara.

"Kesemua penduduk di kawasan ini sepakat membantah kerana pembinaannya menimbulkan suasana kurang selesa kepada penduduk malah menjejaskan kehidupan penduduk beragama Islam di sini," katanya.

Suspek kes bunuh diburu

Posted:

Suspek kes bunuh diburu

Suspek kes bunuh diburu

TAPAH 8 Okt. - Polis memburu seorang suspek dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan tukang rumah, Choo Mun Hong yang ditemui mati di ladang kelapa sawit di Jalan Teluk Intan, Bidor di sini, pada 26 September lalu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, suspek, M. Balakrishnan, 23, dipercayai perancang pembunuhan itu yang turut melibatkan empat suspek lain.

Katanya, empat lagi suspek bagaimanapun diberkas di tiga lokasi berasingan di sini, minggu lalu.

Tambahnya, polis turut merampas sebilah pisau panjang yang disyaki digunakan untuk membunuh mangsa.

"Suspek yang juga dikenali sebagai Babu mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis dalam beberapa kes samun di Teluk Intan sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, di sini semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tapah, Asisten Supritendan Mohd. Nasri Fadzir di talian 05-4015222.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved