Ahad, 9 Oktober 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Bajet untuk rakyat - Ahmad Said

Posted:

Bajet untuk rakyat - Ahmad Said

Bajet untuk rakyat - Ahmad Said

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 8 Okt. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai pembentangan bajet untuk rakyat apabila melibatkan peruntukan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.

Katanya, bajet tersebut bukan sahaja mengambil kira kepentingan rakyat secara umum, malah turut merangkumi kepentingan untuk meningkatkan ekonomi rakyat sekali gus mampu memastikan ekonomi terus berkembang.

"Pembentangan bajet pada kali ini amat menyeluruh dan sesuai dengan slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' yang sering kita dilaungkan serta ia memenuhi keperluan rakyat dari pelbagai segi terutamanya dalam menghadapi kesan kemelesetan ekonomi dunia.

"Apabila rakyat mendapat manfaat, lebih mudah untuk mengembang dan meningkatkan ekonomi negara tambahan dengan pelbagai insentif yang diumumkan, kita yakin bakal menarik lebih ramai pelabur," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Program Wacana Melestarikan Pendidikan Terbilang anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) di Hotel Permai di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, beliau juga melahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri apabila turut meluluskan penyambungan projek pembinaaan Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu.

Selain itu, katanya, penduduk di Dungun juga menerima berita gembira apabila pembinaan Hospital Dungun yang baru juga akan diteruskan dan dijangka bakal di bina bermula tahun depan.

Jelasnya, hospital berkenaan yang dijangka mengambil masa untuk siap dalam tempoh kira-kira setahun hingga tiga tahun itu bakal di bina di atas tanah seluas 20 hektar di Kampung Simpang Che Lijah.

"Setakat ini saya tidak tahu kos yang bakal diperuntukkan tetapi hospital tersebut mampu memuatkan 200 buah katil untuk menempatkan pesakit demi keselesaan mereka," jelasnya.

Dalam pada itu, Ahmad turut mengulas tentang Bajet 2012 yang memansuhkan bayaran yuran persekolahan untuk sesi 2012 bagi sekolah rendah dan menengah melibatkan kos RM150 juta.

Katanya, pengumuman tersebut pastinya amat ditunggu-tunggu oleh rakyat dan sehubungan itu, beliau berharap melalui manfaat yang telah diberikan itu dapat memberi motivasi kepada ibu bapa untuk melahirkan lebih ramai cendiakawan.

"Bayaran yuran yang dikenakan tidak mahal pun tetapi jika dimansuhkan adalah lebih baik kerana tidak akan membebankan rakyat. Namun, ibu bapa harus bersedia memberi nilai tambah kepada pendidikan anak mereka sekiranya mahu melihat mereka berjaya dan bukan hanya mengharap bantuan kerajaan semata-mata," katanya.

Karnival Sultan Mizan Cup 2011 berlangsung meriah

Posted:

Karnival Sultan Mizan Cup 2011 berlangsung meriah

Karnival Sultan Mizan Cup 2011 berlangsung meriah


ORANG ramai melihat salah seorang peserta mewarna pada karnival sempena Sultan Mizan Cup di Lembah Bidong, Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 8 Okt. - Hari pertama karnival sempena kejohanan kuda lasak, Sultan Mizan Cup 2011 bermula penuh meriah di Lembah Bidong dengan pelbagai kegiatan diadakan.

Antara acara menarik ialah pertandingan mewarna model kuda bertemakan karangan laut khusus bagi pelajar secara berkumpulan yang mewakili sekolah masing-masing.

Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian antarabya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bariah, SMK Padang Midin, SMK Manir, SMK Belara, SMK Ibrahim Fikri dan SMK (C) Chong Hwa Wei Sin.

Turut menarik perhatian ialah acara kerusi muzik berkuda yang jarang-jarang disaksikan.

Acara yang disertai oleh penunggang-penunggang cilik itu memerlukan kemahiran menunggang kuda kerana pada masa yang sama, penunggang perlu melompat turun dari kuda sebaik mendengar muzik dihentikan.

Tarikan lain yang terdapat di situ ialah acara bola sepak jalanan untuk peserta bawah 18 tahun, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pameran berkaitan kuda dan kehidupan marin serta gerai-gerai makanan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved