Khamis, 21 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Tuanku Mizan, Lee Myung-bak bincang hubungan dua hala

Posted:

Tuanku Mizan, Lee Myung-bak bincang hubungan dua hala

Tuanku Mizan, Lee Myung-bak bincang hubungan dua hala


TUANKU Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah bersama Lee Myung-bak dan isterinya, Kim Yoon-Ok semasa Seri Paduka melakukan kunjungan hormat di Istana Presiden, Seoul, semalam. - BERNAMA


SEOUL 20 Julai — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah melakukan kunjungan hormat terhadap Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak di Istana Presiden di sini hari ini.

Keberangkatan Seri Paduka berdua ke Istana Presiden yang dikenali sebagai Cheong Wa Dae (Rumah Biru) disambut oleh Lee Myung-bak serta isteri Kim Yun-ok.

Ini merupakan lawatan negara pertama baginda ke Korea Selatan bagi membalas lawatan presiden republik itu ke Malaysia pada Disember tahun lepas.

Turut serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Ramlan Ibrahim.

Tuanku Mizan kemudian berkenan menandatangani Buku Tetamu sebelum mengadakan pertemuan bersama Lee Myung-bak bagi membincangkan soal mengenai hubungan dua hala antara dua negara.

Tuanku Nur Zahirah dan Kim Yun-ok pula mengadakan pertemuan berasingan di istana berkenaan.

Sebaik selesai pertemuan, pasangan diraja kemudian berangkat pulang ke Hotel Lotte dan Tuanku Mizan dijadual menghadiri Majlis Santapan di hotel tersebut hari ini, yang dihoskan oleh Federation Korea Industri (FKI).

Seri Paduka berdua selepas itu dijadual berangkat melawat ke Samsung City, Sejongro Jongrohu.

Pada sebelah malam pula, pasangan diraja akan diraikan dalam Majlis Santapan Negara di Istana Presiden Cheong Wa Dae sebelum berlepas pulang, mengakhiri lawatan rasmi baginda selama dua hari ke Korea Selatan. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita Malaysia, Turki yakin kemampuan anak perempuan

Posted:

Wanita Malaysia, Turki yakin kemampuan anak perempuan

Wanita Malaysia, Turki yakin kemampuan anak perempuan

KUALA LUMPUR 20 Julai — Kaji selidik sebuah syarikat antarabangsa mendapati wanita Malaysia, Turki dan Nigeria amat yakin anak perempuan mereka mampu berjaya dalam hidup dan mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Melalui kaji selidiknya, Nielsen mendapati 77 peratus wanita di negara percaya anak perempuan mereka akan menikmati penambahbaikan daripada segi capaian terhadap teknologi, pendidikan, kestabilan kewangan, kuasa membeli dan kerjaya.

Bagaimanapun, kaji selidik syarikat itu mendapati hanya 48 peratus wanita di negara maju yakin anak perempuan mereka mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa pendidikan dan capaian terhadap teknologi mendorong wanita di seluruh dunia lebih berkeyakinan bahawa cara paling berkesan untuk menikmati kehidupan lebih baik ialah melalui pendidikan.

Ia juga mendapati capaian wanita terhadap pendidikan tinggi merupakan suatu pencapaian penting di negara maju, tetapi di negara sedang muncul, peluang mengikuti pengajian di kolej dianggap suatu kemewahan dan oleh itu, keinginan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi semakin meningkat.

Kaji selidik dari Februari hingga April 2011 itu melibatkan hampir 6,500 wanita di 21 negara maju dan sedang muncul di seluruh Asia Pasifik, termasuk Malaysia, Eropah, Amerika Latin, Afrika dan Amerika Utara. Negara yang diliputi mewakili 60 peratus daripada penduduk dunia dan hampir 80 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kaji selidik itu mendapati pendidikan anak-anak menjadi perkara paling utama dalam kalangan wanita di Malaysia, India dan Nigeria dan mereka akan meningkatkan tabungan apabila pendapatan masing-masing meningkat.

Kata Nielsen, capaian lebih baik terhadap pendidikan, peningkatan peluang kerjaya dan kenaikan gaji di negara maju dan sedang muncul memperkasakan lagi kuasa ekonomi dalam kalangan wanita.

Oleh itu, hampir 80 peratus wanita yang terlibat dengan kaji selidik itu percaya peranan wanita kini telah berubah dan 90 peratus daripada mereka dalam kategori ini berpendapat ia berubah ke arah lebih baik.

Majoriti wanita yang ditinjau pendapat mereka juga percaya mereka mempunyai peluang lebih baik berbanding ibu mereka daripada segi kestabilan kewangan peribadi dan penjagaan kesihatan, kata Nielsen. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemohon PTPTN perlu ada SSPN

Posted:

Pemohon PTPTN perlu ada SSPN

Pemohon PTPTN perlu ada SSPN

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 20 Julai – Mulai tahun depan, pelajar yang ingin memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) terlebih dahulu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dengan deposit serendah RM20, akaun SSPN boleh dibuka di mana-mana cawangan bank terpilih.

Antaranya Maybank, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat), Agro Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Group Bhd. (CIMB) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

"Kini proses untuk membuka SSPN menjadi lebih mudah kerana hanya memakan masa sehari berbanding 14 hari sebelum ini.

"Pembukaan akaun SSPN digalakkan kepada semua peringkat umur, ibu bapa juga boleh terus membuka akaun untuk anak mereka yang baru sahaja dilahirkan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar PTPTN bersama institut pengajian tinggi (IPT) dan Majlis Pelancaran Semula SSPN di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said.

Majlis itu turut menyaksikan penyerahan bantuan kewangan pendidikan kepada PTPTN daripada Ambank Group, Kuwait Finance House dan Malaysian Building Society Berhad (MBSB).

Mohamed Khaled berkata, pembukaan akaun SSPN itu dapat mengelakkan pelajar dibebani masalah hutang selepas tamat pengajian selain menggalakkan amalan menabung untuk masa depan.

"Sejak SSPN dilancarkan pada 2004 sehingga 2011, terdapat 990,000 akaun dengan jumlah simpanan sebanyak RM465 juta," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menggalakkan penglibatan lebih banyak agensi korporat menyalurkan sumbangan kewangan kepada PTPTN untuk membantu pelajar miskin meneruskan pengajian ke peringkat tinggi.

"Dengan itu, PTPTN dapat membantu menguruskan bantuan kewangan kepada pelajar yang tidak berkemampuan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved