Khamis, 21 Julai 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


RM4.5j atasi banjir kilat

Posted:

RM4.5j atasi banjir kilat

RM4.5j atasi banjir kilat

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 21 Julai - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM4.5 juta bagi mengatasi banjir kilat yang sering melanda kawasan Parlimen Kuala Krau setiap kali berlaku hujan lebat.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, ia termasuk kerja-kerja melebarkan parit dan longkang di 16 buah tanah rancangan Felda membabitkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta.

Katanya, bakinya RM2 juta lagi akan digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja sama di kampung tradisional.

''Semua projek tersebut akan dilaksanakan pada tahun ini di bawah seliaan pejabat tanah dan daerah bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat supaya tidak lagi dibelenggu masalah banjir kilat yang sering berlaku.

''Apabila siap nanti, saya berharap penduduk Parlimen Kuala Krau tidak lagi menghadapi masalah untuk menjalankan kerja-kerja harian apabila kawasan kediaman dan kebun tidak ditenggelami air banjir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan mengunjungi orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik, warga emas dan ibu tunggal di tanah rancangan Felda Jenderak Utara di sini semalam.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat dan akan terus membantu rakyat serta menunaikan setiap janji walaupun kadangkala terlewat berikutan masalah teknikal.

Menurut Ismail, kerajaan BN sebenarnya telah melaksanakan kebajikan kepada rakyat sejak 57 tahun lalu berbanding pembangkang yang baru kini berhasrat mahu melaksanakan konsep negara kebajikan.

''Boleh dikatakan sejak bayi di dalam kandungan hingga ke akhir hayat kerajaan melaksanakan tanggungjawab dan kebajikan kepada rakyat.

''Langkah pembangkang untuk melaksanakan negara kebajikan jika berjaya menawan Putrajaya hanya retorik semata-mata untuk memancing undi semasa pilihan raya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Adnan puji penduduk Janda Baik

Posted:

Adnan puji penduduk Janda Baik

Adnan puji penduduk Janda Baik


Adnan Yaakob bersalam dengan penduduk semasa menghadiri Program Khas Pemimpin Mesra Masyarakat di Dewan Orang Ramai Kampung Janda Baik, semalam.


BENTONG 21 Julai - Penduduk Kampung Janda Baik diminta sentiasa menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar memandangkan kawasan itu kini menjadi destinasi pelancongan menarik.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau bangga melihat perkembangan dan pertumbuhan kampung itu yang semakin pesat membangun terutama dalam sektor pelancongan.

Katanya, walaupun tanpa bantuan kerajaan sepenuhnya, penduduk dan pengusaha pelancongan berjaya menjadikan kampung itu sebagai destinasi pelancongan yang dilengkapi dengan kem latihan fizikal, motivasi dan hotel.

''Saya bangga kerana penduduk Janda Baik berjaya menjadikan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan.

''Janda Baik adalah rumah kedua saya, saya dilahirkan di Kampung Benus dan dibesarkan di sini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Khas Pemimpin Mesra Masyarakat di Dewan Orang Ramai Kampung Janda Baik dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Datuk Dr. Ng Keong Chye.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan orang miskin.

Adnan berharap, penduduk terus memelihara alam sekitar kerana ia merupakan khazanah dan produk yang berjaya menarik kehadiran ramai pelancong terutama warga Lembah Klang.

Jika kualiti alam sekitar tidak dipelihara dengan baik sehingga menyebabkan kemusnahan flora dan fauna, jelasnya, ia akhirnya merugikan penduduk kerana pelancong tidak akan mengunjungi lagi tempat tersebut.

Tegasnya, penerokaan tanah secara berlebihan perlu dihentikan kerana ia bukan sahaja merosakkan alam semulajadi tetapi menyebabkan hakisan tanah dan cerun sehingga mengancam keselamatan dan nyawa penduduk.

Selain itu tambah beliau, Janda Baik kini mempunyai sebuah kilang mengeluarkan produk berasaskan wayar oleh syarikat Elektriksola (M) Sdn. Bhd. yang secara tidak langsung membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kami mahu jambatan ganti pontun

Posted:

Kami mahu jambatan ganti pontun

Kami mahu jambatan ganti pontun


Ab. Razib menunjukkan laluan air sepanjang 30 meter yang terpaksa dilalui penoreh getah setiap hari dengan menggunakan pontun untuk menyeberangi Sungai Mentawak, Pulau Tioman.


SERAMAI 15 penoreh getah di Kampung Juara, Pulau Tioman terpaksa bertarung nyawa setiap kali menyeberangi Sungai Mentawak dengan hanya menggunakan sebuah pontun bagi mengutip hasil getah.

Kebanyakan daripada penoreh getah yang rata-ratanya telah berusia terpaksa menyeberangi sungai itu berikutan tidak mempunyai kemudahan jalan perhubungan sejak lebih 20 tahun lalu.

Kebanyakan penoreh hanya bergantung harap kepada hasil getah namun, mereka terpaksa bergadai nyawa setiap kali ke kebun terutama jika air Sungai Mentawak naik mendadak ketika fenomena air pasang.

Penoreh tiada pilihan lain selain terpaksa mempertaruhkan nyawa setiap kali pergi dan pulang dari kebun memandangkan tiada kemudahan jalan perhubungan seperti jambatan atau sebagainya dibina.

Sejak awal pagi, peneroka akan keluar ke kebun dan mereka terpaksa menggunakan pontun atau bot rendah yang terapung itu untuk membawa mereka menyeberangi sungai berkenaan.

Sungai sepanjang 30 meter itu dipercayai dalam dan tidak mustahil ia boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini berlaku termasuk risiko terjatuh dan lemas ke dalam sungai.

Pernah seorang penoreh nyaris terjatuh ke dalam sungai, namun tindakan pantas rakan-rakan lain yang ketika itu berada di tempat kejadian sempat memaut tangan mangsa sebelum dia diselamatkan.

Lebih menggusarkan, terdapat penoreh getah di kampung itu adalah kalangan wanita dan ia sudah tentu membahayakan keselamatan dan nyawa mereka ketika melintas sungai berkenaan.

Jika orang lelaki terjatuh mungkin ada dalam kalangan mereka yang pandai berenang, namun, jika penoreh wanita yang jatuh ke sungai ini, ia sudah tentu menyebabkan mereka lemas terutama pada musim air pasang.

Difahamkan, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Ab. Razib Ali Awang telah mengemukakan permohonan jambatan itu kepada Lembaga Pembangunan Tioman (TDA).

Bagaimanapun, tiada sebarang petunjuk jambatan baru akan dibina di situ, namun, tetap berharap agar kemudahan atau peruntukan segera diberikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi bertahun lamanya.

RABIDI ALIMAT,

Tioman

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved