Khamis, 21 Julai 2011

Utusan Online - Rencana


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Keanehan politik Pas

Posted:

Keanehan politik Pas

Keanehan politik Pas

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

SEBENARNYA, kita terutama umat Islam tidak perlu terkejut dengan tindakan Kerajaan Pas Kedah yang mengubah pendirian berhubung larangan ke atas 13 jenis pusat hiburan di negeri itu sempena Ramadan.

Tindakan mengubah pendirian itu hanyalah contoh kecil bagaimana Pas kini sanggup mengorbankan apa sahaja demi kepentingan politik merebut kekuasaan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Hakikatnya, perubahan keputusan yang dibuat tidak sampai 24 jam itu juga adalah antara beberapa tindakan 'aneh' Pas dalam politik sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

Dalam perbualan penulis dengan beberapa penyokong Pas, mereka yang semakin tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan dan hala tuju parti itu menggariskan beberapa tindakan Pas yang mereka lihat semakin 'aneh'.

Keadaan itu berlaku kerana Pas kini sudah benar-benar beriltizam untuk berkongsi kuasa memerintah negara bersama-sama dengan PKR dan DAP, biar pun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan sendiri.

Berikut penulis paparkan beberapa tindakan dan sikap Pas yang dianggap 'aneh' dan tidak lagi mencerminkan perjuangan dan identiti parti itu sebagai pejuang Islam – satu pendekatan yang suatu ketika dulu membantu Pas sampai ke tahap sekarang.

* Mengubah haluan Perjuangan – jika suatu ketika dulu Pas begitu beria-ia hendak menubuhkan negara Islam tetapi kini ia sudah berubah kepada negara berkebajikan.

Perubahan dasar ini menurut sumber dilakukan kerana kepimpinan Pas percaya perjuangan menegakkan negara Islam akan membantut impian parti itu untuk berkuasa bersama-sama PKR dan DAP.

Apatah lagi Pas memahami bahawa DAP sejak dulu lagi memang menentang keras penubuhan negara Islam dan ia sekali lagi ditegaskan oleh DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh dalam isu pusat hiburan di Kedah baru-baru ini.

Oleh itu bagi menjaga hati dan memastikan perjuangan negara Islam tidak menjadi duri dalam daging bagi hubungan di kalangan pakatan pembangkang maka perubahan dasar perjuangan pun dilakukan kepada negara berkebajikan.

* Semakin terhakisnya kepimpinan ulama – Keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini sudah menampakkan dengan jelas bahawa keyakinan sebahagian besar penyokong Pas bahawa golongan ulama boleh membawa parti ke puncak kuasa semakin pudar.

Oleh itu mereka membuat keputusan memberi kemenangan kepada bukan ulama untuk menduduki jawatan-jawatan penting, biar pun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah seorang ulama.

Malahan pemimpin Pas termasuk Abdul Hadi sendiri tanpa berselindung menegaskan kepimpinan yang terpilih adalah barisan pilihan raya.

Ia seolah-olah menggambarkan perasaan putus asa di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli Pas untuk menaruh harapan kepada golongan ulama bagi mengarak panji-panji parti itu meraih kemenangan menawan Putrajaya bersama-sama PKR dan DAP.

Ketika ini sudah tidak ada lagi perhitungan apatah lagi perasaan membelek kembali sejarah bagaimana Pas ditubuhkan dan siapakah yang bertanggungjawab meletakkan parti itu pada tahap sekarang.

* Menolak kerjasama dengan UMNO tetapi sedia 'tunduk' kepada DAP. - Sejarah perjalanan politik negara sudah membuktikan bagaimana pemimpin dan ahli Pas menolak sebarang kerjasama dengan UMNO biar pun demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Sebaliknya, Pas bukan sahaja membuka pintu seluas-luasnya untuk menjalin kerjasama politik dengan PKR dan DAP tetapi juga bersedia 'tunduk' dengan kehendak kedua-dua parti berkenaan.

Semua itu berlaku kerana berdasarkan kepada pilihan raya umum 2008, Pas terlalu yakin kedudukan pembangkang kini semakin kukuh dan mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun Pas sama sekali tidak mahu memikirkan bagaimana dalam kerjasama itu parti lebih banyak ruginya daripada untung.

Malahan walaupun Pas turut berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang namun Pas tidak ada suara untuk menegakkan perjuangan berlandaskan Islam.

Ia kerana di kedua-dua negeri itu segala-galanya ditentukan oleh DAP manakala Pas hanya mengikut sahaja.

* Bersikap 'double standard' - Walaupun sebagai sebuah parti Islam, Pas sepatutnya menegaskan yang benar itu benar yang salah tetap salah, namun dalam banyak perkara Pas lebih banyak meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.

Ia jelas apabila Pas turut bermati-matian mempertahankan pemimpin-pemimpin pembangkang yang terlibat dalam masalah moral.

Biar pun bukti semakin jelas dan nyata namun demi kepentingan politik kekuasaan, Pas sanggup bersekongkol dan mengeluarkan pelbagai kenyataan demi mempertahankan golongan berkenaan.

* Membiarkan diri diperalat - Demi kepentingan politik kekuasaan juga, Pas sanggup diperalatkan oleh PKR dan DAP serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sehaluan dengan pembangkang.

Ia terbukti apabila Pas terlibat dalam demonstrasi haram bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Walaupun hakikatnya selama ini Pas sudah menang banyak kerusi termasuklah memerintah Kelantan sejak 21 tahun lalu, di Terengganu selama sepenggal dan kini di Kedah melalui satu pilihan raya yang telus dan adil, namun Pas tetap mahu bermain politik.

Justeru Pas bersedia berganding bahu dengan Pengerusi pertubuhan haram Bersih, Datuk S.Ambiga yang suatu dulu ditentang oleh parti itu kerana cuba menggugat kesucian agama Islam.

Tetapi Pas bersedia memaafkan Ambiga dengan menurunkan penyokong-penyokongnya ke jalanan. Jumlah penyokong Pas lebih ramai berbanding PKR dan DAP. Kedua-dua parti itu sememangnya bergantung kepada Pas sama ada dalam pilihan raya mahupun demonstrasi.

Demikianlah beberapa perkara berkaitan perjalanan politik Pas yang semakin aneh dari semasa ke semasa dan ia diketengahkan oleh kalangan mereka sendiri.

Sebagai kesimpulan fikir-fikirkanlah apa yang dicoretkan oleh seorang penyokong Pas dalam sebuah blog yang menyokong parti berkenaan.

Antara lain individu tersebut bertanya;

''Kenapa Pas dah lari daripada matlamat dan perjuangan yang asal? Mana matlamat nak membentuk sebuah negara Islam? Apa yang dah berlaku?

''Kenapa semuanya berubah bila bergabung dengan PKR? Adakah Islam digunakan sebagai alasan politik Pas semata-mata? DAP tetap dengan perjuangan mereka, perjuangan yg bertentangan dengan Pas, tetapi kenapa hingga hari ini Pas hanya tutup mata? Adakah ini semata-mata untuk meraih undi daripada kaum lain sehingga sanggup membelakangkan perjuangan asal… apa dah berlaku dalam Pas ni?

Terserahlah kepada pemimpin-pemimpin Pas menjawab persoalan ini, apa yang pasti pendekatan politik parti itu kini semakin merugikan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Malaysia bukan 'hak milik' individu!

Posted:

Malaysia bukan 'hak milik' individu!

Malaysia bukan 'hak milik' individu!

NOOR SULASTRY YURNI AHMAD
Pensyarah Kanan Sosiologi Politik Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya.

"KAMI akan tawan Putrajaya!", "Malaysia milik rakyat!" dan bermacam-macam lagi laungan serta pekikan yang kedengaran untuk menarik sokongan rakyat berpihak kepada kumpulan-kumpulan tertentu.

Perbincangan pada kali ini bukan sekadar menjurus mempersoalkan hak atau desakan sesetengah pihak yang mahu memiliki tampuk pemerintahan negara tetapi berkongsi penjelasan tentang kedudukan 'pemilikan' negara yang sepatutnya difahami semua pihak.

Malaysia merupakan sebuah aset yang paling berharga dan tidak boleh dimiliki dengan mengenakan bayaran tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi milik individu tertentu. Malaysia bukanlah 'barang' yang boleh diperdagangkan tetapi mempunyai nilai khazanah tidak ternilai yang terdiri daripada sekumpulan masyarakat yang bekerja keras dalam membentuk negara Malaysia seperti mana yang dapat dilihat pada hari ini.

Perebutan untuk mendapatkan Malaysia dalam arena politik terutamanya melalui sistem pilihan raya menonjolkan betapa rakusnya parti-parti politik berjuang atas pelbagai ideologi bagi meraih sokongan sehingga memperoleh kemenangan dalam pilihan raya tersebut.

Parti politik yang mendapatkan kemenangan dan membentuk sebuah kerajaan untuk memerintah harus mengambil kira konteks Malaysia dalam ruang lingkup yang lebih luas di mana pemilikan negara ini juga meliputi rakyat yang berlindung di dalam negara tersebut. Masyarakat tidak pernah terkecuali dalam proses ini kerana merekalah komuniti yang bertanggungjawab terhadap kemenangan itu.

Persoalannya, mengapa terdapat parti-parti politik tempatan yang sangat teruja dan rakus untuk menawan Putrajaya dan mahu mengekalkan kedudukan mereka di sana sedangkan pendekatan yang perlu diambil oleh parti politik ini adalah dengan bergerak secara agresif dan progresif dalam menambat hati penyokong dan bukan sahaja membuktikan bahawa mereka juga boleh menjadi pemerintah yang baik sekiranya Putrajaya menjadi milik mereka.

Contoh dan teladan yang baik dan efektif dari segi pengurusan pentadbiran dan politik perlu dibuktikan di setiap peringkat sama ada dalam kerajaan negeri, organisasi parti dan lain-lain.

Sebagai contoh, kerajaan negeri Kedah telah diminta supaya membenarkan premis hiburan untuk beroperasi pada bulan Ramadan adalah antara perkara yang signifikan dalam menjelaskan betapa serius dan tegas keputusan kerajaan negeri untuk menghadapi isu ini serta mengambil kira pandangan masyarakat di Kedah tentang perkara tersebut.

Khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal menjelang sedikit sebanyak memberi impak terhadap keterujaan parti-parti politik untuk mengasah strategi yang lebih mantap, memperkasakan jentera parti serta memastikan tampuk pemerintahan politik tempatan bakal membawa perubahan pada masa akan datang. Seringkali kes-kes berkaitan dengan jatuh bangun sesebuah kepimpinan parti itu akan dituding kepada individu-individu tertentu.

Kelemahan sesebuah parti politik itu bukan sekadar memberi kesan kepada struktur parti tetapi turut mengharungi masalah sama adalah ahli parti politik tersebut. Lihat apa yang berlaku kepada kebanyakan negara Timur Tengah seperti Mesir, Syria, Iran dan lain-lain, Afghanistan, Pakistan, Afrika juga menerima impak daripada pemerintahan yang tidak stabil sehingga membawa kepada masalah kepada semua pihak terutamanya rakyat.

Lihat betapa gembiranya rakyat Sudan yang menantikan kemerdekaan negara mereka setelah sekian lama berjuang ke arah pembebasan dan kesejahteraan sejagat. Iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa ini menjadikan masyarakat lebih matang, bersemangat kental dan lebih berdikari dalam menghadapi sebarang kemungkinan pada masa depan.

Setidak-tidaknya, Malaysia sudah lama merdeka dan pada hari ini kelihatan seolah-olah kepimpinan politik terumbang-ambing mencari hala tuju dengan desakan bagi memenuhi permintaan di sekelilingnya. Isyarat ini sangat 'bahaya' jika berada dalam keadaan yang tidak dapat diperbaiki sehingga membawa kepada mana-mana parti politik itu kepada era 'kegelapan'.

Inilah yang sangat digeruni dan perlu dijauhkan supaya rakyat tidak lagi tertipu dengan janji-janji manis akibat kegelojohan pihak-pihak tertentu yang terlalu mendambakan kuasa untuk menjadi pemerintah sehingga sanggup menggelapkan mata dengan kuasa rakyat yang diberikan.

Niat perlulah diperbetulkan kerana kemenangan pasti akan berpihak kepada pihak yang menegakkan kebenaran tetapi bukan kepada yang sentiasa memesongkan perkara yang sebenar.

Dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semakin mencabar dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam memastikan keadilan dan ketelusan dipelihara dalam proses pilihan raya, sudah semestinya kepercayaan daripada semua pihak perlu diberikan kepada suruhanjaya itu. Kerjasama SPR dengan parti politik yang bertanding dalam setiap pilihan raya akan menjanjikan kemenangan, keadilan dan ketelusan yang dituntut oleh semua pihak.

Walaupun BERSIH 2.0 mempertikaikan tentang pilihan raya yang adil, SPR sentiasa bersedia untuk membuka pintu kepada perbincangan. Tidak timbul lagi isu siapa benar dan siapa salah, sikap salah-menyalahkan satu sama lain perlu dihentikan dan tidak lagi dimomokkan dengan cerita dongeng yang sentiasa berusaha merencatkan perjalanan demokrasi negara.

Sekiranya keadilan, ketelusan, perjuangan hak asasi manusia yang dilaungkan atas nama demokrasi sebenar selama ini, memperbetulkan kiblat dan perjalanan masing-masing dan jangan terlalu asyik dibuai dengan kesalahan pihak lain yang tidak membawa kepada sesuatu yang pasti.

Bukan mudah hendak membeli nilai harga setiap pengundi itu kerana mereka tidak lagi boleh dirasuah, dimomokkan dengan mitos, ditipu sehinggalah dibutakan mata sekalipun mereka tetap tidak akan memilih parti yang hala tujunya songsang dan beranggapan bahawa Malaysia hanya milik sesebuah parti politik sahaja.

Malaysia adalah milik bersama yang diperolehi hasil daripada keringat perjuangan semua kaum membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah yang tamak dan akhirnya dinakhodai oleh barisan kepimpinan politik yang diamanahkan oleh rakyat bagi menjamin kesejahteraan bersama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved