Khamis, 21 Julai 2011

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Permohonan Utusan batal pembelaan Teresa didengar 17 Ogos

Posted:

Permohonan Utusan batal pembelaan Teresa didengar 17 Ogos

Permohonan Utusan batal pembelaan Teresa didengar 17 Ogos

KUALA LUMPUR 21 Julai - Permohonan Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) untuk membatalkan pembelaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam kes saman fitnah syarikat akhbar tersebut terhadapnya, ditangguhkan sehingga 17 Ogos ini oleh Mahkamah Tinggi di sini.

UMMB menyaman Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP itu kerana mendakwa akhbar Utusan Malaysia telah 'memutar-belitkan' pernyataan beliau mengenai makanan yang disajikan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Permohonan yang dijadualkan didengar hari ini ditangguhkan oleh Hakim Datuk John Louis O'hara ketika kes itu disebut di kamar beliau.

Peguam Sangeet Kaur yang mewakili Teresa memberitahu pemberita, hakim itu membenarkan penangguhan setelah peguam Sarah Abishegam memaklumkan bahawa peguam utama, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mengendalikan kes lain di Mahkamah Rayuan.

Pada 27 Februari 2009, UMMB selaku plaintif telah menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan kepada Teresa atau nama penuhnya Teresa Kok Suh Sim, 47, kerana didakwa mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap plaintif tersebut.

Ia ekoran dakwaan Teresa bahawa Utusan Malaysia telah 'memutar-belitkan' pernyataan-pernyataan beliau mengenai makanan yang disajikan ketika berada dalam tahanan mengikut Seksyen 73(1) ISA setelah disyaki memudaratkan keselamatan negara pada 2008.

Plaintif dalam pernyataan tuntutannya berkata, pernyataan-pernyataan fitnah Teresa itu dibuat pada 22 September 2008 dan ia telah diterbitkan oleh pihak media tempatan serta blog beliau sendiri.

UMMB antara lain menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel-artikel, perkataan, petikan atau komen yang berunsur fitnah daripada laman blog dan laman web tersebut selain perintah injunksi, ganti rugi am, khas, tambahan dan punitif.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pekerja kilang mengaku buang bayi

Posted:

Pekerja kilang mengaku buang bayi

Pekerja kilang mengaku buang bayi

KOTA TINGGI 21 Julai – Seorang pekerja kilang berusia 23 tahun mengaku membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan di belakang rumahnya di Ladang Teluk Sengat di sini, pada 18 Julai lalu.

Wanita yang mengalami kecacatan di kaki sejak lahir itu turut mengaku bayi tersebut merupakan bayi kedua yang dilahirkannya dan bayi pertama yang dilahirkan sebelum ini hasil hubungan dengan lelaki Indonesia telah diserahkan kepada orang lain.

Wanita terbabit yang ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Kota Tinggi mengakui bayi tersebut dilahirkan pada pukul 12.30 tengah malam di dalam biliknya.

"Ibu bapa tidak sedar saya mengandung kerana saya akan keluar rumah seawal pukul 5 pagi dan pulang pukul 8 malam untuk bekerja. Tambahan pula saya memakai baju yang besar untuk mengelakkan daripada dikesan oleh mereka," katanya.

Katanya, bayi itu hasil hubungannya dengan seorang lelaki Nepal yang bekerja di kilang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan wanita tersebut direman selama empat hari hingga Ahad ini untuk membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved