Khamis, 21 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Terengganu lipat ganda usaha jadi negeri maju

Posted:

Terengganu lipat ganda usaha jadi negeri maju

Terengganu lipat ganda usaha jadi negeri maju


Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan menganugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Terengganu kepada Yahya Khatib Mohamad di Istana Maziah, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 20 Julai - Kerajaan negeri akan melipatgandakan usaha menjana pertumbuhan ekonomi Terengganu ke arah menjadikannya sebuah negeri maju menjelang 2020.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, usaha itu merupakan komitmen kerajaan negeri sebagai pemangkin pembangunan untuk merakyatkan pentadbiran dan pembangunan di negeri itu.

Bagi tujuan itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada penggunaan sumber yang cekap dalam sektor yang mempunyai daya saing.

Menurutnya, pada tahun ini pertumbuhan ekonomi negeri dijangka berkembang antara enam hingga 6.5 peratus berbanding 5.5 peratus tahun lalu.

Dari segi kemasukan pelabur pula, jelas beliau, dari Januari hingga April tahun ini, jumlah pelaburan yang diluluskan adalah RM1.11 bilion yang menyediakan 1,843 peluang pekerjaan.

"Tahun ini dijangka RM3.5 bilion jumlah pelaburan diterima oleh Terengganu. Jumlah pelaburan yang diluluskan di negeri ini tahun lalu adalah RM2.35 bilion," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Istiadat Penghadapan dan Pengurniaan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Terengganu Ke-49 di Istana Maziah di sini hari ini.

Istiadat pengurniaan itu disempurnakan oleh Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ahmad seterusnya berkata, kerajaan negeri juga komited untuk meningkatkan punca pendapatan isi rumah menerusi program bina pendapatan dan bina upaya di kalangan rakyat Terengganu.

Beliau memberitahu, agenda utama kerajaan negeri adalah untuk memastikan kesejahteraan serta kualiti kehidupan rakyat dan menerusi pendekatan serta strategi yang dilaksanakan, ia mampu memberi impak kepada golongan itu keluar daripada garis kemiskinan.

Dalam pada itu, seramai 259 menerima anugerah bintang dan pingat kebesaran pada istiadat yang berlangsung dalam dua sesi iaitu hari ini dan esok.

Anugerah kebesaran yang diterima antaranya Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu (SPMT), Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (DSMZ), Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT), Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZ), Setia Mahkota Terengganu (SMT), Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (AMZ) dan Ahli Mahkota Terengganu (AMT).

Penerima anugerah DPMT yang membawa gelaran Datuk termasuk tiga Exco kerajaan negeri iaitu Yahya Khatib Mohamad (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita), Datuk Abdul Rahin Mohd. Said (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) dan Toh Chin Yaw (Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Teman mula operasi hari ini

Posted:

Teman mula operasi hari ini

Teman mula operasi hari ini

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 20 Julai - Terminal Agribisnes Negara (Teman) di sini yang dibina dengan kos lebih RM100 juta akan mula beroperasi esok dengan menawarkan pelbagai barang segar dan runcit kepada orang ramai.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Wilayah Timur 1, Mohd. Ariffin Awang berkata, Teman menyediakan lebih 250 gerai bagi pilihan kepada pemborong, peruncit dan pengguna mendapatkan pelbagai barang keperluan pada harga berpatutan di bawah satu bumbung.

Beliau berkata, kewujudan Teman pemangkin kepada sistem penggredan dan pengagihan terbaik barangan keperluan pengguna di negeri ini.

"Kita nak (Teman) jadi tumpuan kepada pemain-pemain pertanian dan industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini. Ia bukan pasar borong biasa kerana banyak aktiviti terdapat di sini," katanya di sini, semalam.

Menurut Mohd. Ariffin, Teman yang dibina di kawasan seluas lebih 21 hektar itu akan memberi manfaat besar kepada rakyat dalam mendapatkan apa sahaja barangan keperluan termasuk ternakan.

Beliau berkata, Teman mula dibuka seawal pukul 3 pagi membabitkan aktiviti pemborongan sayur-sayuran dan barangan basah diikuti barangan kelas pertengahan bermula pukul 6 pagi serta peruncitan antara pukul 2 hingga 4 petang selain pasar tani mega pada setiap hari Sabtu.

"Kita juga merancang mengadakan up-town, namun ia masih dalam proses mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa," katanya.

Mohd. Ariffin yakin Teman mampu menarik kedatangan pengunjung walaupun berdepan persaingan daripada pasar-pasar borong lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kompaun RM500 guna tisu tandas di kedai makan

Posted:

Kompaun RM500 guna tisu tandas di kedai makan

Kompaun RM500 guna tisu tandas di kedai makan


Takiyuddin Hassan menunjukkan notis yang dikeluarkan kepada peniaga makanan di Kota Bharu agar tidak memulakan operasi menjual makanan sebelum pukul 3 petang sepanjang bulan Ramadan.


KOTA BHARU 20 Julai - Peniaga makanan di bandar ini diberi amaran agar tidak lagi menggunakan tisu tandas atau tisu gulung dalam premis mereka jika tidak mahu dikenakan kompaun sehingga RM500.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penggunaan tisu tandas di kaunter dan meja restoran adalah tidak patut kerana imejnya berkait dengan sesuatu yang kotor.

Beliau berkata, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) akan melipat gandakan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga tidak melanggar peruntukan di bawah Undang-undang Kecil Establishment Makanan 1996.

"Kalau kita perhatikan di negeri lain, kebanyakan peniaga sudah tidak lagi menyediakan tisu tandas untuk kegunaan pelanggan mengelap tangan dan mulut selepas makan.

"Tetapi di negeri ini, masih ada lagi peniaga yang tidak ambil kisah, tisu tandas sepatutnya digunakan dalam tandas sahaja manakala bagi kemudahan mengelap, peniaga sepatutnya menggunakan tisu keping lembut yang lebih sesuai.

"Penggunaan tisu tandas di tempat makan adalah sangat tidak bersih, perkara ini lebih memalukan apabila pengunjung luar dan pelancong yang datang ke negeri ini mendapati kita masih lagi dengan amalan sama," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Program Ihya' Ramadan di sini hari ini.

Takiyuddin berkata, jika penggunaan tisu bersesuaian membebankan peniaga dari sudut kos, mereka boleh memotongnya lebih kecil sebagai langkah penjimatan daripada terus berdegil mengunakan tisu tandas.

Beliau berkata, walaupun notis mengenai larangan itu sudah lama dikeluarkan kepada peniaga, belum ada lagi peniaga yang didenda setakat ini bagi memberi peluang kepada mereka supaya berubah.

Takiyuddin turut mengingatkan agar semua peniaga makanan mematuhi peraturan tidak menjual makanan sebelum pukul 3 petang sepanjang bulan Ramadan ini.

Peraturan itu, katanya, meliputi pengusaha restoran makanan segera yang beroperasi di luar kompleks beli-belah melainkan jika mereka sudah mendapat kebenaran bertulis daripada MPKB-BRI.

Pada Ramadan tahun lalu, jelasnya, hampir 10 peniaga dikompaun oleh MPKB-BRI atas kesalahan menjual makanan sebelum waktu operasi dibenarkan.

Bagi pengusaha restoran Cina pula, katanya, walaupun tiada halangan untuk mereka beroperasi seperti biasa, tindakan akan tetap dikenakan sekiranya mereka bersubahat menjual makanan kepada penganut Islam yang tidak berpuasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved