Khamis, 21 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Nelayan disaran tubuh koperasi

Posted:

Nelayan disaran tubuh koperasi

Nelayan disaran tubuh koperasi

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpulaupinang@utusan.com.my


Ahmad Ibnihajar (kanan) memberi sumbangan sara hidup kepada salah seorang nelayan di Teluk Bahang, Pulau Pinang, kelmarin.


TELUK BAHANG 20 Julai - Nelayan disaran menubuhkan koperasi bagi menjana ekonomi mereka supaya tidak terlalu bergantung kepada hasil tangkapan laut sebagai sumber pendapatan.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Tanjung, Datuk Ahmad Ibnihajar berkata, melalui koperasi, golongan tersebut boleh memulakan perniagaan seperti membuka restoran sebagai pendapatan tambahan.

Menurutnya, mereka boleh mencontohi nelayan di luar negara yang mempunyai perniagaan sendiri selain menangkap ikan.

"Sebagai contoh Restoran Pen Mutiara di Batu Maung yang diusahakan oleh para nelayan kini semakin maju dan membawa keuntungan besar kepada mereka," katanya selepas menyampaikan elaun sara hidup kepada nelayan di sini semalam.

Seramai 559 nelayan dari kawasan Teluk Bahang menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM200 setiap seorang.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Raja Khalid Raja Arifin berkata, kerajaan Persekutuan membelanjakan kira-kira RM4.8 juta bagi bantuan sara hidup untuk diagihkan kepada kira-kira 4,500 nelayan di Pulau Pinang bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Tambahnya, di samping bantuan elaun sara hidup, kerajaan Barisan Nasional (BN) turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti kemudahan infrastruktur, subsidi diesel, insentif pengisytiharan hasil tangkapan dan peralatan moden.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NCIA laksana konsep Estet Padi bantu petani

Posted:

NCIA laksana konsep Estet Padi bantu petani

NCIA laksana konsep Estet Padi bantu petani

SUNGAI PETANI 20 Julai - Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan melaksanakan konsep pengurusan Estet Padi kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bermula tahun ini.

Naib Presiden Pejabat Ketua Eksekutif NCIA, Farid Wajidi berkata, buat permulaan tiga syarikat swasta dipilih untuk melaksanakan projek perintis di kawasan seluas 150 hektar di Batu Kurau, Perak dalam tempoh terdekat ini.

"Konsep Estet Padi diilhamkan kerajaan untuk membantu petani meningkatkan hasil pengeluaran padi dan menambah pendapatan penduduk setempat.

"Melalui cara ini, petani diberi peluang bekerjasama dengan syarikat swasta untuk terlibat dalam penanaman padi secara sistematik dan terurus," katanya selepas majlis penyerahan stor baja dan forklift sumbangan NCIA kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok dekat sini baru-baru ini.

Menurut Farid, bagi memantapkan lagi pelaksanaan projek, pihaknya akan menyediakan alternatif untuk membantu petani melalui skim penyewaan tanah bersama syarikat swasta.

"Di bawah sistem ini, pengagihan keuntungan akan dibuat secara bersama kepada petani sementara hasil yang diperoleh akan dijual kepada syarikat swasta yang dipilih," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap konsep tersebut dapat diterima baik oleh petani memandangkan ia dijangka mengeluarkan padi sebanyak 10 tan metrik sehektar semusim.

"Kita sasarkan dapat keluarkan padi sebanyak 10 tan metrik berbanding kini hanya tiga tan sehektar. Konsep ini akan diperluaskan ke seluruh kawasan NCER secara berperingkat kelak," katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, stor yang disumbangkan NCIA kepada PPK Merbok itu dapat menampung 8,000 kampit baja semusim.

NCIA telah membelanjakan hampir RM3 juta untuk membina sembilan stor penyimpanan baja kepada PPK di wilayah utara.

Selain Merbok, turut mendapat stor baja adalah PPK Selinsing, Beseri, Selama, Changlun, Naka, Kuala Muda Selatan, Asun dan Seberang Perai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk mahu lampu isyarat dipasang

Posted:

Penduduk mahu lampu isyarat dipasang

Penduduk mahu lampu isyarat dipasang


Keadaan persimpangan di pekan Alor Pongsu, Bagan Serai, semalam yang sentiasa sibuk dengan kenderaan kerana tiada lampu isyarat .


BAGAN SERAI 20 Julai - Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa memasang lampu isyarat di persimpangan utama pekan Alor Pongsu dekat sini untuk kemudahan dan keselamatan penduduk daerah itu.

Beberapa penduduk yang ditemui Utusan Malaysia memberitahu, ketiadaan lampu isyarat bukan sahaja menyebabkan laluan utama menghubungkan daerah ini dengan Selama sesak, tetapi mendedahkan pelajar yang banyak menaiki basikal kepada bahaya.

Ketua Kampung Parit Lebai Kadir, Shariff Mat, 60, berkata, kesesakan yang kerap berlaku pada waktu puncak semakin buruk kerana pertambahan penduduk berikutan pembukaan taman-taman perumahan baru.

"Yang paling membimbangkan kami ialah pelajar-pelajar yang menaiki basikal terpaksa berkongsi kemudahan itu dengan lori-lori besar serta treler," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, selain beberapa kampung dan taman perumahan, kawasan sekitar persimpangan itu turut menempatkan tiga buah sekolah dan pejabat-pejabat kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Pongsu Permai, Hashim Harun, 58, berkata, permohonan memasang lampu isyarat sudah lama dikemukakan kepada pihak berkuasa tetapi sehingga kini masih belum mendapat reaksi daripada pihak berkenaan.

Katanya, permohonan tersebut wajar diutamakan kerana ia membabitkan laluan utama yang menghubungkan daerah Bagan Serai dan Selama.

"Keadaan jalan yang sempit memburukkan lagi keadaan, lebih-lebih lagi ia menjadi laluan kepada lori-lori besar. Pada tahun ini sudah berlaku empat kali kemalangan kecil kerana ketiadaan lampu isyarat," katanya.

Seorang penduduk, Ahmaddon Omar, 67, berkata, status Alor Pongsu sebagai daerah kecil tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk melewatkan pemasangan lampu isyarat berkenaan.

"Walaupun ia hanya pekan kecil tetapi ia sudah berkembang pesat," ujarnya.

Beliau menambah, selain tiada lampu isyarat, jalan berkenaan juga tidak dipasang lampu awam, garisan kuning dan papan tanda keselamatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved