Khamis, 21 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Apartmen retak, mendap

Posted:

Apartmen retak, mendap

Apartmen retak, mendap

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


P. Mathivanan (kiri) dan Jumari Jailani menunjukkan retakan yang berlaku pada dinding bangunan akibat pemendapan tanah yang berlaku. - utusan/Wahidin Salim


PETALING JAYA 21 Julai - Lebih 5,000 penghuni Blok I Apartmen Petaling Perdana, di sini, terus diselubungi kebimbangan dengan kejadian tanah mendap yang semakin memburuk dan melibatkan tapak bangunan mereka di Jalan PJS1/21, Jalan Klang Lama.

Menurut penduduk, mendapan tersebut sudah hampir dua tahun berlaku, tetapi semakin teruk sejak akhir-akhir ini kerana tiada sebarang usaha dilakukan pihak bertanggungjawab.

Mereka juga tidak tahu kepada siapa harus diadukan masalah tersebut kerana pihak pemaju iaitu Peter Brickwood Sdn. Bhd. dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menuding jari antara satu sama lain.

Penduduk turut mendakwa tidak mengetahui status sebenar sama ada Badan Pengurusan Bersama (JMB) sudah ditubuhkan atau sebaliknya di situ.

Seorang penduduk, P. Mathivanan, 48, berkata, mendapan sedalam hampir setengah meter dan sepanjang 10 meter itu terus berlaku mengakibatkan laluan jalan kaki serta dinding luar turut retak dan pecah.

Menurutnya, pada awalnya, cuma rekahan kecil dikesan berlaku ke atas laluan pejalan kaki bangunan, tetapi kini rekahan besar mulai merebak ke bahagian tepi bangunan betul-betul bersebelahan longkang.

"Bahagian yang menjadi penahan bangunan ini juga runtuh dan setiap kali hujan, air mengalir deras dan melimpah masuk ke longkang," ujarnya ketika ditemui.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebimbangan penduduk terhadap keselamatan mereka berasas.

Selain dapat melihat beberapa runtuhan, rekahan kecil sedalam hampir satu meter panjang dikesan di dinding bangunan.

Laluan masuk di situ juga didapati beralih daripada kedudukan asal. Apartmen yang mempunyai 11 Blok itu mula didiami sejak lima tahun lalu oleh penduduk yang kebanyakannya berpindah dari kawasan setinggan berhampiran.

Seorang lagi penduduk, Jumari Jailani, 59, berkata, sekiranya perkara itu tidak diselesaikan segera, dia tidak menolak kemungkinan perkara buruk menimpa mereka.

Katanya, apa yang diharapkan pihak bertanggungjawab dapat turun padang dan melihat sendiri keadaan di situ.

Sementara itu, wakil pemaju ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sudah tidak lagi bertanggungjawab terhadap kediaman tersebut dan telah menyerahkan kepada MBPJ sepenuhnya sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, jurucakap MBPJ yang dihubungi pula memaklumkan, pihaknya akan memberikan ulasan mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kesesakan diatasi 12 bulan lagi

Posted:

Kesesakan diatasi 12 bulan lagi

Kesesakan diatasi 12 bulan lagi

Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM
kota@utusan.com.my

PETALING JAYA 21 Julai – Masalah kesesakan trafik di Persimpangan Bertingkat Kewajipan berhampiran Lebuhraya Kesas di sini dijangka selesai pada Disember tahun depan.

Ia hasil kerjasama kerajaan bersama syarikat pemaju hartanah, Sunway Group yang bersetuju untuk menaik taraf persimpangan berkenaan dengan kos keseluruhan sebanyak RM62 juta.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Sunway Group akan mengeluarkan belanja sebanyak RM40 juta untuk kerja-kerja pembinaan jambatan bertingkat berhampiran persimpangan berkenaan manakala kerajaan akan mengeluarkan belanja sebanyak RM22 juta untuk menyediakan lorong pusingan U.

Katanya, projek pembinaan jambatan berkenaan yang memakan masa 12 bulan telah dimulakan Jumaat lalu dan dijangka siap pada 14 Julai tahun depan.

"Saya telah menerima aduan terutamanya pada waktu pagi, berlaku kesesakan di Lebuhraya Kesas sehingga tiga atau empat kilometer pada waktu pagi dan petang.

"Jumlah trafik yang melalui jalan ini (Persiaran Bertingkat Kewajipan) pada waktu puncak iaitu pukul 7 hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 7 malam adalah sekitar 18,000 kenderaan untuk satu masa. Ini satu jumlah trafik yang terlalu besar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persimpangan berkenaan di sini hari ini.

Terdahulu, Shaziman diberi penerangan mengenai cadangan menaik taraf persimpangan berkenaan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Mohd. Salleh.

Beliau berkata, pihaknya turut merancang untuk menaik taraf lampu isyarat dari empat fasa kepada tiga fasa dan melebarkan lorong di kawasan tersebut sejajar dengan pembangunan kawasan sekitar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PPIM bantu 200 pembeli rumah

Posted:

PPIM bantu 200 pembeli rumah

PPIM bantu 200 pembeli rumah


Mohd. Mustafa Hamzah (tengah) menjelaskan mengenai masalah yang menimpa pembeli asal unit Kondominium Mas Kiara dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR 21 Julai - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertindak tegas terhadap pemaju Kondominium Mas Kiara, di Sungai Penchala di sini yang telah menganiayai kira-kira 200 pembeli.

Ini apabila pemaju berkenaan, Intan Permata Properties Sdn. Bhd. (IPPSB) didakwa menjual semula rumah yang dibeli mereka pada 1995.

Pegawai Kerja PPIM, Mohd. Mustafa Hamzah berkata, kebanyakan daripada pembeli telah menjelaskan pembayaran sebanyak 70 peratus kepada pihak bank.

"Projek yang dimulakan pada 1995 oleh Pinggir Kiara Sdn. Bhd. kemudiannya terbengkalai dan pada 2003, ia diambil alih oleh pemaju sekarang iaitu IPPSB.

"Bagaimanapun, IPPSB telah menafikan hak pembeli lama dan menjualnya semula atas alasan pembayaran yang dibuat kepada pemaju lama tidak sah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Pelakon terkenal, Syaniza Hisham atau Syanie yang turut menjadi mangsa kepada pemaju terbabit berkata, pihak IPPSB tidak mempedulikan nasib pembeli asal yang telah teraniaya semenjak 15 tahun lalu.

"Ketika dibeli pada 1995, kondominium itu berharga kira-kira RM170,000 dan dijanjikan siap oleh pemaju asal pada 1999, namun ia terbengkalai dan bertukar pemaju sebelum dijual semula ketika ini pada harga antara RM350,000 hingga RM400,000.

"Pihak IPPSB boleh mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menafikan hak kami dan menjualnya semula," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syanie turut meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pihak bank yang langsung tidak mengambil tahu masalah pembeli.

"Pihak bank enggan mengambil tahu masalah kami dan terus menuntut bayaran ansuran kondominium terbabit sehingga ke hari ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved