Ahad, 27 Oktober 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


RM50 juta kepada sekolah agama bukti kerajaan prihatin

Posted: 27 Oct 2013 02:38 AM PDT

YAN 27 Okt. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan RM50 juta untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam Bajet 2014 membuktikan keprihatinan kerajaan untuk membangunkan dan memajukan sekolah berkenaan.

Beliau berkata, sekolah agama khususnya SAR banyak terdapat di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

"Di Kedah, kita ada sekurang-kurangnya 12 buah SAR yang bukan di bawah SABK yang merupakan sekolah arus perdana, dan masih lagi berada pada tahap yang berbeza di sudut skim guru, bantuan, peralatan dan kemudahan asas yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Waris Murid-murid Sekolah Pelaksanaan Program J-Qaf, di sini hari ini.

Mengenai program J-Qaf (Jawi, Al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain), Jamil Khir berkata, program itu telah berjaya memberikan impak kepada pelajar, bukan sahaja dari segi pemahaman dalam aspek Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain malah aktiviti kokurikulum.

Beliau berkata, program J-Qaf juga menjadi nilai tambah kepada pelajar untuk menguasai pelbagai bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. - BERNAMA

Lagi

Posted: 27 Oct 2013 01:22 AM PDT

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KERATAN artikel permohonan maaf The Malaysian Insider kepada Khazanah Nasional Berhad yang disiarkan portal berita itu hari ini.

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Portal berita propembangkang, The Malaysian Insider hari ini memohon maaf kepada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atas penyiaran berita tidak benar mengenai syarikat milik kerajaan (GLC) itu pada Khamis lalu.

Dalam permohonan maaf yang disiarkan menerusi portal itu,The Malaysian Insider berkata:

"The Malaysian Insider ingin meminta maaf kepada Khazanah Nasional Berhad berhubung artikel Parliament's bipartisan oversight panel probes Khazanah's costly ventures dan PAC siasat perbelanjaan melampau Khazanah yang disiarkan tanpa verifikasi Khazanah Nasional Berhad pada 24 Oktober 2013, dalam portal berita itu.

"Ia melaporkan bahawa Ketua Audit Negara telah menghantar surat kepada Khazanah Nasional Berhad berkaitan operasi dan pelaburannya.

"Ini adalah tidak benar dan The Malaysian Insider memohon maaf atas kesilapan itu."

Pada 19 Oktober lalu, The Malaysian Insider menyiarkan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berikutan artikel yang tidak benar, mendakwa calon Naib Presiden UMNO itu terlibat politik wang. - UTUSAN ONLINE

Hepatitis B, C terkawal di Kelantan

Posted: 27 Oct 2013 12:43 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT 27 Okt. - Penyakit Hepatitis B dan C di negeri ini berada pada tahap terkawal meskipun terdapat peningkatan dalam tempoh tiga tahun bermula 2011 hingga Oktober lalu.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kelantan, Dr. Wan Mansor Hamzah berkata, pihaknya tetap memandang serius perkara tersebut dan akan mempergiatkan kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai bahaya penyakit berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan rekod Hepatitis C mencatatkan kadar peningkatan lebih tinggi iaitu sebanyak 46 kes pada tahun 2011 kepada 130 kes (2012) dan 171 kes sehingga 20 Oktober lalu.

"Kebanyakkan mereka yang menghidap penyakit ini terdiri daripada golongan berusia 30 tahun ke atas dan hanya empat kes sahaja melibatkan individu yang lahir selepas tahun 1989 apabila kerajaan memperkenalkan Program Pelalian Hepatitis B.

"Sementara itu, penyakit Hepatitis B turut menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun iaitu bermula 87 kes (2011) kemudiannya bertambah kepada 92 kes (2012) dan 166 kes bermula Januari sehingga 20 Oktober ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hepatitis Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2013 di Klinik Kesihatan Bandar Tumpat, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved