Ahad, 2 Oktober 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Tudung hasil kreativiti lelaki

Posted:

Tudung hasil kreativiti lelaki

Tudung hasil kreativiti lelaki

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto ZULKARNAIN MOHD SAIDIN

KEHADIRAN beberapa pereka dan jenama yang mengetengahkan tudung sebagai fesyen utama berjaya mengangkat martabat rekaan tudung.

JNR misalnya, cuba membawa penggemar fesyen menyelami keindahan busana ini.

Uniknya, koleksi JNR dihasilkan melalui sentuhan pemiliknya.

Beliau menjahit, memilih dan menggabungkan rekaan mengikut cita rasa dan permintaan orang ramai.

Itulah keunikan tangan kreatif milik Jasni Termizi Abdullah. Lelaki ini sanggup melepaskan kerjaya lamanya sebagai Pengurus Projek Pembinaan semata-mata kerana mahu membuka sebuah butik tudung eksklusif.

Biar pun bukan tudung hanya untuk wanita, namun ia tidak mengehadkan kreativiti lelaki ini didorong minat serta potensi perniagaan tudung yang menguntungkan.

Kemahiran

Mendapat sokongan daripada isteri tercinta, Ruzaihah Abdullah, Jasni menjalankan perniagaan tudung di Taman Prima Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.

Menjahit tudung sendiri boleh dikatakan sesuatu yang baru berbanding kemahiran berasaskan jahitan manik dan sulaman.

Kebetulan, Jasni yang menemani isterinya mengikuti bengkel menjahit tudung secara tidak sengaja cuba menjahit dan menyiapkan sehelai tudung. Hasilnya lebih cantik dan kemas daripada hasil jahitan si isteri.

"Saya kemudian terfikir, dengan kemahiran menjahit tudung , kami bukan sahaja dapat menyediakan tudung untuk diri sendiri tetapi boleh dijual. Mulanya saya tidak bersedia berniaga secara besar-besaran dan semuanya saya lakukan sendiri di rumah.

"Melihat harga pasaran tudung berjenama agak mahal di pasaran, saya terfikir untuk menghasilkan jenama sendiri gabungan nama saya, Jasni dan isteri, Rozie (JNR). Dengan adanya butik sendiri, saya boleh menyediakan menjahit sendiri tudung eksklusif dan menjualnya dengan harga berpatutan," ujar Jasni.

Sambil tangannya menyusun kain-kain yang akan dijahit untuk tudung siap pakai, beliau bersyukur kerana kemahiran yang dimilikinya itu dapat membantu pendapatan keluarga.

Menceritakan pengalaman awalnya terlibat dengan perniagaan ini, Jasni memberitahu dia pernah ditipu oleh peniaga lain yang mahu mengaut untung lebih.

"Ada yang mahu menjadi pengedar koleksi kami tetapi harga yang ditawarkan terlalu rendah. Tanpa pulangan untung, kami bersetuju kerana mahu mempromosikan JNR. Atas nasihat kawan-kawan, saya mengambil keputusan menjual sendiri tudung ini," jelasnya yang mengalu-alukan orang ramai yang berminat menjadi pengedar tudung JDR.

Pada awalnya, pelanggan JNR terhad kepada kenalan dan keluarga terdekat. Selepas mengikuti satu ekspo jualan semasa Ramadan di Shah Alam, Selangor, JNR semakin dikenali dan mendapat sambutan.

Berbeza dengan jenama lain, Jasni mengutamakan permintaan pelanggan. Sekiranya anda membeli tudung di JNR, anda boleh mengubah suai saiz kepala tudung serta merta.

Selain itu, pelanggan boleh memilih suai padan fabrik dan warna mengikut cita rasa masing-masing kerana semuanya sudah tersedia ada di butiknya.

"Kami menyediakan pelbagai saiz termasuk S, M, L dan XL tetapi permintaan pelanggan kadang-kadang berbeza. Mereka boleh memilih ukuran, warna dan fabrik di butik kami kerana kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami," katanya yang baru setahun menceburi perniagaan ini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved