Ahad, 2 Oktober 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


BN terus dukung prinsip permuafakatan

Posted:

BN terus dukung prinsip permuafakatan

BN terus dukung prinsip permuafakatan


Sebahagian daripada para perwakilan memberi tepukan gemuruh kepada ucapan perasmian oleh Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung MCA Ke-58 di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 2 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan terus mendukung prinsip permuafakatan politik antara kaum demi memastikan negara berupaya memelihara keadilan sosial di semua peringkat masyarakat.

Justeru Perdana Menteri menegaskan, kesemua parti BN harus bersedia melakukan perubahan dalam pelbagai aspek selari dengan peredaran masa supaya ia merangkumi keperluan setiap lapisan rakyat seterusnya kekal relevan.

Di samping itu katanya, parti-parti komponen BN juga harus bersedia mengakui segala kesilapan yang dilakukan dan segera membetulkannya

"Apabila anda takut untuk berubah mengikut masa, anda semua menjadi tidak relevan sebagai sebuah parti politik," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-58 di sini hari ini.

Najib merangkap Pengerusi BN dan Presiden UMNO menambah, perubahan yang dimaksudkan termasuk kesediaan menggugurkan calon masing-masing di kerusi tradisi demi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Oleh itu katanya, kesemua parti komponen diwajibkan menyokong penuh calon yang terpilih nanti sungguhpun individu itu bertanding di kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh parti komponen BN lain.

"Jangan pula kata 'dia bukan calon kita, dia parti lain'. Kita tidak boleh ada (pemikiran) sebegini kalau kita mahu pertahankan Putrajaya," ujarnya.

Justeru beliau menegaskan, kesediaan dan keharmonian di antara parti BN harus dimulakan dengan perpaduan dalam MCA dahulu untuk muncul sebagai sebuah parti terbesar yang mendukung aspirasi masyarakat Cina.

"Saya telah menyatakan dan ingin tegaskan sekali lagi, saya ingin melihat MCA yang padu dan kuat. Apa gunanya kepada BN kalau MCA berpecah belah, ada pasukan A, ada pasukan B dan kemudian ada pasukan C," katanya.

Perlu nyatakan pendirian - TPM

Posted:

Perlu nyatakan pendirian - TPM

Perlu nyatakan pendirian - TPM

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Setiap parti dalam pakatan pembangkang perlu menyatakan pendirian rasmi masing-masing berhubung pelaksanaan hukum hudud yang terus dibangkitkan Pas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penjelasan itu penting kepada umat Islam dan bukan Islam yang ingin tahu pendirian sebenar parti-parti terlibat walaupun Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang Rabu lalu memutuskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan.

Katanya, kegagalan parti-parti dalam pakatan pembangkang menjelaskan pendirian masing-masing berhubung isu hudud menunjukkan mereka mempunyai niat untuk menipu rakyat.

"Rakyat diletak dalam keadaan yang boleh dikatakan tidak menentu dan mereka mungkin dikelirukan berhubung tindakan pembangkang yang berdolak-dalik dalam isu hudud ini.

"Justeru kita mahu satu pendirian rasmi dan penjelasan daripada pakatan pembangkang dalam isu hudud. Adakah ia akan dibuat di Kelantan atau seluruh negara atau ia hanya untuk orang Islam? Sekiranya ia dilaksanakan, apakah mereka akan menyokong tindakan itu atau sebaliknya," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Bersama Program dan Permainan untuk Ketua-Ketua Sektor Awam Malaysia dan Singapura 2011 di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tiong Hiang bahawa beliau ada menerima tawaran oleh pihak yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya keluar daripada DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas akan disiasat.

Ditanya sama ada beliau sedar akan dakwaan Tiong Hiang itu, Muhyiddin berkata, beliau tidak mengetahui akan laporan berkenaan.

"Dalam politik, kadang-kadang kita jumpa rakan-rakan kita termasuk pembangkang di Parlimen. Kita bergurau dengan mereka dan mereka akan memberi reaksi secara spontan. Saya tidak tahu setakat mana seriusnya tuduhan wakil rakyat itu. Kita akan siasat," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin mengingatkan rakyat khasnya ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mudah melenting dan buruk sangka akan tujuan perjumpaan pihak-pihak tertentu yang berkemungkinan atas dasar untuk kebaikan bersama.

"Kalau ada perkara tertentu yang rahsia, siapa yang boleh tahu. Kalau mereka bincang hal-hal tertentu, apakah hak kita untuk menuntut supaya mereka beritahu topik perbincangannya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved