Ahad, 2 Oktober 2011

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Multimedia 3D pada telefon pintar

Posted:

Multimedia 3D pada telefon pintar

Multimedia 3D pada telefon pintar

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar ASWAD YAHYA


PENGGUNA kini boleh merakam foto dan video mereka secara tiga dimensi (3D) menggunakan telefon pintar terbaru HTC EVO 3D.


SEIRING cogan katanya, pintar dalam senyap (quietly brilliant), HTC sering menjadi peneraju dalam mengintegrasi pelbagai teknologi moden pada telefon bimbit pintar keluarannya.

Terbaru, syarikat itu memperkenalkan inovasi fungsi multimedia tiga dimensi (3D) pada model produk telekomunikasi terbaru mereka, HTC EVO 3D.

Menurut Pengurus Negara HTC Malaysia, SK Wong, penampilan ciri terbaru itu bakal menawarkan pengguna pengalaman multimedia ke satu peringkat lebih baik.

"Model ini merupakan telefon pintar pertama keluaran HTC yang menyokong format 3D pada aplikasi permainan video, rakaman video serta foto.

"Menerusi model ini, kita mengharapkan HTC terus kekal menjadi peneraju dalam industri produk telekomunikasi di Malaysia,'' katanya pada pelancaran model itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

HTC EVO 3D dipacu oleh sistem operasi Android 2.3 Gingerbread dengan pemproses berkembar 1.2 GHz Qualcomm Snapdragon.

Kameranya pula terbina bersama sokongan resolusi lima megapiksel dan lampu flash LED berkembar berserta pemfokusan automatik.

Kelebihan tersebut bukan sahaja membolehkannya merakam foto berkualiti tinggi tetapi juga imej dan video berformat 3D.

Bagi tujuan itu, fungsi kamera telefon pintar berkenaan tersedia bersama pilihan mod rakaman foto dua dimensi (2D) dan juga 3D.

Apa yang menarik lagi, pengguna tidak perlu mengenakan sebarang kaca mata khas untuk menikmati kesan 3D berkenaan.

Ini kerana, mereka dapat melihat kesan tersebut secara terus daripada skrin QHD bersaiz 4.3 inci.

Untuk membolehkan pengguna menonton paparan secara lebih jelas dan besar pula, pengguna boleh menyambungkan peranti telefon itu terus kepada televisyen menerusi sambungan kabel HDMI.

Spesifikasi lainnya, ia dilengkapi aplikasi HTC Sense 3.0 untuk kemudahan mengakses kandungan telefon hanya dengan satu sentuhan, pelayaran web generasi baru serta kelancaran perjalanan banyak operasi walaupun dijalankan secara serentak.

HTC EVO 3D kini boleh diperolehi daripada pengedar-pengedar HTC yang sah dengan tawaran harga RM2,199.

Nikon kini di KLCC

Posted:

Nikon kini di KLCC

Nikon kini di KLCC

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

INGIN melebarkan sayap perniagaannya, pengeluar kamera terkenal Nikon kini membuka cawangan terbaru mereka di pusat membeli belah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ia berikutan maklum balas yang menggalakkan diterima daripada pengunjung serta peminat yang mengunjungi cawangan kedai Nikon pertama di negara ini iaitu di pusat membeli belah Alamanda, Putrajaya sebelum ini.

Menurut Pengurus Besar, bahagian Pemasaran Produk Pengguna, Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., David Ng Choon Yiak, pembukaan cawangan baru di KLCC mampu menarik minat pembeli yang terdiri daripada rakyat tempatan mahu pun pelancong.

"Ia berikutan pusat membeli belah Suria KLCC ini merupakan tumpuan orang ramai serta pelancong asing yang utama.

"Sebelum ini produk Nikon diedarkan oleh peruncit peralatan kamera, kini Nikon ingin lebih mendekati pembeli serta peminat setia kami melalui cara ini." ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pembukaan cawangan kedai Nikon baru di Lot C, Tingkat 3, Suria KLCC baru-baru ini.

KLCC yang terletak dalam kawasan yang dikenali sebagai Segitiga Emas di tengah-tengah Kuala Lumpur sememangnya menjadi tumpuan ramai sama ada pengunjung tempatan mahupun pelancong luar setiap hari.

Selain menjual kamera dari jenis DSLR (Digital Single Lense Reflexs), kompak mahupun aksesori gajet berkenaan, Nikon turut menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat, klinik fotografi serta bengkel.

Untuk tujuan tersebut, kedai baru itu turut dilengkapi bilik seminar sebagai bilik latihan serta penerangan khusus kepada pelanggan serta peminat setia Nikon.

Malah, Nikon turut menyediakan galeri foto didalam suasana serta hiasan khas yang dihasilkan oleh Nikon bagi membawa pengunjung lebih mendekati serta mendalami seni fotografi.

Reka bentuk kedai yang baru dibuka tersebut turut menawarkan hampir ke semua jenis kamera DSLR Nikon untuk dicuba oleh pengunjung sehingga mereka berpuas hati sebelum membelinya.

Pengunjung boleh mencuba mana-mana kamera yang disediakan dan menilai sendiri hasil imej serta kualiti yang dihasilkan oleh kamera dari Nikon.

Pelbagai aksesori kamera seperti beg, tripod, lensa serta pelbagai lagi barangan turut dijual.

Di samping kejayaan Nikon membuka pusat perkhidmatan terbesarnya di pusat membeli belah di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur serta Alamanda, pembukaan cawangan di KLCC merupakan satu tanda aras bagi Nikon untuk melebarkan sayap perniagaannya ke seluruh Malaysia.

Jelas David, terbaru, Nikon juga akan membuka cawangan baru di Kota Kinabalu, Sabah dalam masa yang terdekat ini.

Selain menawarkan peralatan kamera serta optik, Nikon turut menyediakan Perkhidmatan Profesional Nikon (NPS) untuk jurugambar dari seluruh dunia.

Untuk mengetahui aktiviti serta perkembangan terbaru NPS, peminat boleh melayari laman web di alamat http://nps.nikon.com.my.

Bagi yang berminat, anda boleh menyertai Kelab Nikon melalui Tweeter Nikon di http://twitter.com/NikonMalaysia.

Atau anda boleh klik butang 'Like' di laman Facebook Nikon di www.facebook.com/NikonMY/ dan pengunjung turut berpeluang memenangi cenderahati Nikon seperti beg, tali kamera, t-shirt, kaca mata serta majalah Nikon versi United Kingdom.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Kelab Nikon, layari laman web www.nikonclub.com.my.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved