Ahad, 2 Oktober 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


10 ditahan dalam Ops Dadu

Posted:

10 ditahan dalam Ops Dadu

10 ditahan dalam Ops Dadu

Oleh ZAMZURINA AHMADutusanktn@gmail.com

KUANTAN 2 Okt. - Polis menahan seramai 10 individu serta merampas wang tunai berjumlah RM40,000 dalam operasi 'Ops Dadu' yang diadakan di sekitar bandar ini semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, operasi yang bermula pukul 5.30 petang itu membuat pemeriksaan di lapan buah premis di sekitar bandar ini.

Hasil pemeriksaan, katanya, polis berjaya menangkap empat wanita dan enam lelaki berusia 40 hingga 60 tahun yang didapati menjalankan kegiatan judi ekor haram.

"Kesemua mereka dipercayai ejen nombor ekor haram yang beroperasi di rumah-rumah persendirian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek dipercayai menjual nombor ekor haram melalui dalam talian, mesin faks, telefon bimbit dan komputer dan kesemua barangan itu turut dirampas.

Tambahnya, operasi melibatkan lapan orang pegawai dan 26 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Katanya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sementara itu, beliau berkata, bermula dari Januari hingga kini, sebanyak 163 serbuan melibatkan Ops Mesin Perjudian di seluruh negeri dijalankan.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 732 kaki judi dan pengusaha mesin perjudian telah ditangkap manakala 1,749 komputer dirampas.

Kehadiran ribuan rakyat bukti negara aman

Posted:

Kehadiran ribuan rakyat bukti negara aman

Kehadiran ribuan rakyat bukti negara aman

RAUB 2 Okt. - Kehadiran ribuan rakyat pelbagai kaum pada majlis hari terbuka yang dianjurkan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali membuktikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan keselamatan terkawal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, keamanan yang dinikmati membolehkan rakyat hidup tanpa sebarang tekanan atau perasaan ketakutan.

Justeru katanya, keamanan yang wujud itu tidak boleh dinilai dengan wang tetapi memerlukan pengorbanan semua pihak.

''Pergolakan yang berlaku di negara-negara seperti Somalia, Libya, Iran dan beberapa negara benua Afrika bukan sahaja mengakibatkan rakyatnya menderita malah kerajaan serta negara terbabit boleh hancur sama sekali.

''Oleh itu, menjadi kewajipan kita setiap rakyat tanpa mengenal bangsa, agama atau fahaman politik mengekalkan keamanan, perpaduan serta keharmonian yang sedia ada," kata Shahiruddin.

Beliau berucap di hadapan 5,000 penduduk Dong yang hadir pada majlis mesra rakyat dan jamuan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong di Dataran Dong malam semalam.

Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen yang juga Ahli Parlimen Raub; ADUN Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dan Pegawai Daerah Raub, Datuk Ismail Mohd Ali.

Menurut Shahiruddin, keamanan yang ada pada hari ini merupakan aset paling berharga dalam membentuk sebuah negara maju dan berdaulat.

Malah jelas beliau, kesepakatan, keharmonian dan keamanan yang terdapat di negara ini menjadi contoh kepada banyak negara lain walaupun mereka lebih dahulu maju dan merdeka.

''Beberapa negara luar telah menghantar pegawai mereka ke negara kita untuk mempelajari ramuan dan kaedah kerajaan melaksanakan ekonomi dan keamanan untuk diadaptasikan dalam kepimpinan mereka," kata Shahiruddin.

Agro pelancongan Kuala Serau mampu mengubah pendapatan penduduk

Posted:

Agro pelancongan Kuala Serau mampu mengubah pendapatan penduduk

Agro pelancongan Kuala Serau mampu mengubah pendapatan penduduk


MOHD. Hashim Abdullah (empat dari kanan) dan Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) melepaskan benih ikan kelah, baung dan lampam di Sungai Kuala Serau Hulu Jelai, Kuala Lipis baru-baru ini.


KUALA LIPIS 2 Okt. - Projek Perikanan Rekreasi yang berasaskan agropelancongan Kuala Serau, Hulu Jelai, dekat sini menjadi projek perintis yang mampu mengubah pendapatan penduduk luar bandar dalam bidang ekonomi.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah berkata, projek berkenaan mampu menjana usahawan ternakan di kalangan penduduk tempatan berasaskan sektor perikanan dan pelancongan.

"Aliran Sungai Kuala Serau dan Sungai Jelai di sini sesuai dengan habitat akuakultur dan keindahan alam sekitar Hulu Jelai yang boleh meningkatkan pendapatan mereka.

"Begitu juga kemudahan jalan raya, pusat pemasaran Sungai Koyan dan projek inap desa Kuala Medang serta Tanjong Gahai yang turut merancakkan sektor berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jabatan Perikanan Bersama Komuniti dan Perasmian Jeti Komuniti Pengurusan Ekosistem Perikanan (KPEP) di Kampung Kuala Serau dekat ini kelmarin.

Hadir sama Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengarah Perikanan Negeri Pahang, Datuk Mohamad Mat Saman.

Pada majlis itu, Mohd. Hashim melepaskan sebanyak 8,500 benih ikan kelah, baung dan lampan di sungai tersebut untuk tujuan pemuliharaan jangka panjang.

Menurut beliau, projek perikanan di kampung itu merupakan serampang dua mata iaitu mereka bukan sahaja menjadi nelayan sungai tetapi menjadi tumpuan pelancong yang mahu menikmati keindahan alam sekitar dan sungai.

"Pelawat juga diperkenal projek sistem tagal bagi membolehkan mereka bersiar di Sungai Kuala Serau sambil memberi makanan, mandi dan bermain dengan ikan air tawar di sungai berkenaan," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, penduduk kawasan Jelai perlu peka dan bijak mencari peluang menambah pendapatan menerusi projek tersebut di sungai berkenaan.

"Projek perikanan di sungai itu mampu memberi sumber pendapatan kepada penduduk dan program pemuliharaan oleh kerajaan untuk menjamin spesies akuakultur tidak pupus," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved