Ahad, 2 Oktober 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


JPJ saman 20 pesalah lalu lintas

Posted:

JPJ saman 20 pesalah lalu lintas

JPJ saman 20 pesalah lalu lintas

SEREMBAN 1 Okt. - Seramai 20 pesalah jalan raya di daerah ini disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi 'Ops Khas' di sekitar kawasan Kolej Antarabangsa INTI, Nilai dekat sini semalam.

Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah memberitahu, daripada jumlah itu, seramai empat pelajar asing warga Afrika turut dikenakan saman.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah tidak memiliki lesen memandu, tiada cukai jalan dan tiada pelindungan insurans.

"Dalam operasi itu, kami mengeluarkan sebanyak 41 saman ke atas pemandu yang melakukan kesalahan teknikal termasuk menggunakan cermin gelap.

"Pada masa yang sama, empat buah kereta dan lapan buah motosikal turut disita dalam operasi itu. Sebanyak 36 buah kenderaan pula diarah melakukan pemeriksaan di JPJ negeri," katanya di sini semalam.

Saiful Azzri berkata, operasi itu melibatkan seramai 70 anggota JPJ negeri bermula kira-kira pukul 4 hingga 7 petang bertujuan memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang lalu lintas.

Katanya lagi, kesemua kesalahan itu disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved