Ahad, 2 Oktober 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Peranan Rela tetap relevan - Muhyiddin

Posted:

Peranan Rela tetap relevan - Muhyiddin

Peranan Rela tetap relevan - Muhyiddin

PAGOH 1 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peranan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan kawasan setempat masih relevan.

Beliau berkata, sumbangan Rela tidak boleh dinafikan khususnya dalam membendung sebarang ancaman musuh negara serta membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatasi masalah jenayah.

"Pasukan Rela yang dahulunya dikenali sebagai Home Guard memainkan peranan amat berkesan sebagai benteng ketiga negara dalam menghadapi ancaman pengganas komunis.

"Namun demikian, apabila negara bebas dari ancaman komunis, fungsinya tetap kekal untuk menjaga keamanan masyarakat setempat serta menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menghadapi ancaman mana-mana pihak," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan anggota Rela Parlimen Pagoh di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM125,000 kepada pasukan Rela Parlimen Pagoh bagi membeli peralatan baru terutamanya berkaitan bantuan bencana alam.

Selain itu Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Tokoh Warga Emas peringkat daerah Muar kepada enam warga emas daerah itu yang telah banyak berjasa

Dakwaan Guan Eng tidak benar - KPN

Posted:

Dakwaan Guan Eng tidak benar - KPN

Dakwaan Guan Eng tidak benar - KPN

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa Johor merupakan negeri tidak selamat adalah tidak benar kerana tahap keselamatan di seluruh negara termasuk negeri itu kini dalam keadaan baik dan terkawal.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya sentiasa berusaha menurunkan kadar jenayah demi memastikan keselamatan rakyat dan keamanan negara terus terbela tanpa melibatkan kepentingan politik mana-mana pihak.

"Kadar jenayah turun di negeri termasuk Johor, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Kelantan kerana, yang pertama, kehadiran polis; yang kedua sebab penglibatan orang ramai dalam usaha mencegah jenayah.

"Saya tidak mahu terlibat dalam politik. Tanggungjawab saya adalah hendak menjaga dan memastikan negara berada dalam keadaan aman. Kita telah melakukan banyak benda, bukan hanya di Johor, tetapi di semua negeri di negara ini," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang mendakwa Johor berada dalam keadaan yang tidak selamat.

Ismail bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir di Majlis Hari Terbuka PDRM 2011 di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, PDRM memperluaskan rangkaian laman sosial, Facebook dan Twitter pasukan itu di peringkat kontinjen negeri dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat bagi membantu membanteras jenayah.

Beliau berkata, laman sosial itu bukan sahaja bertindak sebagai medium penyebaran maklumat malah perkongsian idea antara pasukan berkenaan dan masyarakat.

"Cara ini dilihat efektif dan mudah bagi membantu kita mengurangkan jenayah.

"Oleh itu, sekarang kita menumpukan kepada pencegahan dan langkah itu berjaya direalisasikan dengan penglibatan yang besar daripada masyarakat.

"Selain masyarakat di sesuatu daerah atau negeri dapat menyalurkan maklumat atau membuat rujukan dengan lebih pantas kepada kita, laman sosial itu juga akan menyediakan tips-tips pencegahan jenayah," katanya.

Namewee: Utusan buat laporan polis

Posted:

Namewee: Utusan buat laporan polis

Namewee: Utusan buat laporan polis

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Jabatan Pengarang Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan lucah terhadap organisasi serta wartawan Fauziah Arof yang dikeluarkan oleh Namewee menerusi satu klip video yang tersebar di Internet baru-baru ini.

Laporan polis itu dibuat berikutan tindakan Namewee yang menyalahguna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia serta mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee... yang disiarkan pada bulan lalu.

Menurut Penasihat Undang-undang, Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Mohd. Jefri Daman, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan.

"Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved